CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dbkl Sita 28 Motosikal Di Tingkat Atas Rumah

28-10-2013 02:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13879| Komen: 96

DBKL sita 28 motosikal di tingkat atas rumah


ANGGOTA Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengangkat motosikal yang dibawa naik oleh sebahagian oleh penduduk di PPR Intan Baiduri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Sebanyak 28 buah motosikal telah disita dalam Operasi Angkut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong awal pagi semalam.

Tindakan itu diambil kerana pemilik motosikal terbabit didapati melanggar peraturan iaitu meletakkan motosikal mereka di tingkat atas PPR tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, kesalahan tersebut disabitkan di bawah Perjanjian Penyewaan Rumah PPR/PA yang boleh menyebabkan penyewa di usir daripada kediaman tersebut.

"Apa-apa sahaja halangan termasuk motosikal yang dibawa naik hingga ke pintu rumah masing-masing adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan penyewa dikompaun RM500 atau maksimum RM2,000 untuk mengambil semula kenderaan mereka.

"Bagi mereka yang melakukan kesalahan sama buat kali kedua, tindakan penamatan kontrak sewa rumah akan dibatalkan serta-merta dan tiada rayuan boleh dilakukan.

"DBKL amat serius dengan masalah tersebut yang turut menyebabkan kerosakan kepada perkhidmatan lif sehingga menyusahkan pengguna lain terutamanya warga emas dan orang kurang upaya (OKU)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas turut menyertai operasi tersebut.

Operasi yang bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir dua jam kemudian itu turut disertai Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohd. Ghazali Nor sambil dibantu 100 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia.

Tambah Amin Nordin, jumlah sitaan terbaharu itu menjadikan angka keseluruhan motosikal yang telah disita pihaknya menjadi 269 sejak September lalu.

Katanya, PPR Intan Baiduri antara sepuluh lokasi utama yang berlaku masalah itu selain PPR Kampung Muhibbah yang menyaksikan 86 buah motosikal disita hanya pada bulan ini sahaja.

"Lokasi lain adalah PPR Taman Wahyu, PPR Pekan Batu, PPR Desa Tun Razak, PPR Seri Anggerik, PPR Sungai Bonus, PPR Beringin, PPR Seri Selangor dan PPR Laksamana," katanya.

Menurut beliau, operasi itu akan diadakan dari semasa ke semasa di semua PPR di ibu negara bagi mendisiplinkan penghuni.

23

Bagus
20

Marah
17

Terkejut
32

Sedih
21

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 28-10-2013 10:54 AM
Kesian org pprt..letak kat bawah moto hilang...
Letak depan tumah kena sita plak..
Inilah org yg nak laksanakan undang2 pon..
Cubalah selesaikan dulu masalah kecurian motosikal dorg.
Sorg kawan yg menyewa kat flat muarahan ala2 pprt ni pnh hilang moto...so bila beli moto baru bawa naikletak depan rumah..
Depan rumah pon hilang tayar....
Kesiandgn dorg ni..dahla susah...
Pelaksana undang2 pon tambah menyusahkan..
Selesaikan dulu hal motosikal yg hilang
Quote gaara_X 28-10-2013 10:55 AM
Perangai manusia......cam nie laa.....tahu salah..bawa je masuk lam umah...settle....
Quote prettyuglybabe 28-10-2013 11:04 AM
kesian orang dbkl tu. penat kena angkut motor
Quote vv2005 28-10-2013 11:08 AM
prettyuglybabe posted on 28-10-2013 11:04 AM
kesian orang dbkl tu. penat kena angkut motor

yelah..sungguh kasihan..
Quote alepmama 28-10-2013 11:08 AM
padan muka...inilah minda ppr
menyusahkan orang
ko ingat lift tu tak terseksa nak angkut ko lagi moto lagi
Quote zorrro_03 28-10-2013 11:10 AM
letak kat bawah kena curi katanya.  pernah jumpa set2 pprt keparat pelihara ayam dlm flat.  

giler kau, habis semua jiran mengadu bau tai ayam.
Quote mjla 28-10-2013 11:12 AM
Sian nasib depa dah la ramai mengutuk pastu DBKL menindas plak.

