CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Tahu Kencing Datang Dari Mana, Budak 13 Tahun Masukkan Wayar Eletrik Dalam Pundi

13-11-2020 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4520| Komen: 17

Beijing: Hanya kerana ingin tahu, seorang budak lelaki di China memasukkan wayar elektrik sepanjang 70 sentimeter ke dalam saluran kencingnya.

Remaja berusia 13 tahun dari Dongguan di wilayah Guangdong, selatan China itu bertindak sedemikian dipercayai kerana mahu tahu punca air kencingnya.


Global Times melaporkan wayar itu tersangkut di pundi kencingnya selama tiga bulan dan dia mengalami masalah kerap kencing.

Foto: Global Times

Sepanjang tempoh itu, remaja itu bukan saja menahan sakit, malah ada ketikanya darah keluar dari saluran kencingnya.

Berikutan keadaan budak itu semakin teruk, dia dikejarkan ke hospital berhampiran oleh ahli keluarganya.


Doktor kemudian memutuskan untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan wayar berkenaan.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Shi berkata, wayar berkenaan digunakan remaja itu, asalnya berwarna hitam.

Namun, selepas berada di dalam tubuhnya terlalu lama dan diselaputi kotoran air kencing, ia bertukar menjadi kelabu.

"Ia merosakkan saluran dan pundi kencing mangsa jika berada di dalam badannya lebih lama," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 13-11-2020 12:11 PM
Beijing: Hanya kerana ingin tahu, seorang budak lelaki di China memasukkan wayar elektrik sepanjang 70 sentimeter ke dalam saluran kencingnya.


Remaja berusia 13 tahun dari Dongguan di wilayah Guangdong, selatan China itu bertindak sedemikian dipercayai kerana mahu tahu punca air kencingnya.


Global Times melaporkan wayar itu tersangkut di pundi kencingnya selama tiga bulan dan dia mengalami masalah kerap kencing.


Foto: Global Times




Sepanjang tempoh itu, remaja itu bukan saja menahan sakit, malah ada ketikanya darah keluar dari saluran kencingnya.


Berikutan keadaan budak itu semakin teruk, dia dikejarkan ke hospital berhampiran oleh ahli keluarganya.


Doktor kemudian memutuskan untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan wayar berkenaan.


Seorang doktor yang dikenali sebagai Shi berkata, wayar berkenaan digunakan remaja itu, asalnya berwarna hitam.


Namun, selepas berada di dalam tubuhnya terlalu lama dan diselaputi kotoran air kencing, ia bertukar menjadi kelabu.


"Ia merosakkan saluran dan pundi kencing mangsa jika berada di dalam badannya lebih lama," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote sarah82 13-11-2020 12:14 PM
aku masih ingat lagi..bbrp tahun sudah kat cari juga aku baca berita yg budak umur 13 tahun masukkan kabel pengecaj ke tut sebab yg sama nak tau dari mana punca air kencing....
Quote Kurex 13-11-2020 12:18 PM
Kau nak sounding ciknek kau kan????
Quote angelofish 13-11-2020 12:29 PM
ternyata kuasa Deja vu ai tak penah silap
Quote Yunbin 13-11-2020 12:51 PM
Weyhhh pelik je org china ni..nak renjat pundi kencing sendiri ke?
Quote husna_amal 13-11-2020 03:31 PM
Pelik2 lah perasan ingin tahu budak ni. Hardcore betul.
Quote acik79 13-11-2020 04:08 PM
Adoi dik... buka la internet google kalau nak tahu mana dtg air kencing tu... sure ada maklumat
Quote belilies 13-11-2020 05:48 PM
Lelakiiii?? So heols masukkan melalui punai ituuu kaaah? Ngilu pula iols imejin.
Quote ziezot 13-11-2020 08:27 PM
Fikiran diluar kotak adik ni... Fuh! {:good
Quote dua_chzy 13-11-2020 09:17 PM
Demi sains.
Quote Dwdrum 13-11-2020 09:26 PM
Curiousity killed the cat..
Quote Firenzza 13-11-2020 09:26 PM
Nasib baik dia blm terpikir dia kuar dari mana? Kalau x bapak dia kempunan tiap2 mlm
Quote buapakperut 14-11-2020 01:18 AM
awat tak sambung kat electrical outlet terus dek
Quote liyamariska 14-11-2020 02:42 AM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote ninja9 14-11-2020 07:06 PM
adoi.. aku tak boleh baca artikel ni.. lalu pun dah rasa suatu pengalaman ngeri
Quote Kipaskiok 15-11-2020 08:18 PM
Mak aiii..blh baca buku dik..xyah la buat ekperimen pada diri sndr..kan naya dh
Quote darkness 15-11-2020 08:26 PM
Aduhai...tolong hapal sipir dulu nak..baru buat kajian sains ko

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.213509 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top