CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Jolok Sarang Tebuan, Nadia Brian Beri Amaran

16-11-2020 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13480| Komen: 58

Pelakon, Nadia Brian, 29, memberi amaran kepada netizen suka menabur fitnah berkaitan isu rumah tangganya berhenti berbuat demikian.

Jika tidak, pelakon filem Ratu Kala Jengking itu tidak akan teragak-agak melayangkan surat saman kepada mereka. Amaran dibuat menerusi Instagram (IG) Story miliknya, kelmarin.



Foto: IG
Nadia berkata, dia terpaksa mengambil tindakan tegas sekiranya fitnah dilemparkan semakin menjadi-jadi.

Pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu berkata tindakannya yang lebih suka mendiamkan diri apabila difitnah menyebabkan 'kepalanya' dipijak.


Katanya, dia tidak mampu bersabar kerana ia memberi kesan psikologi bukan sahaja kepada dirinya, malah ahli keluarga terkait sama.

"Sejujurnya, saya menerima terlalu banyak kecaman menerusi mesej langsung, aplikasi WhatsApp dan artikel yang memfitnah saya tanpa usul periksa. Semakin saya diam, makin menjadi-jadi pula fitnah yang dilemparkan.

"Bagi saya, orang luar tidak berhak mencampuri urusan rumah tangga atau peribadi orang lain. Saya tiada masalah menerimanya sekiranya sekadar memberikan nasihat. Tetapi, apabila apa yang diperkatakan boleh menimbulkan fitnah, saya tidak boleh maafkan. Jika keterlaluan, tunggu surat saman.

"Saya tak mampu berdiam diri kerana fitnah yang dilemparkan memberi kesan kepada psikologi saya dan keluarga. Saya simpati dengan keluarga apabila mereka diheret dalam permasalahan saya. Hormatilah ibu bapa, nenek dan adik-beradik saya. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan, terutama ibu yang kini sedang melanjutkan pelajaran. Bagaimana ibu nak berdepan dengan rakannya apabila timbul fitnah tidak berasas," katanya kepada BH Online.


Nadia berkata, lebih membuatkannya geram apabila netizen bertindak seperti sudah lama mengenalinya dan sesuka hati melemparkan kecaman.

"Mungkin tiada siapa mahu mengambil tahu hal peribadi saya jika bukan artis. Sekarang ramai yang sibuk ingin masuk campur dan seolah-olah tahu apa yang berlaku pada rumah tangga saya dengan suami, Muizz Nasruddin.

"Paling saya geram, ada yang baru dua tiga kali berjumpa saya tetapi 'acah-acah' sudah lama mengenali dan memfitnah tanpa tahu hujung pangkal. Walaupun fitnah yang dilemparkan tidak langsung menyebut nama, tetapi saya tahu orang yang dimaksudkan adalah saya.

"Jika sesiapa mahu menuduh saya curang, terpulanglah kepada hak mereka. Tetapi, saya percaya selagi mahkamah tidak tentukan betul atau tidak, ia hanya spekulasi semata-mata. Kita ada undang-undang, jadi janganlah bersikap melampau. Jangan dijolok sarang tebuan, tak pasal-pasal dapat surat saman," katanya.



Berita keretakan rumah tangga Nadia dan suaminya, Muizz dihidu berantakan, sejak beberapa bulan lalu. Oktober lalu, Muizz membuat pendedahan mereka sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung. Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November, tahun lalu namun masih belum dikurniakan cahaya mata. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 16-11-2020 03:13 PM
X abes2 lagi ke pasal die ni
Quote salmon-suki 16-11-2020 03:20 PM
Tebuan laa tu,muka bengkak sana sini..kekeke~

Nama nadia najwa,sebutir brian pn xde. Gigih jgk nak letak nk nampak kokesen celop..{:nose
Quote opie5662 16-11-2020 03:33 PM
Dr pada ko alter muka n badan ko.. Baik g alter gigi ko dlu. Serabut sgt tu
Quote LadyCarefree 16-11-2020 03:35 PM
Dia ni xtau la knape jadi retis. Muka ka body ka apa ka xde yg menarik
Quote slyfynx 16-11-2020 03:51 PM
Pe mende la MRO bukak thread2 sampah hari ni.
Korang ade gaji ke eh?
Digajikan untuk stalk IG ke?
confuse aku

-CARI
Quote midori_katana 16-11-2020 04:17 PM
Bukan suami dia ka yg start kata dia curang? Netizen dok jadi nasi tambah ja tu ...
Quote husna_amal 16-11-2020 04:18 PM
Watak dia kat drama selari dengan kat luar.
Quote acikbajuhijau 16-11-2020 04:22 PM
Hauk gile fashion baju biru putih ti. Hemaigot.
Quote aammyy 16-11-2020 04:35 PM
Serious 29?? Aku ingat dah 35/36
Quote imanda 16-11-2020 04:41 PM
Edited by imanda at 16-11-2020 04:42 PM

panjang lebar dia melepas geram.. so ms gaduh ngn lakinya, mbebel sama mcm amber heard ex binik johnny depp tak?
Quote kembangbunga 16-11-2020 04:52 PM
acikbajuhijau replied at 16-11-2020 04:22 PM
Hauk gile fashion baju biru putih ti. Hemaigot.

iols pun terkejut tengok dressing hauk sheols.. pic time jd pengantin tu x boleh tonggek lagi ke?? haishhhhhh
Quote Yunbin 16-11-2020 07:01 PM
Sarang tebuannya yg mana 1?
Quote dudaberhias 16-11-2020 07:04 PM
Tak habis2 wartawan duk ulang pelakon "ratu kala jengking". Filem haussss di aidilfitri je pun. Tengok free kat youtube pun tak boleh tengok habis.

Editing memang outttt. Tapi lakonan semua ok.
Quote husie91 16-11-2020 07:14 PM
Taktau kenapa tgok dia ni mcm comot muka haha walaupom dia grooming helokk jee tp mata iols nampak comot sesiapa blh bgtau tk kenapa haha
Quote TomyamPuteh 16-11-2020 07:16 PM
Dr jolok sarang tebuan, baik aku pi jolok buah pelam. Blh gak buat pelam asam boi
Quote TerataiMelur02 16-11-2020 07:19 PM
husie91 replied at 16-11-2020 07:14 PM
Taktau kenapa tgok dia ni mcm comot muka haha walaupom dia grooming helokk jee tp mata iols nampak c ...

Sama la.. I pun tengok dia ni comot, selekeh, busuk.
Hannah delisha, diana danielle tu nampak jugak wangi walaupun pakai tshirt je
Quote Nenasketum 16-11-2020 07:42 PM
Dia ni, in person lawa ke? Sebab dalam tv kurreng lawo
Quote helicornia 16-11-2020 07:43 PM
midori_katana replied at 16-11-2020 04:17 PM
Bukan suami dia ka yg start kata dia curang? Netizen dok jadi nasi tambah ja tu ...

ntahnye.pi la saman la ko tu sbb buka aib ko
Quote teen_angelJB 16-11-2020 08:33 PM
Sori beb..u look.cheap

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.314527 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top