CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Utara Guna Twitter?

16-11-2020 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 980| Komen: 2

Kemunculan dua akaun baharu di Twitter yang didaftarkan pada Oktober lalu, menjadi bualan pengguna media sosial terutama di sini, sejak Jumaat lalu, apabila ia dikatakan milik pemimpin Korea Utara.


Kedua-dua akaun itu yang hanya mengikuti akaun Uriminzokkiri, iaitu saluran propaganda di bawah naungan Jawatankuasa Korea Utara untuk Penyatuan Semula, menciap pelbagai mesej bukan sahaja dalam bahasa Korea, bahkan Mandarin, Jepun dan Bahasa Inggeris, dipercayai untuk capaian pembaca lebih luas.


Gambar hiasan

Satu akaun @korea_myongil oleh Kim Myong Il yang menjelaskan dirinya sebagai pengarah jawatankuasa berkenaan, manakala akaun @korea_songil atau Han Song Il iaitu pengarah institut penyatuan Korea Utara.


Mereka ada menciap kenyataan bersifat peribadi seperti Kim yang mengatakan walau sesukar mana pun dia tetap akan berusaha berhenti merokok demi kebaikan dirinya dan alam sekitar, sekali gus merujuk undang-undang anti-merokok yang baru diperkenalkan Korea Utara.

Ciapan terbaharu daripada Han pula berkisar luahan menghargai ibunya sempena Hari Ibu di Korea Utara pada hari ini (16 November).

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada individu mendaftar akaun Twitter itu adalah orang sama yang menciap setiap mesej, apatah lagi penggunaan internet dilarang di Korea Utara.

"Kami maklum mengenai Korea Utara yang mempunyai pelbagai saluran propaganda dan akaun media, tetapi sukar untuk dipastikan sama ada akaun Twitter ini betul-betul diuruskan mereka," kata Kementerian Penyatuan Korea Selatan kepada ABC News.

Pengarah Institut Pengajian Antarabangsa bagi Korea Utara di sini, An Chan-il pula berkata, terdapat kemungkinan akaun itu asli.

"Mereka mempunyai saluran propaganda di YouTube, yang diuruskan individu dilantik pihak berkuasa. Operator akaun (Twitter) berkemungkinan orang dilantik kerajaan Korea Utara dan bukan orang biasa," katanya.

Baru-baru ini, Korea Utara menambah penyertaan dalam media sosial barat seperti YouTube, Twitter dan Instagram, antara lain dilihat cubaan membaiki imej nasional yang dicemari ancaman nuklear dan pelanggaran hak asasi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ain_h 26-1-2021 02:40 AM
Baguslahhhhh
Quote FanTasyCreaTioN 26-1-2021 06:05 AM
Tolong jangan naik kan Thread lama jika takde Update baru.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.040148 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top