CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Melly Goeslaw Sedut Lemak Pipi, Muka Nampak Lebih Tirus

27-11-2020 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6835| Komen: 20

Komposer, pemuzik sekali gus penyanyi Melly Goeslaw mengaku penampilan terutama pada bahagian wajahnya adalah hasil dari pembedahan sedut lemak yang dilakukannya baru baru ini.


Pengakuan itu dibuat melalui tulisan di kapsyen salah satu foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya setelah mendapat banyak pertanyaan mengenai perubahan drastik pada wajahnya.


"Jadi ada yang bertanya mengapa muka saya nampak sangat tirus. Beberapa bulan lalu saya melakukan pembedahan sedut lemak pada bahagian pipi yang dilakukan oleh Dr Tompi.

"Hasilnya hanya akan kelihatan setelah sekitar 5 bulan selepas pembedahan. Dan sekarang hasilnya sudah nampak. Semoga makin tirus," kata isteri Anto Hoed itu.

Foto: IG

Perempuan berusia 46 tahun itu juga mengaku kesan daripada pembedahan buang lemak pada bahagian pipinya, beliau turut mengalami perubahan pada berat badan. Berat badannya menurun, dakwa Melly lagi.

"Berat badan saya juga turun tapi tak banyak, sekian informasi rahsia tentang pipi tirus dari saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Melly baru dianugerahkan penghargaan Lifetime Achievement di ajang Anugerah Musik Indonesia (AMI) Awards ke 23 yang berlangsung pada 27/11/2020.




"Alhamdulillah, saya gementar kerana rasa banyak yang lebih baik dari saya. Tapi kalau ini diberikan kepada saya, saya harus bersyukur kepada Allah SWT yang sudah menitipkan setitik ilham indahnya kepada saya," kata Melly. 

Beliau menerima anugerah tersebut bersama Raja Dangdut, Rhoma Irama. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 27-11-2020 12:15 PM
Nampak cantik dengan rupa dah berubah macam orang lain pula.
Quote Cenderakirana9 27-11-2020 12:18 PM
Gerun pula dengar sedut lemak kat pipi
Quote albob90 27-11-2020 01:34 PM
Hilang dah rupa melly goeslow
Quote mamajawie 27-11-2020 01:40 PM
cam tokbidak versi kuyus lak
Quote joannakimberly 27-11-2020 01:56 PM
retis yendon suka buat muka tirus-tirus macam ni.. dah mcm rupa mangga plak kdg2
Quote Redmyvi 27-11-2020 02:00 PM
Muka tirus nmpk cntik bila pkai shawl...
Aku yg muka bulat ni mcm tembikai pkai shawl.. hahaha
Dah tua2 ni jaga kesihatan jela..
Quote whadda 27-11-2020 02:32 PM
wahh lain terus nampak
Quote Orix 27-11-2020 02:40 PM
mcm pernah tgok kt Nona ke majalah 3 tah dulu, dia buang lemak kat pipi tapi operate dalam mulut.... anyway iols suka betul dgan lagu2 mbak melly......... sheols ni gifted n talented gila buat lagu n lirik
Quote KIM.K 27-11-2020 02:43 PM
Jauh beza melly zaman bagaikan langit di sore hari dengan sekarang
Quote mieymiey 27-11-2020 05:12 PM
Berubah terus muka sheols. Yeker bedah pipi sajork?
Quote delia3003 27-11-2020 06:36 PM
Terus muka nampak keras kejung, hilang seri kat situ.
Quote Daftpunk_shine 28-11-2020 12:41 AM
Cantiknya. Terus nampak muda
Quote Artemesiaa 28-11-2020 11:32 AM
Biasalah artis sana makin ramai pilih pembedahan dan sedut lemak demi kelihatan cantik bukan geng Korea dan Thai je
Quote Black_Punk 28-11-2020 09:32 PM
pipi je ker. kt lain?
Quote midori_katana 8-12-2020 02:14 PM
Redmyvi replied at 27-11-2020 02:00 PM
Muka tirus nmpk cntik bila pkai shawl...
Aku yg muka bulat ni mcm tembikai pkai shawl.. hahaha
Dah ...

Kita geng muka bulat ni ngam dgn tudung bawal ja dik non... hihihi... tu belum cerita pasal tudung instant lagi... habis ditolaknya pipi jadi pau ! Hihihi
Quote Redmyvi 8-12-2020 02:24 PM
midori_katana replied at 8-12-2020 02:14 PM
Kita geng muka bulat ni ngam dgn tudung bawal ja dik non... hihihi... tu belum cerita pasal tudung ...

muka bulat ni bukan boleh nak fashion dasyat2 sgt.. hehehe..
tambah pkai cermin mata lak..
Quote kukukatablog 12-12-2020 12:13 AM
iols suka semua lagu2 dia...
Quote Jorja 27-12-2020 06:05 PM
Orang brduit kan..tak payah susah2 nak brsenam.. buat liposuction aja lagi cepat walaupun tak semestinya selamat {:smile
Quote royaldanish 28-12-2020 10:50 AM
wahhh dh bukan mcm Melly pulak... tgh layan POP memang jauh berubah..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070102 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top