CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isma Sindir Saravanan Isu Peruntukan Khusus Sekolah Vernakluar

13-11-2020 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2292| Komen: 4

Description: Sekolah Vernakular tidak sepatutnya diberi bantuan atau peruntukan khusus seperti diumumkan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Saravanan Murugan kelmarin.
Sekolah Vernakular tidak sepatutnya diberi bantuan atau peruntukan khusus seperti diumumkan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Saravanan Murugan kelmarin.

Ini kerana peruntukan diumum dalam belanjawan dinyatakan sebagai khusus kepada sekolah bantuan penuh kerajaan tidak termasuk vernakular.


Justeru, kenyataan Saravanan memaklumkan peruntukan kepada sekolah vernakular itu dibantah, malah ia juga disifatka seperti melangkaui Menteri Kewangan.


Kredit foto: The Star/FMT

“Saya pelik tetapi pada masa yang sama ‘kagum’ pada Menteri bukan Melayu seperti YB M. Saravanan ini.

“Beliau bukanlah Menteri Pendidikan, bukan juga Menteri Kewangan tetapi adalah Menteri Sumber Manusia yang tiada kena mengena dengan sekolah vernakular.

“Lebih mengagumkan lagi, beliau bersuara seolah-olah mewakili dan mendahului keputusan Menteri Kewangan pula.


“Kerana kita belum lagi dengar mengenai keputusan untuk meminda belanjawan bagi peruntukan sekolah vernakular dari Menteri Kewangan sendiri.”

Demikian kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya, hari ini yang mempersoalkan keperluan peruntukan khusus kepada sekolah vernakular.

Terdahulu, dalam Belanjawan 2021, kerajaan memperuntukkan RM50.4 bilion kepada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi peningkatan kualiti pendidikan serta penyelenggaraan dan pembaikan sekolah.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM800 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan penuh kerajaan untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan.

Peruntukan RM50.4 bilion itu adalah yang terbesar kepada KPM kerana merupakan 15.6 peratus daripada jumlah keseluruhan Belanjawan 2021.

Justeru dengan jumlah sebesar itu disifatkan tidak wajar kerajaan memperuntukan satu jumlah khusus kepada sekolah vernakular apatah lagi sekolah persendirian Cina.

“Saya difahamkan hanya sekolah persendirian Cina sahaja tidak diperuntukkan sebarang dana dalam belanjawan kali ini.

“Di mana peruntukan bagi sekolah-sekolah vernakular di bawah kelolaan kerajaan (SJKC dan SJKT) termasuk sekali dalam peruntukan sekolah kerajaan, cuma tidak dinyatakan secara khusus.

“Mustahil jika, beliau tidak tahu, lebih-lebih lagi beliau seorang menteri yang senior.

“Saya harap ini bukannya satu muslihat atau alasan untuk menambahkan lagi jumlah peruntukan bagi sekolah vernakular atas nama kononnya ‘satu peruntukan khusus’ kemudiannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aminuddin memaklumkan Isma sedang mencabar kedudukan sekolah vernakular dalam Perlembagaan Persekutuan di mahkamah.

Pemfailan di mahkamah itu dibuat apabila dilihat bertentangan dengan konsep perpaduan dan tidak memupuk semangat sepatutnya bermula dari alam persekolahan.

“Untuk pengetahuan anda, pihak kami telah mencabar keabsahan sekolah vernakular di sisi perlembagaan di mahkamah, dan kes ini sedang berjalan.

“Dengan harapan kita semua menikmati sistem satu aliran. Maka, tidak lagi timbul isu peruntukan sekolah vernakular sebegini lagi,” tegasnya. 


Sumber: Suara Merdeka
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 13-11-2020 04:43 PM
Menteri sumber manusia tak buat keje kaaaa sibuk hal org lain.
Quote bangcak 13-11-2020 04:48 PM
menteri sumber manusia BERJAYA mintak peruntukan vernakular.
menteri pengangkutan BERJAYA salur dana unibesiti komunis

yg takberjaya hanya menteri pelajaran
dgn 3-4 org timbalan menterinya je.

lepas bajet nih abah cow elok tambah lagi timbalan utk menteri yg tak berjaya tu.
Quote brownstone 14-11-2020 07:01 PM
Konon SJKC kena ada sebab kualiti better dari SK. And semakin ramai ibu bapa berbilang bangsa bawa anak masuk ke SJKC, lebih multiracial.

OK, kalau kualiti yg jadi ukuran, let them use Malay sebagai medium pengajaran, cikgu2, teknik pengajaran & tatatertib kekal. Takkan once kau ubah silibus guna BM, disiplin jadi ke laut?

Lagi 1, SJKC je yg multiracial...so why bother nak keep SJKT??? SK tak boleh ajar bahasa tamil?

Nampak tak cherry picking bila berhujah nak kekal sekolah vernakukar....?

Sekolah vernakukar ni membebankan kewangan kerajaan dan menerbitkan jurang pendidikan antara kaum.
Quote sidewinder 17-11-2020 08:42 AM
drpd spend duit kat sekolah vernakluar....baik spend kat sekolah kebangsaan kawasan pendalaman ......situ haaa terlalu byk yg perlu diperbaiki....terlalu daif

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.108670 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top