Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak mendakwa dirinya sebagai individu yang mempunyai masalah sifat keperibadian angkuh. Perkara itu dikongsikan Aishah menerusi satu hantaran di Instagram dengan memuat naik paparan mesej peribadi (DM) yang diterimanya daripada netizen.
Mesej tersebut diterimanya selepas menggantikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu dalam sebuah program nyanyian baru-baru ini. Begitupun, Aishah kemudian menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas. "Wow, hebatnya awak jatuh hukum pada saya. Awak betul-betul kenal saya ke? "Memang rancang untuk 'attack' (serang) ye atau kena bayar?? Jangan selindung-selindung dik, mari jumpa saya. Itupun kalau awak beranilah. Apa barang setakat DM saja nak kutuk saya," katanya.
Jelas Aishah, dia bukanlah seorang yang angkuh, sebaliknya hanya seorang individu yang mempunyai pendirian tersendiri. "Jangan jadi pengecut, baling batu sembunyi tangan. Tunjuk gambar muka anda yang sebenar supaya pengikut saya boleh kenal awak," katanya. Sebelum ini, Aishah menerima pelbagai maklum balas mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sumber: Gempak
|
sokmogitu replied at 23-11-2020 11:49 AM
aku hairan betul, yang netizen pun apa bendalah bising sangat siapa ganti tokti nyanyi lagu ABSM tu. ...
harisbee replied at 23-11-2020 12:03 PM
sapa serang dia tu...motip sgt...aishah mmg bawak kurang lagu ABS tu...tp agak2a nak attack..nasib a ...
sokmogitu replied at 23-11-2020 11:49 AM
aku hairan betul, yang netizen pun apa bendalah bising sangat siapa ganti tokti nyanyi lagu ABSM tu. ...
AppropriateNick replied at 23-11-2020 11:57 AM
berani ko cakap lagu tu tak bagus mana? ko tak tau ke lagu tu kiriman dari Tuhan?
scrocth replied at 23-11-2020 12:18 PM
Aishah ni dh kenapa? Xkemana pun uol bgaduh dgn netizen wpn berada di pihak benar pn. Belajarlah pek ...
ADVERTISEMENT