Nasib2...
Quote mziskandar 28-10-2013 11:14 AM
check ic x?
Quote dino 28-10-2013 11:18 AM
mommymonster82 posted on 28-10-2013 10:54 AM
Kesian org pprt..letak kat bawah moto hilang...
Letak depan tumah kena sita plak..
Inilah org yg n ...

angkut moto wat naik lift tetap slh.... merosakkan harta benda.... isu moto kena curi.... itu yg dok flat pun kena la melabur duit skit utk security.... tp sikap depa.... nak kutip rm50 sbln pun susah.... astro bleh plak byr
Quote dino 28-10-2013 11:19 AM
zorrro_03 posted on 28-10-2013 11:10 AM
letak kat bawah kena curi katanya.  pernah jumpa set2 pprt keparat pelihara ayam dlm flat.  

...

die ingat mcm kat kg....
Quote dino 28-10-2013 11:21 AM
alepmama posted on 28-10-2013 11:08 AM
padan muka...inilah minda ppr
menyusahkan orang
ko ingat lift tu tak terseksa nak angkut ko lagi m ...

kan... fikir diri sendiri je....  ingat kes ade org sakit... kena guna tangga psl lift selalu rosak....  

Quote mommymonster82 28-10-2013 11:21 AM
dino posted on 28-10-2013 11:18 AM
angkut moto wat naik lift tetap slh.... merosakkan harta benda.... isu moto kena curi.... itu yg d ...

Betul jugak bab tu...
Mommy xkata dorg betul...tindakan bawa naik moyo ke atas tetap satu kesalahan..
Tp boleh cuba selesaikan dulu hal kecurian motor tu....
Tp betullah kalu jenis minda semua nk free je...nak byar duit skit pon susah..
Mmg betullah dbkl buat mcm ni...
Hailah minda pprt..
Quote dandindon 28-10-2013 11:21 AM
dino posted on 28-10-2013 11:18 AM
angkut moto wat naik lift tetap slh.... merosakkan harta benda.... isu moto kena curi.... itu yg d ...

kalau tak mampu nak ambik security, depa boleh tubuhkan Rukun tetangga... modal..kopi o dengan biskut kering jerr
Quote mommymonster82 28-10-2013 11:22 AM
zorrro_03 posted on 28-10-2013 11:10 AM
letak kat bawah kena curi katanya.  pernah jumpa set2 pprt keparat pelihara ayam dlm flat.  

...

Jiran sy pon asalnya duduk apt ala2 pprt..
Bila pindah dok sini perangai pprt tu xbuang..
Bela anjing...buat bising...
Malam2 boleh gaduh dgn sapa ntah..anjing menyalak kul 3 pg...
Bau asap kemenyan dia lagi...adoila..
Quote mjla 28-10-2013 11:23 AM
Pusing2 penduduk gak yg salah...
Quote mommymonster82 28-10-2013 11:24 AM
dandindon posted on 28-10-2013 11:21 AM
kalau tak mampu nak ambik security, depa boleh tubuhkan Rukun tetangga... modal..kopi o dengan bis ...

Betul tu...tp kalu pendudkan beribu...yg nak uaang buat rukun tetangga org tu je..
Yg lain xpeduli pon..sakit hati gakkan kalu gtu...
Quote MengkuduMasam 28-10-2013 11:24 AM
pemilik dlm dilemma sebenarnya.... tinggal bwh kene curik... taruk atas kene angkut...

tp in general, mmg salah pi hangkut naik atas pun... kalo emergency ambulan dtg... kene angkut strecher .. kompom xlepas...
Quote dino 28-10-2013 11:25 AM
mommymonster82 posted on 28-10-2013 11:21 AM
Betul jugak bab tu...
Mommy xkata dorg betul...tindakan bawa naik moyo ke atas tetap satu kesalah ...

tu mslh sikap mommy.... mmg yg dok flat ni kedekut ya amat... bleh je hire guard segala klau semua bg kerjasama.....
dah la ade jenis pasu bunga pun... botol leh buang dr tingkat atas.... rosak kereta... klau kena org... hbis.....
Quote dino 28-10-2013 11:26 AM
mommymonster82 posted on 28-10-2013 11:22 AM
Jiran sy pon asalnya duduk apt ala2 pprt..
Bila pindah dok sini perangai pprt tu xbuang..
Bela a ...

malam2 tumbuk sambal le yea....

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.212418 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top