CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kreatif - Jurufoto Rakam Jodoh Tersangkut Asbab Kereta Rosak

1-12-2020 06:34 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5629| Komen: 23|Original author: Oleh: natrahn


Sudah menjadi trend pengantin masa kini, mengabdikan kenangan raja sehari dalam sesi fotografi selepas majlis perkahwinan. Lazimnya trend gambar perkahwinan biasanya dilakukan di taman, bawah pokok rimbun ala-ala dalam hutan gitu.

Namun, bagi jurufoto Mohamad Akmal Sarjani, kisah pertemuan mempelai dikenali sebagai Farhan dan Ain baru-baru ini, mencetuskan idea hingga mendorongnya merakam gambar dengan konsep menceritakan semula detik pertemuan pertama mereka.

Foto kenangan indah pengantin berlatar belakang banjaran gunung itu dirakam satu persatu menggambarkan detik permulaan pertemuan sehinggalah ke jinjang pelamin.

Kisah tersebut bermula apabila Ain menghadapi masalah dengan kereta yang dipandu hingga terpaksa berhenti di bahu jalan.


Kredit Foto : Mohd Akmal Sarjani


Panik dan buntu sambil memerhatikan enjin kereta, tiba-tiba muncullah pula hero yang prihatin. 

Kredit Foto : Mohd Akmal Sarjani

Dari mata turun ke hati, sambil memeriksa enjin kereta tersebut, mereka saling bertentang mata dan berdialog antara satu sama lain.

Kredit Foto : Mohd Akmal Sarjani

Berkat bantuan yang dihulurkan, akhirnya kenderaan itu berjaya dihidupkan semula dan pasti anda tahu cerita selanjutnya.



Kredit Foto : Mohd Akmal Sarjani

Kompilasi foto ini mendapat perhatian dan pujian warga maya.  Selain hasilnya yang cantik, penceritaan pada setiap gambar seolah membawa bersama kita menyelusuri detik pertemuan manis itu.

Bersesuaian dengan peredaran masa, merakam detik indah dengan cara dan setting yang luar dari kotak kebiasaan tampak lagi menarik. Lagi 'rare' lagi bagus kan? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 1-12-2020 06:38 PM
Cantik view.kg mana ya?
Quote bintangct 1-12-2020 06:45 PM
jenuh laki tu nak melutut
Quote biskutraya 1-12-2020 07:09 PM
Belibis replied at 1-12-2020 06:38 PM
Cantik view.kg mana ya?

Macam kat taman negara gunung ledang.. situ memang straight lulus view gunung..
Quote kimsa-ra 1-12-2020 07:21 PM
Pertemuan mcm cerita novel bukan rekaan
Quote Normabaru 1-12-2020 07:22 PM
Berapa kali take utk melutut tu.. Harap xblubang kepala lutut masa nk dpt shot tbaik
Quote Lagubestbest 1-12-2020 07:23 PM
sesambil repair sesambil cia2 kan? pro level gak tu.
Quote TomyamPuteh 1-12-2020 08:17 PM
Klau dgn saiz pengantin lelaki yg mcm tu, bkn setakat repair keta, angkat keta bwk pegi bengkel pon mampu
Quote chenta_dewi 1-12-2020 08:25 PM
Mula2 nak jeles..

Nasib laki tu gemok ahax
Quote msel 1-12-2020 08:45 PM
Walaupun teddy bear, nampak siap.  
Quote tagas 1-12-2020 09:49 PM
tmn negara gunung ledang sagil tangkak
Quote Jitu 2-12-2020 12:45 AM
andartu2 xnak try ke acah2 kete rosak tepi jln
Quote husna_amal 2-12-2020 10:22 AM
Ok lah, kreatif buat macam ni.
Quote anony-mous 2-12-2020 10:31 AM
Bosan nya. Sblm ni pon dah ada buat konsep gini. Sebijik pulak tu
Quote rikuren 2-12-2020 10:39 AM
chenta_dewi replied at 1-12-2020 08:25 PM
Mula2 nak jeles..

Nasib laki tu gemok ahax

     
Quote jazaa100 2-12-2020 09:45 PM
Jitu replied at 2-12-2020 12:45 AM
andartu2 xnak try ke acah2 kete rosak tepi jln

Klu tak cun, tak yah le.  .

Buat berpeluh je...tak de keta berhenti pun....towing truck je yg bg salam
Quote Jitu 2-12-2020 09:54 PM
jazaa100 replied at 2-12-2020 09:45 PM
Klu tak cun, tak yah le.  .

Buat berpeluh je...tak de keta berhenti pun....towing truck je yg  ...

aduh 1 kenyataan yg sangat menusuk kalbu
Quote Buritan 2-12-2020 09:56 PM
bintangct replied at 1-12-2020 06:45 PM
jenuh laki tu nak melutut

Hahaha.. ...
Quote Buritan 2-12-2020 10:00 PM
Jitu replied at 2-12-2020 12:45 AM
andartu2 xnak try ke acah2 kete rosak tepi jln

Ujung ujung pilot lori abang ling yg mai.. hahaha
Quote Jitu 2-12-2020 10:08 PM
Buritan replied at 2-12-2020 10:00 PM
Ujung ujung pilot lori abang ling yg mai.. hahaha

kensel terus

kena pandai pilih tempat lah

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069403 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top