CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengamal Meninggal Selepas 2 Bulan!

28-10-2013 06:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13397| Komen: 47

Produk Majun Dua Istimewa Berbahaya - Kementerian Kesihatan


KUALA  LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menasihati pengguna agar tidak membeli dan mengguna produk tradisional tidak berdaftar dikenali Majun Dua Istimewa yang didapati mengandungi racun berbahaya.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian Datuk Eisah Abdul Rahman berkata ujian mendapati produk itu mengandungi 'dexamethasone' yang antara lain boleh mengakibatkan penyakit berkaitan hati serta kegagalan fungsi buah pinggang akut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

"Seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis yang tidak terkawal apabila mengambil produk itu selama dua bulan sebagai ubat tahan sakit," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Eisah kesan lain termasuk peningkatan berat badan, 'Cushing Syndrome', kesan alergi, peningkatan kadar kolestrol, sakit kepala, sakit perut, tulang rapuh, sesak nafas, jangkitan kuman dan gangguan perjalanan darah.

Katanya dexemethasone yang dikawal mengikut Akta Racun 1952 merupakan sejenis kortikosteroid dengan fungsi antiradang dan biasa diguna dalam rawatan alergi hanya boleh dibekal dengan preskripsi doktor.

Menurut Eisah produk tersebut masih ada di pasaran meskipun Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah membuat serbuan dan merampas 401 botol produk bernilai RM146,779 setakat Jun lepas.

Sehubungan itu beliau mengingatkan peniaga agar menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu kerana melanggar Akta Jualan Dadah 1952 serta Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang didapati bersalah mengikut peraturan ini boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Bagi syarikat yang melakukan kesalahan itu, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, katanya.

Orang ramai juga diminta supaya menyalurkan maklumat berkaitan produk terbabit kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM (BPFK) di talian 03-78413200 atau Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berdekatan atau e-mel [email protected] agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pihak yang ingkar.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 28-10-2013 05:03 PM
orang ramai masih tak ada kesedaran lagi..
Quote Odyman 28-10-2013 05:07 PM
Kalau kat China, pembuat ubat yang membawa maut macam ni di hukum tembak terus.
Quote leylapple 28-10-2013 05:16 PM
yang dijual byk kat pesbuk pun sama...

takder tag KKM...

tapi testimoni bertingkek2
Quote cikatilia 28-10-2013 05:23 PM
masih menebal kepercayaan karut ttg ubat2 ciptaan pakar & hospital adalah merbahaya..
tp ubat yg tak tentu hala tup2 selamat plak eh?

esp dikalangan PPRT

Quote cikatilia 28-10-2013 05:25 PM
leylapple posted on 28-10-2013 05:16 PM
yang dijual byk kat pesbuk pun sama...

takder tag KKM...

kalau model nya artis (khusus ubat putih/ slim)
harusla pecaya...

walhal arits2 tu tentu2 berbentuk and bewarna sedemikian sejak azali
(kecuali adira puchat)
Quote bbalik 28-10-2013 05:25 PM


majun buah pinggang ni mmg glemer.....
Quote jazaa 28-10-2013 05:32 PM
Ubat ni multi- purpose ke?.....
Dulu budak genius Adi Putera pun guna ubat ni & labelkan nama dia.....
Quote chaintea 28-10-2013 05:35 PM


suspek..
Quote menjad 28-10-2013 05:47 PM
men telan jer... xder kelulusan pun... mudah sgt percaya!
Quote highcastle 28-10-2013 05:48 PM
Naikkan harga makjun...........
Quote annehuda 28-10-2013 05:57 PM
ade lg ke org makan makjun?
Quote hambaallah1709 28-10-2013 05:58 PM
ni mesti beli dkt org jual tepi kaki lima...
org2 tua kg suke beli ubt cenggini...
Quote boyagombak 28-10-2013 07:29 PM
Pernah telah makjun gamat dari langkawi, tertelan sampai 2 biji wpun dia tulih makan seijik jer waktu malam.
Dek kerana rasa tersedap kunyah lalu terpanas menyengga macam terlebeh makan doyan rasanya.
x boleh tido weh rasanya. Seb bek makan waktu malam yg dingin
Quote cadarblogsot 28-10-2013 07:37 PM
leylapple posted on 28-10-2013 05:16 PM
yang dijual byk kat pesbuk pun sama...

takder tag KKM...

Hi hi.hi... hikkk
Quote saden 28-10-2013 07:51 PM
Tonik Cap Gajah ada jual lagi tak?
Quote sayawifenikmie 28-10-2013 07:58 PM
leylapple posted on 28-10-2013 05:16 PM
yang dijual byk kat pesbuk pun sama...

takder tag KKM...


... banyak produk yang dijual dipasaran online .. walau tak ada KKM .. pembekal ada usaha hantar buat ujian di makmal yang diiktiraf .. seperti makmal di USM .. makmal yang ada akriditasi ....  for your information .... kalau ada kelulusan KKM pun TAK TENTU SELAMAT sebab untuk produk serbuk ..minuman.. makanan .. memang mudah di beri kelulusan KKM .. KKM tak uji punsebelum daftarkan produk tu ... utk yang berasaskan kapsul atau tablet memang KKM susah nak lulus kan ... ambil masa hingag 6-8 bulan utk lulus KKM (kalau lulus)  ....

Quote AraBellaJuan87 28-10-2013 09:05 PM
jazaa: Ubat ni multi- purpose ke?.....Dulu budak genius Adi Putera pun guna ubat ni & labelkan nama dia.....


Siyes ke?
Quote alyafea 28-10-2013 09:19 PM
maajun petani & org kampung gak la yg terbaik ...
Quote medangtamang 29-10-2013 12:52 AM
Huh?? Baru inform bini aku suroh stop mkn maajun ni... dia nk bagi aku kelmarin aku tanak... aku pun tak perasan sgt label maajun tu... tp aku dpt agak laa maajun 2 istimewa... aku kol td tny dia nama maajun tu... mmg betul... dan2 bini aku nk buang... Fuhh!! Nasib dia bru mkn sebijik pasal sakit gigi... katanya ilang sakit...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.164185 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top