CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Leka Tengok Rancangan Kegemaran, Sambil Otaknya Dibedah Doktor

25-11-2020 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3898| Komen: 22

Menonton filem dan rancangan kegemaran sambil pakar perubatan melakukan pembedahan pada bahagian otaknya.

Itulah pengalaman unik dialami Vara Prasad,33, di Guntur, Andhra Pradesh, India yang dalam keadaan sedar menonton program realiti India, Bigg Boss dan filem Avatar sepanjang pembedahan itu berlangsung.


Pakar perubatan di Brinda Neuro Centre di Guntur menjalankan pembedahan otak secara terbuka dan jarang berlaku ke atas lelaki itu baru-baru ini, lapor India Today.

Pembedahan itu dijalankan bagi membuang glioma yang berulang di bahagian kiri otak lelaki itu.

Prosedur membuang ketumbuhan itu dilakukan dengan keadaan pesakit sedar dan leka menonton filem dan program televisyen itu.


Kredit foto: India Today


Difahamkan, Prasad pernah menjalani pembedahan terdahulu di sebuah hospital kerajaan di Hyderabad, pada 2016, namun keadaan kesihatannya belum pulih sepenuhnya.

Pesakit itu dibenarkan pulang pada Sabtu.

Untuk rekod, rancangan Bigg Boss yang dikendalikan aktor Salman Khan itu sudah memasuki musim ke-14. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 25-11-2020 03:21 PM
So, xde guna bius ka? Aku penah tgk movie ka drama ka yg mana depa kena sedarkn pesakit semasa surgery otak tu utk pastikn bhgian yg depa buang x ganggu speech pattern dia and apa lg ntah. Tp pastu depa biuskan balik la then proceed dgn surgery tu
Quote mdhelmi 25-11-2020 03:39 PM
[youtube]buHFPA_slP0[/youtube]
Quote sarah82 25-11-2020 03:44 PM
Scheherazade replied at 25-11-2020 03:21 PM
So, xde guna bius ka? Aku penah tgk movie ka drama ka yg mana depa kena sedarkn pesakit semasa surge ...

Bius.. Mcm kes pemain violin.. Dia pun main violin masa operation tumor otak.

[youtube]zLb2EX2W_Lg[/youtube]
Quote Scheherazade 25-11-2020 03:58 PM
sarah82 replied at 25-11-2020 03:44 PM
Bius.. Mcm kes pemain violin.. Dia pun main violin masa operation tumor otak.

Betul la, yg mcm ni la yg aku tgk. Dia kejutkn org tu semasa prosedur tu, hehe. Tp yg kt atas tu mcm x bius je, mcm tgk rancgn tv tu dr mula smpai abis je. Tu yg tanya tu
Quote sarah82 25-11-2020 04:03 PM
Scheherazade replied at 25-11-2020 03:58 PM
Betul la, yg mcm ni la yg aku tgk. Dia kejutkn org tu semasa prosedur tu, hehe. Tp yg kt atas tu m ...

Pelik juga kan.. Takkan x rasa sakit langsung.
Quote dudaberhias 25-11-2020 04:05 PM
Scheherazade replied at 25-11-2020 03:21 PM
So, xde guna bius ka? Aku penah tgk movie ka drama ka yg mana depa kena sedarkn pesakit semasa surge ...

bius rasanya... mana mungkin di bedah hidup2 kaka
memang kena stay awake sebab bedah bahagian otak
Quote Artemesiaa 25-11-2020 04:08 PM
Pastinya dia dibius tapi mungkin bius setempat kalau tak mana boleh dia setenang tu menonton tv mau dah meronta sebab rasa sakit.
Quote Scheherazade 25-11-2020 04:09 PM
sarah82 replied at 25-11-2020 04:03 PM
Pelik juga kan.. Takkan x rasa sakit langsung.

Hehe, tu la psl. Ngeri seh
Quote Scheherazade 25-11-2020 04:10 PM
dudaberhias replied at 25-11-2020 04:05 PM
bius rasanya... mana mungkin di bedah hidup2 kaka
memang kena stay awake sebab bedah bahag ...

Ah, ok. Artikel tu x sebut, tu yg curious tu
Quote cmf_almondpecan 25-11-2020 04:12 PM
sarah82 replied at 25-11-2020 04:03 PM
Pelik juga kan.. Takkan x rasa sakit langsung.

Katanya otak takde pain receptors so takde feeling sakit.
Quote akuchenta 25-11-2020 04:12 PM
[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2245059985626247&id=693504594115135[/fbp]

Baru semalam tgk ni. Ni kes lain pulak, tetiba terjaga masa operate.
Quote sarah82 25-11-2020 04:15 PM
cmf_almondpecan replied at 25-11-2020 04:12 PM
Katanya otak takde pain receptors so takde feeling sakit.

Uish.. Jadi masa toreh kulit kat tempurung kepala tu mmg x sakit?
Quote sarah82 25-11-2020 04:15 PM
Scheherazade replied at 25-11-2020 04:09 PM
Hehe, tu la psl. Ngeri seh

Aku pulak x sanggup tengok...tolong rasa sakit utk budak ni.. Hahahahah
Quote cmf_almondpecan 25-11-2020 04:16 PM
sarah82 replied at 25-11-2020 04:15 PM
Uish.. Jadi masa toreh kulit kat tempurung kepala tu mmg x sakit?


Bahagian kulit luaran tu pakai local anaesthetic kot. Tp kalau dpt rasa doktor tengah godek2 dlm otak tu mungkin rasa geli pulak
Quote sarah82 25-11-2020 04:18 PM
cmf_almondpecan replied at 25-11-2020 04:16 PM
Bahagian kulit luaran tu pakai local anaesthetic kot

Oh.. Lupa pulak.. Hahaha.. Takut.. Sy pernah dijahit tanpa bius.. Dr lupa bius.. Sakit gila walaupun sikit saja jahitan tu..
Quote cmf_almondpecan 25-11-2020 04:20 PM
sarah82 replied at 25-11-2020 04:18 PM
Oh.. Lupa pulak.. Hahaha.. Takut.. Sy pernah dijahit tanpa bius.. Dr lupa bius.. Sakit gila walaup ...

Hah! Ngerinya takde bius. Kesian awak.
Quote LadyCarefree 25-11-2020 04:21 PM
Nama operation camni ialah 'awake craniotomy'. Boleh Google kalau nak baca.

Masa tebuk tempurung tu dia bius. Ya betul, the brain tadok pain receptors.
Quote sarah82 25-11-2020 04:22 PM
cmf_almondpecan replied at 25-11-2020 04:20 PM
Hah! Ngerinya takde bius. Kesian awak.

Rasa mcm nak tabuh je dr bila dia ckp.. Lupa bius.. Hahahaa.. Tu la last sy kena jahit..
Quote LadyCarefree 25-11-2020 04:22 PM
https://www.hopkinsmedicine.org/neurology_neurosurgery/centers_clinics/ionm/types/intraoperative-brain-mapping.html

Banyak lagi boleh Google atau YT boleh search.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.081622 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top