CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dapat Tengok Sipi-Sipi Je,"-Akhirnya Fazura Dedah Muka Anak

11-11-2020 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36849| Komen: 233

Aktres jelita Nur Fazura mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi wajah anaknya, Nur Fatima Aisya walaupun hanya kelihatan sebahagian tepi. 

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura memuat naik foto anaknya sedang nyenyak tidur berbantalkan tilam bayi empuk untuk tatapan umum. 

“Selasa sangat sampai Fatima akan tidur di sini. Saya dan daddy boleh tenangkan dan selesakan Fatima dengan mudah bila dia menangis pada waktu malam,” tulis Fazura di bahagian kapsyen. 


Menerusi perkongsian itu lagi, Fatima mengenakan persalinan warna merah jambu lengkap bertopi dan memakai stokin. 

Foto ini juga merupakan pertama kali Fazura mendedahkan wajah anaknya sejak Fatima lahir pada 2 Oktober lalu. 

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja apabila penantian mereka melihat wajah Fatima berakhir meskipun hanya sipi-sipi. 

Foto: IG
Ramai yang memuji wajah Fatima dan aksi manjanya di samping ibu. 

“Baby Fatima sangat cute dan mommy Fazura sangat cantik!” puji seorang wargamaya.

“Dapat tengok sipi-sipi pun jadilah,” kata seorang wargamaya.

“Alololo finally, assalamualaikum Nur Fatima Aisya,” ujar seorang wargamaya.

“Finally Fatima tunjuk muka. Sipi-sipi pun buat peminat gembira. Cutenya! Mommy pun cantik,” tulis seorang wargamaya.

“Macam muka Fattah Amin je,” usik seorang wargamaya.

“Dah lama saya tunggu nak tengok baby Faz. Assalamualaikum Fatima, alolo cutenya,” komen seorang wargamaya lagi. 


Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 300,000 tanda suka daripada pengikut Fazura. 

Sekadar info, Fazura dan Fattah telah mendirikan perkahwinan pada 27 November 2017. -CARI

Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 11-11-2020 03:37 PM
3.. 2.. 1.. gaduh jgn x gaduh..
Quote Kurex 11-11-2020 03:39 PM
Masing2 dah buat list tajuk utk family bamtah ke?
Quote AKAZ85 11-11-2020 03:45 PM
2 2 baka helok harus laa anak lawaa.. Xtengok depan2 pon dah dapat agak dah
Quote Acikgomen 11-11-2020 03:49 PM
Kurex replied at 11-11-2020 03:39 PM
Masing2 dah buat list tajuk utk family bamtah ke?

Pi ambik wuduk je la kurex kot2 boleh reda kerengsaan chuols
Quote Madel 11-11-2020 03:51 PM
Ok..dah 2 thread utk fattzura arini
Thread bapak kacak n baby sipi2 comel
Jap lagi mesti ada yg tak nak kalah, up thread bidadari sorga pulak
Quote BarbiePink 11-11-2020 03:58 PM
Kan dah ada thread baby dlm ni
Kenapa reporter ni sangkak sgt
buka thread doubel2
Komen je kat thread tu
Mod @ friedfishsoup wajib sgt dh
close thread ni
Quote friedfishsoup 11-11-2020 04:02 PM
BarbiePink replied at 11-11-2020 03:58 PM
Kan dah ada thread baby dlm ni
Kenapa reporter ni sangkak sgt
buka thread doubel2

Thread wartawan cari tak boleh katup atau edit dah..admin je yg boleh katup. So redha je lah thread wartawan cari bersepah ye.
Quote husna_amal 11-11-2020 04:05 PM
Mak dengan ayah rupa elok. Anak pun mewarisi sekali kecantikan mak ayah.
Quote Nnasda53 11-11-2020 04:21 PM
Alhamdulillah bam bam baby nya...
Quote buapakperut 11-11-2020 05:05 PM
dulu2 tak suka tgk baby merah2 ni. dah beranak sekali Ya awloh baby merah2 lembik tu la yang paling mencairkan hati iols. tapi takut la nak ngandung beranak lagi
Quote MsOryzaa 11-11-2020 05:09 PM
Rindunya nak bau baby... geramnya tgk
Quote Awanku 11-11-2020 06:02 PM
Hihi... trigt pulak ctdk beriya buat lagu comel pioi merah skali kluar oren... anak fattzura ni plk yg ssuai dgn lagu tuu... hihi
Quote Kurex 11-11-2020 07:00 PM
friedfishsoup replied at 11-11-2020 04:02 PM
Thread wartawan cari tak boleh katup atau edit dah..admin je yg boleh katup. So redha je lah threa ...

Doakan iols jadi admin supaya dapat delete benang sampah dari reputs
Quote lattehazelnut 11-11-2020 07:06 PM
Kurex replied at 11-11-2020 07:00 PM
Doakan iols jadi admin supaya dapat delete benang sampah dari reputs

Kalau reputz post banyak thread pasal zul ariffin, u delete x?
Quote boongalalang 11-11-2020 07:08 PM
buapakperut replied at 11-11-2020 05:05 PM
dulu2 tak suka tgk baby merah2 ni. dah beranak sekali Ya awloh baby merah2 lembik tu la yang paling  ...

Sama la, takot tapi suka bau baby & kecomelan baby.
Quote SayaSayangMama 11-11-2020 07:12 PM
Kurex replied at 11-11-2020 07:00 PM
Doakan iols jadi admin supaya dapat delete benang sampah dari reputs

First sekali u delete post pasal laki bini yg selalu tunjuk baik tu. Mental iolss baca tajuk diorg je dan rasa nk muntah
Quote Kakak_cun 11-11-2020 07:19 PM
Awanku replied at 11-11-2020 06:02 PM
Hihi... trigt pulak ctdk beriya buat lagu comel pioi merah skali kluar oren... anak fattzura ni plk  ...

Obernya mengata baby..biarlah janji sihat sempurna..

Yakinnya kamu pp anak fazura pink..gamba sipi mcmtu da bole tau?
Quote MimiLalat 11-11-2020 07:34 PM
Mommy faz izz glowing. Makin cantikkkk
Quote makadek 11-11-2020 07:37 PM
Ngamlah on timing ...reda pasal lopak merisik ...terus patima masuk line....ha giteww bru org fokus kt dia

Lihat semua komen(233)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.069150 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top