CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis 16 Tahun Buat Duit Lebih RM16 Juta Dengan Tiktok

30-11-2020 01:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15643| Komen: 58




APLIKASI TikTok kini dilihat kian popular dalam kalangan masyarakat sekarang. TikTok menjadi antara pilihan ramai kerana pengguna mudah untuk menghasilkan video kreatif yang menarik untuk dikongsikan kepada umum.

Malah ada juga yang menggunakan aplikasi tersebut untuk hiburan dan mendapatkan tip terkini. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan aplikasi itu, semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana orang ramai perlu dikuarantin dalam rumah, aplikasi TikTok telah menjadi pilihan untuk dimuat turun dalam media sosial.

Penggunaannya yang canggih dan sangat mudah digunakan sesuai oleh semua peringkat umur termasuk dalam golongan selebriti dan juga profesional.

Biarpun begitu, pengguna aplikasi ini juga mampu menjana pendapatan menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna.

Salah seorang bintang TikTok yang dikenali sebagai Charli D’Amelio menjadi orang pertama yang memiliki lebih 100 juta pengikut di akaun miliknya.

Dengan kelebihan itu, dia dengan mudah mampu menjana pendapatan menggunakan akaun TikTok tersebut sehingga ke hari ini. Gadis baru berusia 16 tahun ini mula memuat naik video pertamanya pada Mei tahun lalu.


Malah menurut The Sun, Charli D’Amelio memiliki 100.7 juta pengikut dan 7.9 bilion likes di akaun TikTok miliknya. Ini menjadikan dia lima kali lebih popular daripada Kylie Jenner dan Ariana Grande dalam platform video pendek.

Selain daripada itu, laporan Celebrity Net Worth menulis, Charli D’Amelio jana pendapatan menerusi TikTok dengan mengenakan bayaran $100,000 (lebih kurang RM409,250) bagi satu posting tajaan di TikTok miliknya. Wow! Hebat bukan?

Difahamkan juga pendapatan bersihnya kini boleh mencecah sehingga $4 juta (kira-kira RM16,378,000). Ternyata ia satu yang cukup besar untuk pendapatan gadis berumur 16 tahun!

Hebat! Muda-muda sudah pandai curi peluang ‘buat duit’.

Sementara itu, keluarga D’Amelio juga sebenarnya terkenal menerusi kelebihan masing-masing. Ibu bapa Charli sendiri memiliki pengikut yang ramai di TikTok dan adiknya Charli Dixie mempunyai syarikat rakaman sendiri.


Selain itu, memiliki jumlah pengikut yang sedemikian di TikTok, Charli juga memiliki saluran YouTube dan bakal keluarkan buku tidak lama lagi.

Jadi, buat korang yang masih mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan, tak salah rasanya untuk korang mencuba.

Jadikan kisah Charli sebagai inspirasi hebat untuk korang mencuba satu perkara baharu yang pastinya jika dibuat dengan betul dan secara serius, ia mampu memberikan impak yang besar seperti apa yang telah dibuktikan oleh Charli.

Semoga bermanfaat!


Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-11-2020 03:59 AM
Hebat yaa oiii.. Aku smpi skang x der acc tik tok
Quote kakikuDibibirmu 30-11-2020 04:09 AM
[youtube]iP6XpLQM2Cs[/youtube]
Quote dudaberhias 30-11-2020 04:20 AM
addison rae sorang lagi...
lagipun di amerika jadi popular sikit saja boleh kaya...

haritu ada la try nak suruh satu instafamous dalam 500k followers dari US ni promot, review produk... shipping dan barang semua kita hantar...

harga 5000 usd untuk review... bukan ads or post ye tapi review ala2 buat video tu dekat feed dan story...


5000 usd = rm20,000

yang sorang lagi lilymaymac 7000aud ya itu 21 ribu lebih juga la...

memang standard kot dorang caj macamni...
Quote evlinne 30-11-2020 08:16 AM
dudaberhias replied at 30-11-2020 04:20 AM
addison rae sorang lagi...
lagipun di amerika jadi popular sikit saja boleh kaya...


Mahalnya
Kak dude jual apa ye
Beg kulit ikan paus ke
Quote mamajawie 30-11-2020 10:40 AM
dudaberhias replied at 30-11-2020 04:20 AM
addison rae sorang lagi...
lagipun di amerika jadi popular sikit saja boleh kaya...

bila kembar kak dude aka ibucop nk buat tiktok?iollss prasan sheollss jual kulit ikan paus plak skang??awat kueh da berkulak ke?

