Menonton filem dan rancangan kegemaran sambil pakar perubatan melakukan pembedahan pada bahagian otaknya.
Itulah pengalaman unik dialami Vara Prasad,33, di Guntur, Andhra Pradesh, India yang dalam keadaan sedar menonton program realiti India, Bigg Boss dan filem Avatar sepanjang pembedahan itu berlangsung.
Pakar perubatan di Brinda Neuro Centre di Guntur menjalankan pembedahan otak secara terbuka dan jarang berlaku ke atas lelaki itu baru-baru ini, lapor India Today.
Pembedahan itu dijalankan bagi membuang glioma yang berulang di bahagian kiri otak lelaki itu.
Prosedur membuang ketumbuhan itu dilakukan dengan keadaan pesakit sedar dan leka menonton filem dan program televisyen itu.
Kredit foto: India Today
Difahamkan, Prasad pernah menjalani pembedahan terdahulu di sebuah hospital kerajaan di Hyderabad, pada 2016, namun keadaan kesihatannya belum pulih sepenuhnya.
Pesakit itu dibenarkan pulang pada Sabtu.
Untuk rekod, rancangan Bigg Boss yang dikendalikan aktor Salman Khan itu sudah memasuki musim ke-14. -CARI
Post time 25-11-2020 03:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
So, xde guna bius ka? Aku penah tgk movie ka drama ka yg mana depa kena sedarkn pesakit semasa surgery otak tu utk pastikn bhgian yg depa buang x ganggu speech pattern dia and apa lg ntah. Tp pastu depa biuskan balik la then proceed dgn surgery tu
Post time 25-11-2020 03:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 25-11-2020 03:44 PM
Bius.. Mcm kes pemain violin.. Dia pun main violin masa operation tumor otak.
Betul la, yg mcm ni la yg aku tgk. Dia kejutkn org tu semasa prosedur tu, hehe. Tp yg kt atas tu mcm x bius je, mcm tgk rancgn tv tu dr mula smpai abis je. Tu yg tanya tu