CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PU Syed Minta Netizen Henti Selongkar Pasal Da'i Syed

27-11-2020 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12687| Komen: 67

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menasihati masyarakat agar tidak terus menyebarkan perkara yang belum pasti kebenarannya mengenai rakan industrinya, Da'i Syed yang terpalit dengan dakwaan jenayah seksual.


Menurut PU Syed, perkara tersebut biarlah diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja tanpa perlu campur tangan orang ramai sehingga ada yang sanggup terus membuka aibnya. 

Foto: IG

"Maaf ambe (saya) bukan Da'i Syed dan Da'i Syed juga bukannya ambe. Jika benar seperti dakwaan terhadapnya, biarlah mahkamah yang menghakiminya.

"Toksahlah (tak perlulah) kita selongkar kisah-kisah yang patut ditutupi kecualilah ia didedahkan sendiri olehNya," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.



Pesannya lagi, kita semua perlu sentiasa sedar dan beringat bahawa setiap individu juga mempunyai aib sendiri, cuma ia terselindung daripada umum kerana 'dijaga' oleh Allah.

"Berat sangat mehnah (ujian) dan pancaroba menjadi pendakwah pada usia muda tanpa persediaaan yang sebenar dan sebetulnya.

"Kita juga ada aib yang Allah simpan, maka untuk itu cukup-cukuplah kita sebarkan keaiban manusia lain dek kerana inginkan sensasi dan panas," katanya.


Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan PU Syed itu.

Terdahulu, pendakwah muda, Da'i Syed mencuri perhatian masyarakat ekoran terpalit dengan dakwaan merogol.

Bahkan, perkara itu turut mendapat respons daripada ahli keluarganya sendiri yang memintanya untuk kembali ke pangkal jalan. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 27-11-2020 12:01 PM
Takde selongkar pun, kenal pun x
Keluar kat news je dah kena tahan polis pun ha
Quote husna_amal 27-11-2020 12:18 PM
Kalau pendapat saya lagi bagus dedahkan siapa yang buat perkara tak baik ni supaya orang lain tak jadi mangsa.
Quote chenta_dewi 27-11-2020 12:22 PM
Amboi bekap aje
Quote sarah82 27-11-2020 12:38 PM
Mai kena geng dan2 jgn selongkar.. Haktuih sangat.
Quote missyL 27-11-2020 12:39 PM
Nk jgk limelight sket. Amek laaaaaa. Kasi glamer sume daie2 pu2 ni sume
Quote eyansss 27-11-2020 12:56 PM
sarah82 replied at 27-11-2020 12:38 PM
Mai kena geng dan2 jgn selongkar.. Haktuih sangat.

kan...  rasa nak carutkan aje dia ni...  sokmo camni...
Quote tukul 27-11-2020 01:06 PM
sukacactus replied at 27-11-2020 12:01 PM
Takde selongkar pun, kenal pun x
Keluar kat news je dah kena tahan polis pun ha

Kan..dah masuk dunia selebriti...kena bersedia diselongkar buruk dan baik...sedangkan Athirah yg bkn selebriti pun diselongkar abis
Quote sarah82 27-11-2020 01:06 PM
eyansss replied at 27-11-2020 12:56 PM
kan...  rasa nak carutkan aje dia ni...  sokmo camni...

Jebon is cute sangat.. Back up sesama sendiri.. Dasar penunggang agama kan.
Quote Orix 27-11-2020 01:18 PM
yela sama2 penunggang, kena back up...
Quote liyamariska 27-11-2020 01:22 PM
sarah82 replied at 27-11-2020 12:38 PM
Mai kena geng dan2 jgn selongkar.. Haktuih sangat.

Perasan dak yg depa ni cm fefeeling entitled kn...
Quote sarah82 27-11-2020 01:24 PM
liyamariska replied at 27-11-2020 01:22 PM
Perasan dak yg depa ni cm fefeeling entitled kn...

Yap.. Dari dulu mcm tu...menyampah.
Quote batu kikir 27-11-2020 01:28 PM
Aku dah lama fed up dengan penunggang agama.... tak kiralah daei bahalol tu ke,  PAS PIS PUS,  orang yg perasan Islam dia lagi tinggi dari orang lain seperti puak Arqam,  tabligh........to all of you..... F. U.  la.  Setan pakai serban tetap setan
Quote mawarika 27-11-2020 01:31 PM
Muka pun tak kenal.. I kenal tmj je..
Quote mamajawie 27-11-2020 01:42 PM
sudah2 la penonggeng2 agama ni guna IMAM MUDA la, PU la, DAI la tapi leaked vid ada, kes rogol ada, kes kawen cerai ada..bullsh*t!!!
Quote Buritan 27-11-2020 01:46 PM
sukacactus replied at 27-11-2020 12:01 PM
Takde selongkar pun, kenal pun x
Keluar kat news je dah kena tahan polis pun ha

Aahh.. aku pun rasa malas nak selongkar.. muka dia pung aku tak kenai.. so kiranya aku ni mmg Allah lindung aku dr bervuat kejahatanlaa.. hahaha
Quote AbukRokok 27-11-2020 01:53 PM
cubit peha kiri peha kanan sentap juga
Quote uori 27-11-2020 01:59 PM
Islam bukan saja tentang jaga aib, tapi membela hak keadilan orang yang teraniaya.

Konon guna alasan jaga aib untuk bela orang yang buat jahat ni, memang tak masuk akal.
Quote damsel_fiji 27-11-2020 02:01 PM
Sejak bila la muncul sana sini segala daie pu pundek bagai .. semak jahhh yihhhh
Quote kakikuDibibirmu 27-11-2020 02:06 PM
Birds of a feather flock together-gether

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.076474 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top