CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Meghan Markle Keguguran Anak Kedua

26-11-2020 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5154| Komen: 14

Meghan Markle memberitahu khabar duka apabila mengumumkan dirinya mengalami keguguran pada pertengahan tahun ini atau lebih tepat Julai 2020.

Khabar yang sangat membuat dirinya dan suami, Putera Harry terpukul itu dikongsikan Markle dalam tulisannya di kolum The New York Times.


Foto: IG

Menceritakan detik awal dirinya mengalami keguguran, mantan pelakon drama bersiri Suits itu mengatakan ia terjadi sewaktu dirinya sedang menukar lampin anak sulung mereka, Archie Harrison Mountbatten-Windsor.

"Saya tiba tiba merasa dan mengalami ketegangan pada bahagian perut sewaktu mahu menukar lampin Archie.

"Kami terjatuh dengan saya masih mendukung Archie sambil menenangkannya. Dan saat itu saya tahu memang ada sesuatu yang tidak kena.


"Saat itu saya juga tahu bahawa anak pertama kami selamat, tapi telah kehilangan anak kedua," tulis Markle seperti yang diambil dari CNN.

Foto: IG

Markle kemudian melanjutkan betapa pilu hatinya dan suami sebaik mengetahui mimpi ngeri kehilangan anak yang dikandungnya.

"Saya terbaring di katil hospital sambil suami memegang dan mencium tangan saya. Kami sangat sedih.

"Dengan bergenang air mata, kami memandang dinding yang kosong. Saya memikirkan bagaimana kelak akan pulih dari keperitan ini," tulisnya lagi.


Foto: IG

Markle kemudian menyifatkan pengalaman keguguran yang dialaminya sangat memberi kesan dan tidak mudah dilupakan.

Apalagi katanya, memang banyak yang mengalami insiden sama (keguguran) tetapi hanya sedikit yang berkongsi cerita. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 26-11-2020 12:54 PM
Ayat tu mcm baca novel je. Ke terjemahan dia membuatkn aku rasa camtu? Anyhoo, takziah la meg & harry.
Quote Catpaw 26-11-2020 12:56 PM
Comelnya dalam gambar tu muka apak sebijik
Quote Mamason 26-11-2020 01:30 PM
Dulu dok kata dia mengandung bantal tu tipu laa yek... tu betoi baby tu... comei je lagi haa...
Quote mamajawie 26-11-2020 01:45 PM
hidup lagi ke si archie tu?makin jarang budak tu kluar
Quote husna_amal 26-11-2020 02:58 PM
Apa yang terjadi ada hikmahnya.
Quote belilies 26-11-2020 03:44 PM
Takde gambar terbaring kat sepital skali ngan drip di tangan ke? Jadah cita bulan 7 masok news bln 11. Buat bahan membawang je.
Quote Saksi2 26-11-2020 04:28 PM
اللًٰهم صلى على محمد وعلى آل محمد وبارك وسلم
Quote dani-rox 26-11-2020 09:43 PM
dah terbukti menipu dlm kes mahkamah, lg mau percaya
Quote jeligoreng 27-11-2020 11:52 AM
Semoga semua baik-baik saja. Ramai paparazzi hencap hencap Meghan, iols tengok dia ok ja. Semoga ada rezeki
Quote Heller 25-12-2020 06:05 PM
Edited by Heller at 26-12-2020 05:21 PM

Thanks for the update and quick reply. I'll be sure to keep an eye on this thread. Looking for the same issue. Bumped into your thread.
















MyIndigo Card
Quote myindigocard 21-10-2022 11:56 AM
I really like this, clean minimal, responsive just what i was looking for, cheers mate
https://www.myindigocard.one/
Quote Page88 27-10-2022 09:30 AM
Here we go again with Meghan....
Quote myindigocardx 15-6-2023 01:40 AM
thanks for update and quick reply nice design and layout
myvanillacard
Quote myindigocardx 15-6-2023 01:42 AM
awesome post and great information
myindigocard

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.279150 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top