CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

(Video) 'Kena Kaki! Kena Kaki!' - Pakcik Beruban Tembak Anjing Terbiar Diselar Netizen

24-11-2020 02:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10069| Komen: 76



Persatuan Haiwan Malaysia hari ini menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai lelaki yang menembak anjing dalam video viral di media sosial, untuk tampil memberi maklumat dengan ganjaran RM2,000 akan diberikan. 


Video yang dimuat naik oleh persatuan itu di Facebook rasminya menunjukkan seorang lelaki berusia 50-an tidak berpakaian memegang senjata api yang dipercayai senapang patah, sedang memerhati keadaan di luar rumah.


Dalam malam yang gelap disusuli dengan hujan itu, lelaki berkenaan secara tiba-tiba melepaskan tembakan dan terkena pada seekor anjing yang berada di luar rumahnya menyebabkan haiwan tersebut merintih kesakitan. 


Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai lelaki itu dan berharap orang ramai tidak kira ahli keluarga, jiran mahupun mereka yang mengenali lelaki terbabit untuk tampil memberi maklumat melalui WhatsApp Hotline Animal Malaysia di 011-2090-1097. 


Di media sosial, netizen menyelar tindakan lelaki tua itu yang tidak mempunyai sifat belas kasihan dan simpati sehingga sanggup bertindak zalim terhadap haiwan berkenaan.


"Family pun sokong orang tua ni buat perkara zalim. Bukannya nak tolong nasihatkan orang tua hilang akal ni. Nanti mendapatlah dia sama macam mana dia buat kat anjing itu. Menjerit-jerit sakitlah waktu tu," kata Ieda Yong. 


"Kalaulah Allah bagi peluang pakcik dan keturunan pakcik jadi haiwan, haiwan yang pakcik tembak jadi manusia, agak-agak apa perasaan pakcik? Bersyukurlah pakcik dilahirkan sebagai manusia, ada otak, akal. Allah bagi rezeki sihat, kuat, makan sedap-sedap. Semoga suatu masa pakcik dapat merasai sendiri kesakitan dan penderitaan haiwan terbiar yang dibenci orang," kata Sunita Noor. 


"Dengar tangisan suara anjing tu Ya ALlah. Aku tak boleh gambarkan kesakitan yang dia hadapi. Ya Allah kenapalah ada manusia yang sombong atas dunia ini. Kenapa Ya Allah? 


"Apa salah anjing itu sampai kau tembak dia? Orang tua tak sedar diri. Pakcik, kau ingat kau dengan keturunan kau sahaja ke yang nak hidup atas dunia yang sementara ini? Kau ingat kau dengan keturunan kau hidup tongkat langit ka? Ya Allah, zalimnya kau pakcik," kata Hazwani Mohd Asri. 


Individu yang didapati melakukan penganiayaan terhadap haiwan boleh didakwa mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 30 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 




Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia/TheReporter


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.am.PH 23-11-2020 08:58 PM
[fbp]https://www.facebook.com/harianmetro/posts/10159173853582052[/fbp]
Quote mamakampung 23-11-2020 09:02 PM
kenapa la sakit hati sgt kat anjing dan kucing..binatang tu tak berakal tp ada hati dan perasaan...slh ke dia tumpang ihsan manusia smntra hayat dia dibumi ni?? kejam!!!!
Quote faraway1 23-11-2020 09:05 PM
kesiannya,
harap next time dia tembak lagi, eh rupanya cucu yang dengar suara
dalam video tu..
Quote PEPPERMAN 23-11-2020 09:28 PM
Prsatuan ni ada tak buat aktiviti mencari dan mengumpul anjing kucing terbiar, ala2 EbitLiew cari orang susah?
Quote AbukRokok 23-11-2020 09:31 PM
xpelah .janji jangan tembak kucen
kucen tu haiwan kesayangan nabi tau.. dosa klu tembak
Quote dizekni 23-11-2020 09:34 PM
Nak elak kena tembak ka apa ka, korang rajin2 la turun tangkap anjing terbiar

ni nak cari orang tua tu nak buat apa
korang tak berada kat tempat dia

entah ke dia tak boleh tidur malam2 sebab anjing memekak

sebab ancaman anjing liar pada ahli keluarga dia ka

ni persatuan nons yang syok sendiri namanya ni, nak gertak orang pulak

Quote Decaffeinated 23-11-2020 09:37 PM
Aku dulu suka hanjeng ja tapi sejak tinggal area melayu ni suka plak kucing jiran.
Quote zull4rs 23-11-2020 09:43 PM
Dua2 tak betul. Anjing tu takde akal, ang tembak bt apa. Panggil majlis kutip suda.

