CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Puji Suara Sedap, Tapi Afifah Nasir Tak Ada Niat Jadi Penyanyi

19-11-2020 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10136| Komen: 48

Walaupun ramai yang memuji vokal pelakon jelita Afifah Nasir, namun empunya badan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk ke arah menjadi seorang penyanyi.

Ketika ditemui Gempak, Afifah hanya menganggap nyanyian hanyalah hobi sahaja dan dia memang lebih terarah kepada bidang lakonan yang diminatinya.

Foto: IG

"Afifah sebenarnya memang minat menyanyi tetapi Afifah sebenarnya tak tahu sangat pasal muzik. Afifah menyanyi ikut apa yang Afifah rasa okay saja. Tak tahu, key apa, note apa. Kalau rasa sedap di telinga, itulah yang Afifah ikut.

"Sebelum ni ada juga program Masked Singer tanya Afifah untuk jadi salah seorang daripada peserta, tapi Afifah memang tak berapa yakin kerana kena masuk studio semua. Menyanyi dan berlakon ni bukan senang.


"Jadi Afifah tolak secara baik kerana memang Afifah tak berapa yakin dan rasanya belum bersedia lagi. Nanti menyanyi suara tak sedap kena kecam," katanya sambil ketawa.




Ditanya tentang bidang lakonan yang diminatinya, Afifah tersenyum manis.

"Kalau berlakon, suruhlah bawa watak apa sekalipun, Insya-Allah Afifaf akan buat yang terbaik. Tidak kisah walaupun tidak perlu memakai alat solek, ataupun diletak air tanah atau minyak sekalipun, Afifah akan lakonkan watak tersebut


"Alhamdulillah, untuk Afifah tawaran drama makin banyak sekarang ni,  memang sibuk di lokasi. Afifah memang cuba slotkan sebaik mungkin tetapi kalau jadual bertindih, Afifah memang tak akan ambil job tu.



Pada Afifah jangan tamak dan jangan pentingkan diri sendiri. Mungkin ada rezeki lain dan rezeki yang diterima itu mungkin milik orang lain.

"Kalau ambil dua tawaran dalam satu masa, ianya akan menyusahkan ramai pihak. Jadi kalau boleh, Afifah memang tak akan ambil dua job dalam satu masa," terang Afifah mengakhiri bicara. -CARI

Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 19-11-2020 04:21 PM
Mana video nynyi
Quote mieymiey 19-11-2020 04:30 PM
Afifah ni bayar berapa pada reputz untuk interview Afifah?
Afifah bangga Sepahtu dah 6 kali panggil Afifah, maksudnya Afifah pandai berlakon.
Yang ni peminat puji suara Afifah, maksudnya Afifah pandai menyanyi.
Quote maxim 19-11-2020 04:34 PM
mieymiey replied at 19-11-2020 04:30 PM
Afifah ni bayar berapa pada reputz untuk interview Afifah?
Afifah bangga Sepahtu dah 6 kali panggil ...

kan..senang btol idup die..ntah2 orang gile mana dok puji die terus perasan. silap2 org gila tepi jalan puji die cantik terus wartawan tnya xda niat nk masuk ratu cantik ke

pundek
Quote ashilalat 19-11-2020 04:38 PM
Suruh la aliff aziz ajar nyanyi macam dlu2...mna tau ada rahsia mic special ke, teknik nyanyi lg bagus.

Terjawab sudah nape pipah ke karaoke dgn alip dlu
Quote mieymiey 19-11-2020 04:38 PM
maxim replied at 19-11-2020 04:34 PM
kan..senang btol idup die..ntah2 orang gile mana dok puji die terus perasan. silap2 org gila tepi  ...

HAHAHAHAHAHA.
Tu belum lagi boyfriend Afifah puji masakan Afifah sedap, takder niat nak jadi chef ker?
Lepastu followers Afifah puji mekap Afifah cantik, taknak jadi MUA ker?

Quote hakikat_hidup 19-11-2020 04:43 PM
sorry..u are tak cantik..bentuk muka u tu mcm pelik je hahah..berlakon, nyanyi pun so so..i komen ikhlas yg lain kate u pndai berlakon and suara sedap tu xtaula benar bagai dikata atau sekadar nak jaga hati u je
Quote LadyCarefree 19-11-2020 04:45 PM
maxim: kan..senang btol idup die..ntah2 orang gile mana dok puji die terus perasan. silap2 org gila tepi jalan puji die cantik terus wartawan tnya xda niat n ...


Hadoi. Ada gak selingan nak membawang. Kalau x penuh dgn benang lopak dan mekjurah je.
Quote salmon-suki 19-11-2020 04:47 PM
Bideo mana bideo sebagai bukti...tp ai xrasa dia ni cantik...sbb kepala xbalance ngn bdn...mohon jgn kecam ai .ni bkn body head shaming tp realiti. Opssss~
Quote adeqbelon 19-11-2020 04:48 PM
Seyesla ada org puji sore dia sedap. Ritu nyanyi2 kt sepahtu mcm kelaut aje.. adoii
Quote nazzse 19-11-2020 04:55 PM
Muka tua.. Cuba kurangkan sikit ketebalan makeup tu.
Less makeup is better afifah oii, bagi lah kulit tu rest sikit.. Bumpy byk gak tu
Quote sarah82 19-11-2020 05:18 PM
Ok la cantik dari aku bagi aku cantik ;

Dan back up

Tapi aku nak bukti video suara sedap tu
Quote mzsnam 19-11-2020 05:23 PM
muka dia sebijik mcm muka pelakon melayu tu.. pelakon wanita tp tk femes sgk pelakon tu tp ak tk ingat nama. mmg seiras... kakak dia anzalna mmg ade iras saadiah pelakon lama zmn pramlee..
Quote Normabaru. 19-11-2020 05:23 PM
Penyanyi bbnu rata2 mana reti nyanyi..
Quote miracle_forever 19-11-2020 05:29 PM
hakikat_hidup replied at 19-11-2020 04:43 PM
sorry..u are tak cantik..bentuk muka u tu mcm pelik je hahah..berlakon, nyanyi pun so so..i komen ik ...

muka dia hexagon. meols terganggu betul kalau nmpk muka sheols kat tv. obvious sgt berpetak2
Quote Kurex 19-11-2020 05:29 PM
Cam palattttttttttt gosip ni
Quote Normabaru 19-11-2020 05:30 PM
Bkn dia ke org ckp muka cm mona fandey dulu
Quote slyfynx 19-11-2020 05:31 PM
Skrg dok bodgos macam baca artikel sampah majalah mangga dah.
Cume beza skrg xde gmbr kt kolam, gambar curi kat IG je

- CARI
Quote anony-mous 19-11-2020 05:36 PM
Dia ni dari belakang nmpk cantik, dari depan terus turn off
Quote Nenasketum 19-11-2020 05:54 PM
mieymiey replied at 19-11-2020 04:38 PM
HAHAHAHAHAHA.
Tu belum lagi boyfriend Afifah puji masakan Afifah sedap, takder niat nak jadi chef ...

Kemudian wajib buat hiasan dalaman rumah, taknak jadi interior decorater? Retis ni cenggini lah, the world revolves around their sad pathetic lives

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.052602 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top