View: 9107|Reply: 76
|
[Jenayah]
Saksikan video pakcik tua berkain pelikat tembak anjing, jika ada warga forum ke
[Copy link]
|
|
Edited by I.am.PH at 28-11-2020 06:39 AM
RM2,000 untuk maklumat lelaki tembak anjing
Isnin, 23 November 2020 @ 6:50 PM
[youtube]yOpyPgHfMkc[/youtube]
Kuala Lumpur: Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan RM2,000 kepada sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat sahih berkaitan lelaki dipercayai menembak anjing dengan senapang seperti yang tular di media sosial.
Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, kerjasama orang ramai amat diharapkan bagi membolehkan tindakan susulan diambil terhadap pelaku terbabit.
"Buat masa ini, kita belum menerima maklumat terperinci mengenai kejadian itu kecuali video yang tular.
"Kami mengalu-alukan orang ramai khususnya perakam tidak kira keluarga, rakan atau jiran terdekat lelaki di dalam video berkenaan untuk menyalurkan maklumat dengan menghantar kiriman Whatsapp Hotline Animal Malaysia di talian 01120901097 dengan segera.
"Maklumat itu juga boleh disalurkan kepada pihak berkuasa supaya pelaku diambil tindakan jika benar dia melakukannya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima banyak kiriman video berkenaan hari ini.
Menurutnya, belum ada saksi atau mana-mana individu yang tampil memberi maklumat terperinci.
"Sehingga kini, tiada maklumat lanjut diterima berhubung pelaku dan lokasi juga masih disiasat.
"Tindakan menembak anjing dengan senapang adalah kejam dan tak berprikemanusiaan, jika ia benar-benar berlaku .
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau mengenali pelaku diharap menghubungi SAFM dengan menghantar kiriman Whatsapp di talian 016-2662007 dan identiti pengadu akan dirahsiakan," katanya.
Menurut Kalaivanan, hukuman berat menanti pelaku mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 30 iaitu denda maksima RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai rakaman video berdurasi 24 saat yang menunjukkan seorang lelaki berdiri di depan rumahnya sambil memegang senapang sebelum menembak haiwan dipercayai anjing.
Bagaimanapun, wajah pelaku terbabit tidak kelihatan di dalam rakaman video itu dan identitinya belum dapat dipastikan sehingga kini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa la sakit hati sgt kat anjing dan kucing..binatang tu tak berakal tp ada hati dan perasaan...slh ke dia tumpang ihsan manusia smntra hayat dia dibumi ni?? kejam!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya,
harap next time dia tembak lagi, eh rupanya cucu yang dengar suara
dalam video tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Prsatuan ni ada tak buat aktiviti mencari dan mengumpul anjing kucing terbiar, ala2 EbitLiew cari orang susah? |
|
|
|
|
|
|
|
xpelah .janji jangan tembak kucen
kucen tu haiwan kesayangan nabi tau.. dosa klu tembak |
|
|
|
|
|
|
|
Nak elak kena tembak ka apa ka, korang rajin2 la turun tangkap anjing terbiar
ni nak cari orang tua tu nak buat apa
korang tak berada kat tempat dia
entah ke dia tak boleh tidur malam2 sebab anjing memekak
sebab ancaman anjing liar pada ahli keluarga dia ka
ni persatuan nons yang syok sendiri namanya ni, nak gertak orang pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu suka hanjeng ja tapi sejak tinggal area melayu ni suka plak kucing jiran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 tak betul. Anjing tu takde akal, ang tembak bt apa. Panggil majlis kutip suda.
Yg SPCA pulak, rajin2 la kutip derma dan kutip anjing liar ni. Bela la satu compund dgn duit derma pencinta haiwan sekalian |
|
|
|
|
|
|
|
well said bro.
yg buka thread ni pun kje dia hari2 ngadap forum ni xnk gi buat kebaikan ke bela anjing2 liar tak bertuan tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
anak @ cucu dia yg pegi upload share dgn org lain tu buat apa?????
stupid asshole sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
sebab time PKP aritu, rumah sewa aku takda orang, alih2 dah jadi port anjing melepak.
Tu yang aku dok tefikir2, persatuan ni takda buat kutipan binatang terbiar ka, selain dari dok mengecam orang yang naik angin dengan binatang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih dgr jeritan anjing tu. Hewan liar baik anjing or meow , byk je kena bunuh. Solusi mudah , bunuh, selesai prob. |
|
|
|
|
|
|
|
batusembilan replied at 23-11-2020 09:46 PM
anak @ cucu dia yg pegi upload share dgn org lain tu buat apa?????
stupid asshole sungguh
As usual batak pujian la. Kan dah back fire. Masak lah budak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya pemaju bila buat projek kat site, dia bela anjing. Pastu bila projek habis, dia tinggal je anjing2 kat situ membiak jadi anjing tak bertuan dan seterusnya jadi anjing liar gi ganggu kawasan perumahan. Kenapa tak kasi mandul anjing tu dulu supaya tak membiak? Inilah sikap manusia boleh pulak dia buang anjing yang pernah berjasa kat dia. Takde pulak dia nak bertanggung jawab angkut bawa sekali semua anjing tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa kecik anjing aku kena sabotage orang pukul kepala dia. Memang anak haram siapa yang buat. Anjing tak haram, tetap ciptaan Allah yang maha hebat. Yang paling haram jadah dalam dunia ni adalah manusia, kalau ada pilihan aku pilih nak bercakap dengan binatang dari manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
x berani nak kecam pakcik ni..kot2 anjing tu liar n selalu membahayakan anak cucu dia ke...dlm islam boleh bunuh binatang yg memudaratkan, tapi dgn sekali buat je..kalu pakcik ni tembak sedas,pastu anjing tu mati I rasa ok la..tapi kalu lepas tu dia gi ketuk kepala anjing tu bertalu2 lain citer la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-11-2020 09:37 PM
Aku dulu suka hanjeng ja tapi sejak tinggal area melayu ni suka plak kucing jiran.
i plak gabra bila nampak hanjeng dr jauh ,tacod kena kejar je.. |
|
|
|
|
|
|
|
kannnn......bbnu skrg mmg horror laaa.......mcm dh x blh fikir baik buruk........semua langgar janji diri sendiri puas.
|
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 23-11-2020 10:21 PM
i plak gabra bila nampak hanjeng dr jauh ,tacod kena kejar je..
Most anjing baik dgn manusia tu sebab orang panggil men's best friend. |
|
|
|
|
|
|
| |
|