Kehadiran pendakwah, Ustaz Ebit Lew ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, di sini, hari ini, menceriakan 152 mangsa banjir.
Mangsa banjir, Rokiah Yusof, 42, berkata, sewaktu dipindahkan ke PPS itu, dia ada bersembang dengan rakannya sama ada Ebit sudi datang membantu mangsa banjir. "Selalu nampak Ustaz Ebit bagi bantuan di media sosial tapi tak sangka beliau datang hari ini dan turut menyampaikan bantuan. "Kehadiran beliau ternyata mengubah suasana dan kelihatan semua penghuni dan petugas di PPS ini gembira dengan kehadirannya," katanya. Ebit hadir bersama rombongan jam 5.30 petang dan sempat meninjau keadaan banjir di beberapa kampung yang masih digenangi air.
Menurutnya, dia mengetahui kejadian banjir melalui siaran media pagi tadi dan segera datang bersama-sama menyelami permasalahan dihadapi mangsa. "Sebelum datang ke PPS, saya sempat meninjau beberapa kampung dilanda banjir. "Dalam kunjungan hari ini, saya dan pasukan menyampaikan sedikit bantuan berupa tilam dan wang tunai kepada setiap keluarga. Ini adalah bantuan yang termampu daripada kami," katanya. Menurutnya, pihaknya akan turut menempatkan pasukan khas terdiri golongan muda bagi membantu membersihkan kediaman penduduk sebaik banjir pulih. Dalam pada itu, sebuah lagi PPS dibuka di SK Changkat Lobak pada jam 5 petang tadi dan kini menempatkan 45 mangsa dari 10 keluarga. -CARI Sumber: Harian Metro
|
CiliPadiSedap: dia ni kalau jadi perdana menteri semua masalah rakyat dah selesai dah. tak perlu nak harap politician .
CiliPadiSedap: dia ni kalau jadi perdana menteri semua masalah rakyat dah selesai dah. tak perlu nak harap politician .
sarah82 replied at 22-11-2020 11:29 PM
perak banjir?
semoga dipermudahkan la urusan penduduk2 yg terjejas sebab banjir.
pyropura replied at 24-11-2020 02:04 AM
Negeri yg kena tebuk atap pasti datang bencana, tak Covid banjir, atau keduanya, yg.mana berkenaan ...
Belibis replied at 23-11-2020 10:25 AM
Orang baik tak boleh jadi politician.
sarah82 replied at 24-11-2020 09:00 AM
Negeri aku tak kena pun.. Habis tu banjir kat Selangor maknanya BALA la tu.
ADVERTISEMENT