Yg SPCA pulak, rajin2 la kutip derma dan kutip anjing liar ni. Bela la satu compund dgn duit derma pencinta haiwan sekalian
Quote batusembilan 23-11-2020 09:45 PM
PEPPERMAN replied at 23-11-2020 09:28 PM
Prsatuan ni ada tak buat aktiviti mencari dan mengumpul anjing kucing terbiar, ala2 EbitLiew cari or ...

well said bro.

yg buka thread ni pun kje dia hari2 ngadap forum ni xnk gi buat kebaikan ke bela anjing2 liar tak bertuan tu?
Quote batusembilan 23-11-2020 09:46 PM
anak @ cucu dia yg pegi upload share dgn org lain tu buat apa?????

stupid asshole sungguh
Quote PEPPERMAN 23-11-2020 09:56 PM
batusembilan replied at 23-11-2020 09:45 PM
well said bro.

yg buka thread ni pun kje dia hari2 ngadap forum ni xnk gi buat kebaikan ke bela ...

sebab time PKP aritu, rumah sewa aku takda orang, alih2 dah jadi port anjing melepak.


Tu yang aku dok tefikir2, persatuan ni takda buat kutipan binatang terbiar ka, selain dari dok mengecam orang yang naik angin dengan binatang...

Quote borrow 23-11-2020 09:58 PM
Sedih dgr jeritan anjing tu. Hewan liar baik anjing or meow , byk je kena bunuh. Solusi mudah , bunuh, selesai prob.
Quote Decaffeinated 23-11-2020 09:59 PM
batusembilan replied at 23-11-2020 09:46 PM
anak @ cucu dia yg pegi upload share dgn org lain tu buat apa?????

stupid asshole sungguh

As usual batak pujian la. Kan dah back fire. Masak lah budak tu.
Quote sharlenetexas 23-11-2020 10:02 PM
Selalunya pemaju bila buat projek kat site, dia bela anjing. Pastu bila projek habis, dia tinggal je anjing2 kat situ membiak jadi anjing tak bertuan dan seterusnya jadi anjing liar gi ganggu kawasan perumahan. Kenapa tak kasi mandul anjing tu dulu supaya tak membiak? Inilah sikap manusia boleh pulak dia buang anjing yang pernah berjasa kat dia. Takde pulak dia nak bertanggung jawab angkut bawa sekali semua anjing tu.
Quote slavehunter 23-11-2020 10:03 PM
Teringat masa kecik anjing aku kena sabotage orang pukul kepala dia. Memang anak haram siapa yang buat. Anjing tak haram, tetap ciptaan Allah yang maha hebat. Yang paling haram jadah dalam dunia ni adalah manusia, kalau ada pilihan aku pilih nak bercakap dengan binatang dari manusia.
Quote exclusive_vvip 23-11-2020 10:10 PM
x berani nak kecam pakcik ni..kot2 anjing tu liar n selalu membahayakan anak cucu dia ke...dlm islam boleh bunuh binatang yg memudaratkan, tapi dgn sekali buat je..kalu pakcik ni tembak sedas,pastu anjing tu mati I rasa ok la..tapi kalu lepas tu dia gi ketuk kepala anjing tu bertalu2 lain citer la..
Quote MissYouSayang 23-11-2020 10:21 PM
Decaffeinated replied at 23-11-2020 09:37 PM
Aku dulu suka hanjeng ja tapi sejak tinggal area melayu ni suka plak kucing jiran.

i plak gabra bila nampak hanjeng dr jauh ,tacod kena kejar je..
Quote batusembilan 23-11-2020 10:23 PM
Decaffeinated replied at 23-11-2020 09:59 PM
As usual batak pujian la. Kan dah back fire. Masak lah budak tu.

kannnn......bbnu skrg mmg horror laaa.......mcm dh x blh fikir baik buruk........semua langgar janji diri sendiri puas.
Quote Decaffeinated 23-11-2020 10:31 PM
MissYouSayang replied at 23-11-2020 10:21 PM
i plak gabra bila nampak hanjeng dr jauh ,tacod kena kejar je..

Most anjing baik dgn manusia tu sebab orang panggil men's best friend.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046176 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top