CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Terkejut: Kidal Minta Sumbangan RM300, Sekali Soloz Bagi 10K Stars

12-11-2020 02:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14479| Komen: 86

Description: Pada hari ini semakin ramai yang menjadikan esukan sebagai karier. Sama ada sebagai pemain profesional mahupun streamer.



Pada hari ini semakin ramai yang menjadikan esukan sebagai karier. Sama ada sebagai pemain profesional mahupun streamer. Banyak platform menawarkan pendapatan kepada gamers selain daripada pertandingan. Antaranya Twitch, Facebook Gaming, YouTube dan sebagainya.

Seorang streamer telah memohon sumbangan kewangan sebanyak RM300 untuk cover belanja makan minnumnya bulan ini. Kidal dalam statusnya berkata:


“Salam semua, Kidal perlukan bantuan kewangan sebanyak RM300 untuk makan minum bulan ini.”

“Harap ada yang sudi bantu Kidal untuk teruskan perjuangan ke TI [Pertandingan Antarabangsa DOTA].”

“Kidal dah tak buat boosting dan hanya mengharapkan anda semua sahaja, Insha Allla, Kidal bayar balik suatu hari nanti kepada sesiapa yang sudi membantu.”

“Semoga anda semua sentiasa murah rezeki dan dibalas jasa baik… Amin.”


Loading FB Post...


Ramai netizen kagum dengan kemuliaan hati Soloz yang sanggup membantu streamer yang pernah mengutuknya sebelum ini. Kidal dikenali dengan sikapnya yang agak cakap lepas.

Ada juga menasihatkan Kidal untuk mencari kerja lain kerana bukan senang nak cari makan dengan menjadi gamers sepenuh masa.

Aiman berkata: “Soloz dermakan 10k stars kepada Kidal? What a guy.”

Sarada menyatakan bahawa sebelum ini Kidal kerapkali memperlekehkan mobile gamers terutama sekali Soloz yang menurut pandangan Kidal bukan gamers.

Namun Soloz langsung tak simpan dendam di atas segala kritikan seperti itu yang diterimanya.


Soloz merupakan seorang gamers profesional dan pernah menjadi anggota pasukan Airasia Saiyan dan Malaysia di Sukan SEA Manila 2019 dalam acara Sukan Elektronik.

Awal tahun ini Soloz telah menggemparkan Malaysia apabila telah membeli sebuah kereta sukan, Mustang hasil daripada kerjaya E-Sukan yang beliau ceburi.

Soloz membuktikan bermain permainan video bukanlah satu aktiviti membazir masa dan boleh dijadikan kerjaya untuk masa depan jika dilakukan dengan serius dan bersungguh-sungguh.


Soloz juga dikenali dengan sikapnya yang permurah dan sering memberikan sumbangan termasuk dalam bentuk stars yang boleh ditukar menjadi wang kepada atlet E-Sukan yang lain.

Terutama sekali streamers yang memerlukan wang, sama ada untuk menaikkan lagi karier mereka ataupun untuk membeli kelengkapan baharu.

Saksikan video Soloz memberikan bintang bintang kepada rakan rakan streamers lain:



Sumber : axello.net



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watatakut 12-11-2020 04:12 AM
siapa mamat ni.soloz wa kenal lah
Quote missinpiece 12-11-2020 04:16 AM
Edited by missinpiece at 12-11-2020 04:17 AM

Wah, senangnya hidup meminta2.
Last2 org yg dikutuk tu jugak yg menolong
Quote AyaqMeloSuam 12-11-2020 04:52 AM
Mamat aku x kenal.. soloz kenal lerr.. kkdg aku layan tgk youtube dia main among us tu..
Quote AyaqMeloSuam 12-11-2020 05:00 AM
Ok.. aku p tgk sapa beliau.. i found tiss... huh
Quote shernazz 12-11-2020 05:49 AM
Senang hidup kan..
Main game..pastu mintak duit makan
Mak pak dia ada lagi tak ni?
Quote pxlbb 12-11-2020 06:12 AM
Oh mamat ni la yg selalu jadi ad masa aku sibuk tengok youtube?
Quote loladaily 12-11-2020 06:51 AM
Trend skrg meminta2 benda tak perlu
Quote Belibis 12-11-2020 06:55 AM
shernazz: Senang hidup kan..Main game..pastu mintak duit makanMak pak dia ada lagi tak ni?

Ha ha..hidup tak semudah yg dimimpi..rupanya salah kata kata itew..
Quote my_irina 12-11-2020 06:57 AM
Tasty jugak soloz ni
Quote AshKetchum 12-11-2020 07:16 AM

helokk kan chuolss? tapi heshe baru jah nikoh haritu

[youtube]FbRjXLwkS6M[/youtube]
Quote Kurex 12-11-2020 07:37 AM
Nak soloz .
Quote krustykrab 12-11-2020 07:43 AM
shernazz replied at 12-11-2020 05:49 AM
Senang hidup kan..
Main game..pastu mintak duit makan
Mak pak dia ada lagi tak ni?

Ni attitude sama mcm geng main judi online lps tu mintak sedekah kt online jugak...
Quote Themilo 12-11-2020 07:43 AM
hahaha.. pergi cari kerja la bang.. dah hidup susah pun still nak main game.. esok lusa mengemis lagi nak bayar bil letrik, bil internet..
Quote saviour_09 12-11-2020 07:48 AM
nobody put a gun to ur head & said bang ko kena jadi gamers sampai kiamat!
kalo tak aku tembak mati ko!

nobody la
Quote syadq 12-11-2020 08:33 AM
Hasil google:

Facebook pays the creator $0.01 USD per Star. So 10k stars = USD 100.
Quote kikuri 12-11-2020 08:34 AM
badan sihat pegi la kerja... buat grab ke food panda ke... ni sibuk main game pastu mintak duit nak makan... eh macam jilake betul perangai... pastu kena main game sokmo sebab tu tak boleh buat part time.. kau memang manusia pemalas
Quote syadq 12-11-2020 08:34 AM
Facebook tak nak bagi star ke kat tukang komen? Boleh la acik bawang menjana pendapatan
Quote bondeh 12-11-2020 09:11 AM
Haprak punya maknusia taknak usaha puihhhh GTH!!!!!
Quote sarah82 12-11-2020 09:15 AM
Aku pun gila main game. Tapi guna duit sendiri la dik oiii.. Pi buat kerja.

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.775607 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top