Malang tak berbau, seorang penghantar makanan terpaksa berendam lebih kurang 30 minit bersama-sama puluhan ekor lintah selepas dia terbabas dan dihayutkan sejauh satu kilometer. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Gangsa, Durian Tunggal. Mangsa yang dikenali sebagai Muaz Razali terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.
Katanya, kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghantar makanan di kampung tersebut dengan menggunakan panduan sistem pengesanan lokasi (GPS). Bagaimanapun, keadaan kawasan yang gelap dan paling ngeri laluannya berhampiran dengan empangan air di Durian Tunggal dekat Jalan Keretapi Lama. “Pada mulanya saya ingatkan kawasan itu dilanda banjir yang cetek tetapi secara tiba-tiba air semakin dalam sebelum saya terbabas lalu dibawa arus masuk ke tali air.” Detik cemas itu dicerita semula oleh mangsa, sebaik terjatuh, dia gigih untuk bangun semula serta mengeluarkan motosikalnya namun tidak berjaya kerana arus deras membadainya. Bernasib baik kerana dia sempat menghubungi talian kecemasan. Setelah berjaya naik ke darat, dia mendapati badannya dipenuhi dengan lintah sehingga sepasukan anggota Bomba tersebut terpaksa menolong membuangnya. Kejadian ini merupakan kejadian ngeri kali pertama dalam hidupnya sebagai penghantar makanan sejak awal tahun ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan II Muhd Asraf berkata, panggilan kecemasan tersebut diterima pada pukul 9.58 malam dan 8 anggota pasukannya datang menyelamatkan mangsa. Operasi penyelamatan selesai pada pukul 10.28 dan mangsa tidak mengalami kecederaan serius.
Sumber: Kosmo |
raihaneem replied at 25-11-2020 08:46 AM
Pliss...buat ultrasound atau xray ka apa..kot lintah masuk badan.....semoga sntiasa sihat..
ADVERTISEMENT