Quote husie91 30-11-2020 11:02 AM
Edited by husie91 at 13-6-2022 11:19 AM

Org us kan suka looking forward kt someone yg rich good looking n cool. Bdk charlie ni dia cukup pakej.. quite hot & pandai dancing.. on thing iols suka culture mat salleh ni dorg really take a good care of their body.. as dorg pon tkde limitation on pemakaian kan so dorg jaga la appearance kan dh seksi3 takkan nk gemuks show selulit plak kan.. dorg tk tgok on rupe je tp body.. kita org melayu sebab tkleh show of.. so memasing tak kisah dhn body sebab ada mind set kita je yg tgok bdn kita.. ni pendapat aku la.. yg bdn cun2 jnis fit semua mesti seksi.. akn show of bosy mcm mummy sha {:smile
Quote husna_amal 30-11-2020 12:36 PM
Untunglah banyak income masuk. Inspirasi bbnu untuk lebih maju jadi budak tik tok.
Quote dua_chzy 30-11-2020 12:39 PM
Edited by dua_chzy at 30-11-2020 12:42 PM
husie91: Org us kan suka looking forward kt someone yg rich good looking n cool. Bdk charlie ni dia cukup pakej.. quite hot & pandai dancing.. on thing iols  ...


Apa pulak. Kakak tidak tahu ka US antara negara paling obesiti di dunia? Seperti tidak kena pula alasan, tidak boleh tayang badan maka tidak jaga makan.
Quote Levespa 30-11-2020 01:29 PM
huntong laa.. tak payah belajar susah2 atau buat business start dari bawah..muda2 dah kaya raya{:run cuma kena pandai manage duit yg ada
Quote Meiizu 30-11-2020 02:20 PM
Edited by Meiizu at 30-11-2020 02:21 PM

tiktok ada je yg best2..comeii je depa dance
tapi ai tak suka ttiktok malay gegirl bertudung ..entah haper content , cebik cebik muka tunjuk tangan kiri kanan atas bwh, faktta itu ini- ehh tak sesuai hokehhh
Quote brego 30-11-2020 02:24 PM
iols tengah menggiler layan tiktok.
dari tak minat, terus jatuh chenta.
@tagas la nih ajar aku  

[youtube]f0ih117jyDg[/youtube]

[youtube]KL3JzTR3OR8[/youtube]

[youtube]BrWnZMqWJqA[/youtube]


Quote tagas 30-11-2020 02:41 PM
brego replied at 30-11-2020 02:24 PM
iols tengah menggiler layan tiktok.
dari tak minat, terus jatuh chenta.
@tagas la nih ajar aku   ...

Jd modal sabun di bilik mandi ke bro
Quote brego 30-11-2020 02:54 PM
Edited by brego at 30-11-2020 03:07 PM
tagas replied at 30-11-2020 02:41 PM
Jd modal sabun di bilik mandi ke bro

takde keje main sabun

layan mata tengok cewek bergoyang jer bro,
menikmati keindahan makhluk ciptaan Tuhan.
Quote tagas 30-11-2020 03:08 PM
Edited by tagas at 30-11-2020 03:09 PM
brego replied at 30-11-2020 02:54 PM
takde keje main sabun

layan mata tengok goyang gerudi jer bro,

bikin keras bro dia punye goyang

aku bila da keras menderas ade sarung

ko bujang lg nak sarung tang mane
Quote brego 30-11-2020 03:20 PM
tagas replied at 30-11-2020 03:08 PM
bikin keras bro dia punye goyang

aku bila da keras menderas ade sarung

takpe, aku masih boleh control lagi

dah tahu takde sarung nyer,
tengok hanya sekadar mencuci mate,
takde fikir nak cari sarung.

Quote tagas 30-11-2020 03:42 PM
brego replied at 30-11-2020 03:20 PM
takpe, aku masih boleh control lagi

dah tahu takde sarung nyer,

cepat2 carik sarung yg halal bro

jgn cerewet memilih sgt

rugi masa berkarat keris kalo di biarkan lama  
Quote cmf_premierleag 30-11-2020 03:49 PM
untung la dik
takyah la susah2 kene amik PTPTN bagai sok
Quote brego 30-11-2020 04:55 PM
Edited by brego at 30-11-2020 04:57 PM
tagas replied at 30-11-2020 03:42 PM
cepat2 carik sarung yg halal bro

jgn cerewet memilih sgt

tengah nak carik la nih,
lepas travel ban, nak pegi bali survey cewek2 di sana.

Quote Scheherazade 30-11-2020 05:34 PM
Good lookin budaknya. Apa content tiktok dia?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.110768 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top