"Kami sekeluarga rela makan pucuk paku untuk jimat belanja bagi menghadapi Covid-19 yang belum tentu bila berakhir," kata ibu tunggal, Siti Mariani Rashid, 37.
Dia yang tinggal di Kampung Limau Kasturi, dekat sini, hampir setiap hari mengutip pucuk paku di kawasan paya berhampiran rumah dan tidak perlu berbelanja besar. Katanya, apabila memperolehi banyak kutipan pucuk paku, selebihnya dijual dengan kadar RM1 seikat dan hasilnya boleh membeli lauk. "Itulah cara menjimatkan perbelanjaan kami sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu. "Kami tidak mempunyai pendapatan lain dan hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan," katanya ketika ditemui hari ini.
Siti Mariani berkata, dua anaknya masih bersekolah dan dia terpaksa berjimat cermat kerana bimbang kehabisan wang bantuan. "Lagipun, wabak Covid-19 sudah masuk gelombang ketiga dan belum ada mendapat jaminan bila ia akan berakhir," katanya. Seorang suri, Siti Juriah Yusuf, 28, pula berkata, boleh dikatakan setiap pagi kawasan paya kampung itu menjadi tumpuan penduduk mengutip pucuk paku. Dia berkata, kawasan yang ditumbuhi pucuk paku itu bukan boleh dikutip setiap hari di tempat sama tetapi perlu berbuat demikian antara tiga hingga empat hari sekali. -CARI Sumber: Harian Metro
|
mamajawie replied at 20-11-2020 11:31 AM
kalu aku nak komen boleh x?aku ni gigih ngan mil gi ikut dia kat kebun sawit nu tiap2 minggu amik pu ...
Tinot7 replied at 20-11-2020 11:33 AM
Apa beza pucuk meranti dgn pucuk bebuas?
Iols suka pucuk paku masak lemak.. la ni jarang jumpa
mamajawie replied at 20-11-2020 11:37 AM
pucuk meranti hat pahit2 skit..rupa pun lain skit camni..
idril replied at 20-11-2020 11:51 AM
x pernah tengok sayur ni xtau kewujudannya. masak mcm mana ni mama?
Tinot7 replied at 20-11-2020 11:16 AM
Apa salahnya mkn pucuk paku?
Semoga depa dipermudahkan urusan. Anak2 bersekolah memerlukan banje ...
mamajawie replied at 20-11-2020 11:37 AM
pucuk meranti hat pahit2 skit..rupa pun lain skit camni..
Tinot7 replied at 20-11-2020 12:14 PM
Ok tengkiu... iols reti mkn je.. haha
ADVERTISEMENT