CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nia Ramadhani Dedah Dulu Hidup Susah, Terpaksa Pergi Sekolah Naik Van Tambang

28-11-2020 02:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6270| Komen: 29

Kredit : Gempak



Ingat lagi tak, sebelum ini pelakon watak ‘bawang merah’ dalam sinetron Indonesia ‘Bawang Putih Bawang Merah’, Nia Ramadhani pernah berlaku jujur yang dia baru tahu sayur elok disimpan di dalam peti ais?

‘Kejujurannya’ itu ternyata membuat ramai orang berasa terhibur hingga ada yang mengatakan “Takkanlah baru tahu?”

Baru-baru ini, Nia diwawancara dalam rancangan bual bicara Nyonya Boss di siaran televisyen di Indonesia.

Namun pada kali ini, Nia berkongsi kisah sedih pula tentang ‘jatuh bangun kehidupan’ yang pernah dilaluinya ketika di zaman bangku sekolah dahulu.

Kata Nia, saat yang paling dirasai begitu sukar pada waktu itu adalah dia terpaksa pergi ke sekolah dengan menaiki van tambang.


“Sampai tahap mak saya tidak dapat untuk menghantar (saya). Akhirnya saya harus (terpaksa) naik angkutan umum (van).

“Anda tahu tak perjalanan saya dari rumah, saya mahu menimba ilmu. Itu menimba ilmu begitu sukar. Anda tahu tak perjalanan saya susah sangat?” katanya dalam wawancara tersebut, memetik laporan Kapanlagi.

Jelasnya lagi, dia terpaksa berjalan kaki dari rumahnya untuk menaiki van tersebut untuk ke Pondok Labu, sebelum perlu mengharungi perjalanan yang dirasakan begitu panjang.

“Sampai di Pondok Labu, kemudian tukar lagi ke van warna putih untuk ke D02. Dari D02 ke Stadium Lebak Bulus. Sampai di sana ada bas mini, naiknya dari situ sampailah ke Pondok Indah,” luahnya.

Sentiasalah bersyukur

Ekoran pengalaman menyentuh hati itu, Nia sempat berpesan agar hendaklah kita semua sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dalam kehidupan ini.

“Buat kalian teman-teman yang sekarang ni lagi merasai apa yang saya pernah rasa, bertenanglah. Kita tidak selalu di situ.

“Kita mungkin terus berada di situ kalau tidak berbuat apa-apa. Tapi maksudnya eloklah jalan terus. Yang penting anda tahu apa yang anda mahu dan anda usahakan terus,” kongsinya.



Sumber: Kapanlagi/siakapkeli




Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 28-11-2020 02:44 AM
Ingatkan memang lahir dalam Dulang emas
Quote anakjiran 28-11-2020 03:06 AM
kesiannya susah sungguh hidup dia.. orang lain semua driver hantar naik kereta papa
Quote Mina2215 28-11-2020 06:03 AM
Cam gampang
Quote lattehazelnut 28-11-2020 06:29 AM
Tp sayur kena simpan dlm fridge pun xtaw
Quote assah94 28-11-2020 06:48 AM
Ohhh susah rupanya...ni mesti susah sampai tak boleh beli fridge tu yg tak tahu sayur kene simpan dalam fridge {:cryrun
Quote Belibis 28-11-2020 07:07 AM
Ingatkan kena jalan kaki pegi sekolah.
Quote pearl.silver 28-11-2020 07:32 AM
Jijan seman dah pergi sampai indon ke?
Quote makneng 28-11-2020 07:43 AM
Laaaaa plot twist dia kemain ek
Quote Lengkong 28-11-2020 08:12 AM
Rezeki Nia sekarang dah hidup mewah


Quote syakuntala 28-11-2020 08:33 AM
Yea la kot, susah sgt smp masa susah dl xda peti sejuk.... Beruntung skrg kaya sgt2... Siap buat rumah unt haiwan peliharaan....
Quote Tinot7 28-11-2020 08:38 AM
Ingatkan takde peluang pi blaja langsung sbb tak mampu...
Quote doubleA 28-11-2020 09:57 AM
Tak sangka bimbo sungguh dia ni
Quote nazzse 28-11-2020 10:43 AM
Bimbo rupanya
Quote Artemesiaa 28-11-2020 11:34 AM
Dah makin sendu senjak makin banyak artis baru timbul mulalah buka cerita semula
Quote irish_ieka 28-11-2020 11:53 AM
ap yg susah nye naik van? bukan ko naik van bawak ayam ke jalan kaki ke. propaaaaa nye
Quote annehuda 28-11-2020 12:18 PM
tp kalau korg baca tu mmg jauh gak la perjalanan die. 2-3 kali berenti kene amek van lain. ni mcm van kt kota kinabalu tu kot
Quote ainnia 28-11-2020 12:37 PM
Sori, nampak kebodohan di situ.
Quote zie_indah 28-11-2020 03:58 PM
Hahahahaa baru tau sayur letak dlm peti ais..haaa ingt ank orka hadoooo
Quote epal21 28-11-2020 07:27 PM
Kalau dah susah takkan tak reti potong buah, pecahkan telur? Menipu aje. Ke jenis yg bila dah senang terus lupa daratan.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.085039 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top