CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fesyen Pelik Aina Abdul Jadi Bahan Umpatan

16-11-2020 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18831| Komen: 107

Meskipun kemampuan vokal penyanyi Aina Abdul tidak dapat dipertikaikan lagi, namun ramai pihak yang mempersoalkan fesyen unik yang seringkali digayakannya dalam mana-mana acara hiburan.


Walaupun ada yang memuji, namun tidak kurang juga komen yang mengeji sehingga pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani ini menyedari perkara itu.


Foto: IG
Aina berkata, rupa dan penampilannya memang sudah lama diperkatakan netizen sejak dia mula bergelar artis.

Tidak mengambil pusing setiap komen negatif, Aina mengakui lebih selesa dan masih berpegang prinsip menutup aurat.

"Setiap acara yang dihadiri, saya akan pakai busana yang bersesuian dengan majlis. Saya sebenarnya seorang yang ringkas dan hampir setiap hari memakai pakaian berwarna hitam.


"Namun, kalau saya menghadiri majlis, saya tampilkan yang sehabis baik daripada segi penampilan sebab di situ sahaja saya boleh bereksperimentasi.

"Saya bukan pandai berfesyen terutama membabitkan permainan warna pakaian," katanya.



Menurut Aina, dia sering menjadikan selebriti antarabangsa seperti Lady Gaga sebagai rujukan dalam berfesyen, namun masih mengikut kesesuaian diri.

"Saya tidak boleh pakai pakaian ketat sebab bentuk tubuh agak berisi. Jurugaya pun sudah faham dan corak fesyen yang boleh menutup kelemahan dan menonjolkan kelebihan saya," katanya.

Single tak menjadi?

Kejayaan single Sumpah dan Semalam membawa jenama yang ampuh buat diri Aina.


Bagaimanapun, menerusi single terbaharunya berjudul Maybe dan Kelip-Kelip, populariti lagu itu tidak serancak seperti diharapkan.

Optimis dengan lagu yang dihasilkannya, Aina menjawab mengenai kritikan yang mengatakan dirinya sengaja merosakkan bahasa kerana penggunaan bahasa rojak dalam lagu terbabit.

Bagaimanapun, sebagai penulis lagu, Aina tidak berasakan perkara itu melanggar etika penulisan lirik lagu.


"Setiap penulis lirik sentiasa mahu mencari kelainan dalam setiap karya yang dibawakan. Lagipun bukan mudah nak cari resipi yang terbaik untuk halwa telinga pendengar.

"Jika nak bercakap mengenai penggunaan bahasa yang bercampur itu, saya faham ada pihak yang sensitif. Tambahan pula, ibu saya adalah guru bahasa Melayu.

"Namun apa yang ditampilkan adalah sisi berbeza lagu yang pernah saya bawakan sebelum ini selain ingin bereksperimentasi dalam karya. Lagipun isu 'lagu rojak' bukan perkara baharu dan ada beberapa artis lain yang pernah menghasilkan lagu sedemikian," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyunniesSS501 16-11-2020 11:06 AM
saing2 lady gaga
Quote mamajawie 16-11-2020 11:06 AM
dia ni memang fesyen haukk pun..
Quote salmon-suki 16-11-2020 11:10 AM
Salunya ai tgk fesyen pelik gini dalam anime Bleach,set2 hueco mundo,geng2 arrancar..bawah kelolaan aizen-sama{:love

Tp kan,bab "menutup aurat" tu,ai doubt dat laa..sorry to say...n dia ni masih lg rasa diri gemuk or saja nak sindir netz y pernah keji dia sbb gemuk tu?tgk mcm xde laa gemuk pn..
Quote julia5094 16-11-2020 11:10 AM
Just be yourself aina..suara tip top dah. Imej tu kena jaga. Kalau dah popular meletop kau memang dbom...pakai apa pun orang akan puji dikkk. Ni baru nak menapak. Pakai baju simple yet elegant pun ok. Ni nampak pemakaian dan gaya nampak tua dari umo...
Quote julia5094 16-11-2020 11:13 AM
"Saya tidak boleh pakai pakaian ketat sebab bentuk tubuh agak berisi. Jurugaya pun sudah faham dan corak fesyen yang boleh menutup kelemahan dan menonjolkan kelebihan saya," katanya.

