LONDON: Britain akan mengharamkan penjualan kereta menggunakan bahan bakar petrol dan diesel pada tahun 2030. Kenyataan Perdana Menteri, Boris Johnson itu dikeluarkan sedekad lebih awal berbanding komitmen dinyatakan sebelum ini. Johnson membuat janji itu sebagai sebahagian daripada rancangan untuk revolusi industri hijau yang dijangka mampu mencipta 250,000 peluang pekerjaan dalam sektor tenaga, pengangkutan dan teknologi. “Saya rasa mereka boleh berbangga dengan komitmen kita (Britain) mengetuai dunia untuk menangani ancaman perubahan iklim dan pelaburan yang kita lakukan sekarang. “Ia sama ada melalui Bantuan Pembangun Rasmi (ODA) atau cara lain dalam tangani masalah perubahan iklim itu,” katanya pada Selasa. Kerajaannya berkata penjualan kereta dan van menggunakan petrol dan diesel akan berakhir pada tahun 2030. Manakala kenderaan hibrid boleh dijual sehingga tahun 2035. Sementara itu, pengeluar kenderaan juga pada masa sama menyuarakan keprihatinan mengenai sasaran tersebut yang disifatkan terlalu bercita-cita tinggi. Rancangan hijau kerajaan juga merangkumi pelaburan dalam tenaga hidrogen dan teknologi penangkapan karbon. Ini termasuk untuk menjana tenaga angin yang mencukupi bagi memberi kuasa kepada setiap rumah di UK menjelang 2030. Kepentingan alam sekitar adalah sebahagian daripada usaha Johnson untuk bergerak keluar daripada isu COVOD-19 dan Brexit. Ini juga merupakan pelannya untuk membawa pekerjaan baharu kepada bekas kawasan perindustrian di tengah dan utara England. Johnson juga membuat komitmen bersama untuk memerangi perubahan iklim dan pemanasan global. UK dijangka menjadi tuan rumah Persidangan Iklim Global (COP26) tahun depan, selepas penangguhan selama 12 bulan kerana COVID-19. Britain juga berjanji untuk mengurangkan pelepasan karbon menjadi sifar menjelang 2050. Sumber : Awani
|
RatuDunia94 replied at 20-11-2020 01:35 PM
Mewujudkan 250k peluang pekerjaan. Abistu pekerjaan sedia ada dlm bidang fuel petrol/diesel cemana?
Tinot7 replied at 21-11-2020 08:07 AM
Keta buatan mesia pun kena pandang ke hadapan ke? Start dgn hybrid?
sarah82 replied at 21-11-2020 08:24 AM
Kira 2030 depa hanya benarkan jualan kereta elektrik?
TravellingBear replied at 21-11-2020 08:32 AM
kat malaysia yg tulis hybrid tu still teknologi guna petrol utk charge battery.... lots of them. a ...
Tinot7 replied at 21-11-2020 08:36 AM
Ye la kott. Atopon keta hybrid. Tu psl negara2 lain kena amik perhatian.
Takat 100% keta elekt ...
Tinot7 replied at 21-11-2020 08:42 AM
Iols pernah guna keta ioniq je utk beberapa hari. Masih kena isi minyak sblm pulangkan. Maka iols ...
ADVERTISEMENT