CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jaga Kelakuan, Jangan Hina Mahkamah," -Ammar Alfian Nasihat Bekas Isteri

27-11-2020 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10897| Komen: 39

Pelakon Ammar Alfian menasihati bekas isterinya, Nelissa Nezam agar menjaga kelakuannya dan jangan menghina mahmakah.

Jelas Ammar, seandainya keputusan hakim dan mahkamah tidak berpihak mengikut kehendak pihak tertentu, janganlah melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri.


Foto: IG

"Saya baru balik dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan tergerak hati nak buat video ini berdasarkan apa yang hakim nasihat kepada kami. Rasanya beliau sudah terasa sakit hati dengan apa yang didengar di media sosial, mengenai mahkamah syariah ni bias pada lelaki.

"Saya tahu kenapa dia sampaikan nasihat itu kepada saya dan pihak belah sana (bekas isteri saya) sebab tulis dekat media sosial mengenai perasaan tak puas hati dia terhadap mahmakah yang berpihak pada saya.


"Ianya menyedihkan sebab kami ke mahmakah untuk mendapatkan keputusan. Hakim dan mahkamah ni orang tengah, apabila kita ke mahkamah (yakni tempat orang) tolong respeklah, tapi belah sana tak tunjuk. 

"Bila kita datang rumah orang kita tunjuk hormat, jadi hakim pun terasa. Mahkamah pun tak besar mana, orang bercakap, apa yang kita buat di luar dewan orang semua perhatikan dan ada saksi... apabila pihak belah sana tunjuk perangai tak cantik jadi hakim pun terasa, nampak," katanya menerusi video panjang di Instagram Stories pada Khamis.



Tambah Ammar, tidak berbaloi untuk mengeluarkan kata-kata yang boleh memalukan diri sendiri termasuk berisiko untuk dipenjara sekiranya disabitkan dengan menghina mahkamah.

"Oleh itu, nasihat saya nak smpaikan, jangan maki atau hina mahmamah sebab boleh kena penjara lebih enam bulan.  Kita tak nak masuk penjara hanya sebab pecakapan, itulah peribahasa Melayu selalu cakap kerana mulut badan binasa.

"Inilah dia salah satunya... Saya rasa elok pihak belah sana faham, kita ni manusia hidup sementara jangan berlagak, jangan ego. Kita tak hebat, tak kaya mana, ada lagi yang lebih kaya," tambahnya.



Ammar akui kesilapannya menjadi punca kepada perceraian dengan bekas isteri namun dia enggan 'berperang' untuk mendapatkan hak.

"Saya tahu dalam kes perceraian ini saya yang salah tapi jangan tunjuk jahat kita, kita nak berubah jadi kita tunjuk kebaikan kita, tunjuk rasa hormat kita. 

"Kalau keputusan tidak mengikut kehendak kita, move on. Saya pasti ia bersebab. Alhamdulillah, saya mendapat keputusan yang diinginkan, perjuangan ini menang walau tidak secara keseluruhannya.

"Saya tak nak berperang dengan bekas isteri tapi saya masih ada perjuangan berkenaan anak lelaki saya. Saya tak jumpa anak saya dan saya nak jumpa dia. Entah dia masih kenal saya lagi atau tidak.

"Jadi, saya cuba berkomunikasi dengan bekas isteri saya baik-baik tapi siapa yang dekat tahulah," kata Ammar lagi.



Perkahwinan Ammar dan Nelissa berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan mereka bercerai secara tebus talak.

Hakim memerintahkan Nelissa membayar RM7,000 kepada Ammar sebagai proses tebus talak.

Nelissa dan Ammar mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun.


Konflik rumah tangga Ammar dan Nelissa meletus pada Mei 2019 selepas model itu mendedahkan suaminya menipu dan berlaku curang. 