Kalau dah perasan benda ni...Apa kata cuba kuruskan badan. Lagi banyak fesyen yang boleh masuk. Tapi tengok Sherry Alhadad tu..pandai je dia bergaya even badan tak berapa langsing.

Sebagai artis, imej salah satu benda yang amat penting ye..Kalau tak..setaraf je la dengan netizen.
Quote deebiz14 16-11-2020 11:15 AM
Sheols sajak baju Bunga Raya Masked SInger je...

Yg lelain sumer mmg mintak kene  lahar.  Kata suh dengar sore je tak yah nak tgk visual. Tapi kalau you da muncul kat tb penuh HD (time abp ritu), susah laaaa....

Go hire a proper stylist dekkkk. Sayang psl sore da tiptop dan size badan  tu  ok la  da comel.
Quote sarah82 16-11-2020 11:18 AM
tingginya kasut dia.
Quote prettyuglybabe 16-11-2020 11:18 AM
dulu tak salah bahasa inggeris dan melayu bercampur dalam lagu adalah tak dibenarkan..
zaman rock kapak, siti baru mendunia dulu..
masuk zaman too phat FT and komposer bbnu acah urban cakap english baru la nampak pandai and bandar, terus caca marba..
tak caya cuba dengar lagu rock kapak 90an, lagu siti misha seangkatan..
lirik semua melayu tak ada rojak-rojak..
Quote She-Ra 16-11-2020 11:20 AM
mangsa pereka fesyen
Quote adelea 16-11-2020 11:38 AM
prettyuglybabe replied at 16-11-2020 11:18 AM
dulu tak salah bahasa inggeris dan melayu bercampur dalam lagu adalah tak dibenarkan..
zaman rock k ...

kru dulu klu part rapbor english
terus kena mute

paatu ingat lagi edry kena fight for sbb lyrics dia campur ..


ni bolwh plak si aina nyanyi twinkle2
sakit plak hati aki
Quote Lelli 16-11-2020 11:39 AM
Patut la fesyen pelik2...Lady Gaga yg dijadikan bahan rujukan..ummah sana sndri rmai yg x suka fesyen Gaga tu..ummah Malaysia yg sedikit conservative ni lagi la.

Quote apedehal 16-11-2020 11:40 AM
Taste pesen the next lofa ni
Quote eragon 16-11-2020 11:40 AM


Ni fesyen  yang paling pelik...
Quote cicicumel 16-11-2020 11:45 AM
Seluar dia voka mania mggu lpes ketat kot.. Nmpak bontot
Quote RatuDunia94 16-11-2020 11:53 AM
Ala tp biarlah.. x kan semua penyanyi wanita bertudung nk kena cliche mcm siti, wany hasrita bla bla.. bosan.. terselit sorang yg fesyen hauk mcm ni boleh gak jd bahan mengata.
Quote newme11 16-11-2020 11:59 AM
Netizen ni, kalua x mengata… mmg tak boleh
Quote whadda 16-11-2020 12:19 PM
hapo fesyen blazer hitam dengan ropol biru tuh.. dah macam bulu2an keluar dari tetekk je
Quote husna_amal 16-11-2020 12:27 PM
Kesian dengan fesyen macam tu memburukkan lagi imej. Harap semoga lepas ni lebih cerdik sikit dan berani bersuara dengan apa dress yang patut dipakai. Jangan main sarung je sampai nampak berlebihan dan over.
Quote nanasno 16-11-2020 02:14 PM
memang baju baju sheols hauk teruk. tengok vokal mania semalam ke kelmarin aiyooooo. hauk sungguhhh baju sheolsss.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.117098 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top