Tragis. Seorang bayi lelaki dilahirkan ibunya yang bertarung nyawa dengan alat bantuan penafasan kerana Covid-19. Bagaimanapun, setelah bayi itu dilahirkan, si ibu menghembuskan nafas terakhirnya di bandar St Petersburg, Rusia tidak lama kemudian. Menurut Daily Star, Svetlana Sorochinskaya, 36, dipercayai dijangkiti Coronavirus setelah melawat bapanya, Kirey, 64, yang menjalani pembedahan hati. Bapanya kemudian meninggal dunia pada 5 November lalu akibat dijangkiti Covid-19. Svetlana sempat menulis nota menyatakan rasa terkilan kerana bapanya tidak sempat menyaksikan kehadiran cucunya.
Setelah mendapat tanda-tanda untuk bersalin, Svetlana dikejarkan ke hospital. Namun, apabila disahkan positif Covid-19, dia terus dihantar ke hospital khusus untuk menangani pandemik ini. Tiga hari kemudian, wanita ini melahirkan bayi lelaki pramatang yang dinamakan sebagai Kirey sempena mengingati bapanya. Bagaimanapun, malang menimpa apabila beberapa jam melahirkan, Svetlana meninggal dunia. Tidak hanya itu, ibu Svetlana, Vera, 62, juga meninggal dunia pada 12 November kerana mengalami masalah pernafasan. Lebih menyedihkan, Vera yang mendapatkan rawatan di hospital pada 2 November disuruh 'baring atas lantai' kerana masalah kekurangan katil. Bayi itu kini di dalam penjagaan rapi hospital yang juga mewarisi dua apartment. Sementara itu, seorang lelaki mendakwa dia merupakan bapa kepada bayi tersebut dan kini bersedia untuk menjalani pengesahan DNA. Rusia setakat ini merekodkan kes Covid-19 sebanyak 2,295,654 kes, manakala angka kematian lebih 39,000. Alahai, kasihannya. Semoga Kirey mendapat pengadilan yang sewajarnya. - CARI |
ADVERTISEMENT