Awalnya, Ammar menolak tuduhan dan menganggapnya 'fitnah', sebelum akhirnya mengakui kenyataan Nelissa benar. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 27-11-2020 02:43 PM
Baik jugalah ayatnya tapi tak taulah. Dlm hal perceraian ni tak payahla kita cari salah siapa. Jodoh dah habis eloklah cerai. Tapi janganlah expose sgt perang tu kat public. Nampak bodoh.
Quote sharlenetexas 27-11-2020 02:52 PM
Acah2 good pulak mat bangla ni.
Quote lattehazelnut 27-11-2020 03:02 PM
sharlenetexas: Acah2 good pulak mat bangla ni.

Masalahnye ade jugak manusia yg side si bangla ni.. pakai kopiah pos kat insta.. dia pun da pandai tunggang agama..
Quote Normabaru 27-11-2020 03:08 PM
Fuh dh mcm beruanggggg... Pati ke si ammar ni?
Quote doubleA 27-11-2020 03:18 PM
Udah2 la tu kesian kyro shakur
Quote Nnasda53 27-11-2020 04:04 PM
dah cerai pun masih sambung kisah mslh...tak move on dua2 nya.
Quote mamajawie 27-11-2020 04:25 PM
kuatnya bau kari depa laki bini ni sampai ke anak terus pekat..apapun cian kat baby tu..move on je laaa
Quote Meiizu 27-11-2020 04:32 PM
ehhhh kenapa mat bangla ni ayat baik2... ko sendiri pun mcm haperr xxxxxx
Quote Meiizu 27-11-2020 04:35 PM
mamajawie replied at 27-11-2020 04:25 PM
kuatnya bau kari depa laki bini ni sampai ke anak terus pekat..apapun cian kat baby tu..move on je l ...

kari betul ...emmm nelisa ni memang lawa ke lawa filter? sebab dlm ig tu  kadang nampak mieeenachi kedai mydin kadang nampak kemain vogue cam minachi kat pavi
Quote cha-cha 27-11-2020 04:36 PM
Kalau dulu kau tak curang, takdelah gaduh2 bitter sampai berebut anak kau mcm ni.
Quote husna_amal 27-11-2020 04:36 PM
Dah nampak selulit kat peha pun masih menyeksi.
Quote makcun14 27-11-2020 04:36 PM
Cantik  ex wife dia exotic beauty. Tak impossible kalau lepas ni tangkap kokesen.. dorang kan suka minah kulit tanned and healthy lifestyle
Quote cupu 27-11-2020 04:43 PM
Gmbr post ammar tu nmpak seiras dgn puteri sarah..mulut kot.bibir besar.
Quote mamajawie 27-11-2020 04:48 PM
Meiizu replied at 27-11-2020 04:35 PM
kari betul ...emmm nelisa ni memang lawa ke lawa filter? sebab dlm ig tu  kadang nampak mieeenachi ...

dia ni cm raja parpu la filter lebih dlm ig tpi in real cm bese2 cuma body mantap la you dah nama rjin pergi gim

Quote Sachacha 27-11-2020 05:16 PM
Geli nya tengok dia ni
Quote buapakperut 27-11-2020 05:54 PM
bila nk menangkn diri memang mudah guna ayat2 acah good
Quote whiteorchids 27-11-2020 06:40 PM
Meiizu replied at 27-11-2020 04:35 PM
kari betul ...emmm nelisa ni memang lawa ke lawa filter? sebab dlm ig tu  kadang nampak mieeenachi ...

Memang lawa, I pernah nampak diorang dua before cerai dekat Pavi. Lawa yang bukan biashe biashe..
Quote remotechiever 27-11-2020 06:48 PM
Nelissa ini memang cantik. Selalunya jarang jumpa muka meenachi yang cantik. Tapi dia ini betul2 cantik.
Quote slipar_jepon 27-11-2020 07:42 PM
Merempan je x abis2. Tak payah la nak expose semua benda hal peribadi kt socmed. Tunjuk gambar pegi mesjid pakai kopiah dah elok dah. Tapi dok cite psl perihal ex bini kt media x elok la.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.045284 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top