CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah Sampai Darjah Lima, Sekarang Jual Belacan Dapat RM50 Ribu Sebulan

11-11-2020 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7964| Komen: 73

Usianya baru 19 tahun namun siapa sangka, remaja dari Kampung Hujung Tanjung, Seberang Takir ini antara pengusaha belacan terbesar di negeri ini dengan pendapatan bulanan lumayan.


Muhammad Aimy Shahril Mat Ali, 19, mewarisi perniagaan belacan daripada arwah bapanya, Mat Ali Sulong, 63, dan ibunya, Maimun Mat Said, 50, ketika dia berusia 16 tahun pada 2017.

Kredit foto: Harian Metro

Biarpun dikategorikan sebagai peniaga berjaya namun sifatnya yang rendah hati dan sentiasa berpegang kepada pesanan arwah ibu bapa membuatkannya tidak hanyut dengan kemewahan dan menjalani kehidupan secara sederhana.

Berbeza dengan sebahagian ahli perniagaan berjaya lain yang berlumba-lumba menunjukkan kemewahan dengan kenderaan mewah, Aimy Shahril hanya memandu Proton Wira terpakai.


Aimy Shahril berkata, dia sentiasa ingat pesanan terakhir arwah bapanya supaya tidak hidup secara mewah sebaliknya menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.

"Saya bersekolah sampai tahun lima sahaja dan belajar agama di sekolah pondok selepas itu.

"Ketika musim cuti, saya akan membantu arwah bapa membuat belacan dan pada usia 14 tahun, bapa mula mengajar saya selok belok berniaga belacan.

"Ibu meninggal dunia pada 2010 akibat barah sebelum bapa pula meninggal pada 2017 akibat penyakit paru-paru berair," katanya ditemui di kilang menghasilkan belacan miliknya di sini, hari ini.

Tambahnya, memandangkan dia anak tunggal, maka dia layak mewarisi perusahaan berkenaan.

"Pada peringkat awal, untuk menguruskan perniagaan ini memang mencabar kerana pada usia muda, saya perlu menguruskan semua termasuk berkerja dengan orang yang jauh lebih berusia.

"Saya ada 12 pekerja berusia 18 hingga 50 tahun namun saya bersyukur kerana semuanya memberi kerjasama yang baik.

"Saya tidak pernah menganggap diri sebagai 'bos' atau ketua kepada mereka tetapi mereka dilayan seperti keluarga sendiri," katanya.

Menurut Aimy Shahril, dia bersyukur kerana berjaya mengekalkan perniagaan belacan itu sehingga jumlah pengeluaran belacan lebih tinggi berbanding lima tahun lalu.

"Sebelum ini, hanya 500 hingga 700 keping belacan dijual sehari namun kini, ia meningkat lebih 1,000 keping sehari.

"Pasaran juga lebih luas termasuk ke Kuala Lumpur, Langkawi dan Pahang," katanya.

Bercerita cabaran berniaga, Aimy Shahril berkata, dia pernah kerugian lebih RM8,000 selepas bahan mentah yang diterima rosak dan tidak berkualiti menyebabkan belacan dihasilkan tidak menepati piawaian.

"Justeru, bagi memastikan jumlah kerugian terkawal, saya juga menjalankan perniagaan ikan kering dan bilis.

"Alhamdulillah hasil jualan ikan kering dan bilis juga menggalakkan. Saya mampu menjual 50 hingga 200 kilogram sehari," katanya.

Menurut Aimy Shahril, dia akan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan berkenaan.

"Selain mengekalkan perniagaan warisan keluarga, niat utama saya juga ialah untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung yang memerlukan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 11-11-2020 03:30 PM
I is single dik..
Bau belacan pun bau belacan lah.. nanti kita pegi spa ye..
Quote stingerstylos 11-11-2020 03:32 PM
Boleh bakar aja buku buku sekolah skg....

kahkahkahkah

.
Quote EvieWanKenobi 11-11-2020 03:33 PM
apa nama belacan dia?
kat shopee ada tak?
Quote imanda 11-11-2020 03:34 PM
lattehazelnut replied at 11-11-2020 03:30 PM
I is single dik..
Bau belacan pun bau belacan lah.. nanti kita pegi spa ye..

hahaha i xpasti sebab dia sebatang kara anak yatim xde adik bradik or u memang ikhlas hihi
anyway bagus adik ni umoq camni bz bisnes sebaliknya bdk pmpn umo 19 yg tu bz bhutang smp bunuh rakan baik. aduhai.
Quote getarsukma 11-11-2020 03:37 PM
Bagus adik ni... Semoga tak jadi instafamous buat product review pasni.. focus je belacan tu.. selagi mana ada org melayu selagi tu belacan in demand...
Quote rosmahisham 11-11-2020 03:41 PM
Akak tabik spring la pandai cari duit.ini yg akak suka tgk  muda2 berani meniaga..semoga berterusan berjaya!!!
Quote sarah82 11-11-2020 03:41 PM
Kalau sampai ke kedah.. Maknanya belacan dia sedap.  Setanding belacan alor ibus dan kuala Perlis yg aku suka gitu.. Kena cuba ni
Quote Artemesiaa 11-11-2020 03:42 PM
Baguslah dapat meneruskan usaha orang tua bagi pendapatan pada diri dan orang2 kampung yang bekerja dengannya.  Moga perniagaan terus maju dimasa depan.
Quote ellez 11-11-2020 03:44 PM
Nanti sambunglah belajar..muda lagi tu..
Quote husna_amal 11-11-2020 04:00 PM
Walaupun dia tak sekolah tinggi. Tapi dia pandai teruskan perniagaan keluarga sampai berjaya.
Quote mikasa 11-11-2020 04:04 PM
lattehazelnut replied at 11-11-2020 03:30 PM
I is single dik..
Bau belacan pun bau belacan lah.. nanti kita pegi spa ye..

Hari2gi spa ??
Quote Normabaru 11-11-2020 04:07 PM
TT ni bg info xjelas.. Ptt kne ckp 50k sales or untung. Seterusnya alamat penuh rumah dia. Senang nk dtg merisik tokei muda ni. Hehe
Quote rospinki 11-11-2020 04:10 PM
meniaga ada byk ketegeri

ada yg sekli gali dpt sejongkong emas tapi mencari dan mencari lama nk dpat..dh dapat kena curi etc.
ada yg meniaga seperti titis air yg sedikit..tapi hari2 dpt.

jual belacan pula ketegeri titis air dah jadi sungai..asalnya dari titisan yg setitik setitik tulah..jika bersabar dan komited dgn usaha insyaAllah berjaya dgn bergaya. untung adik ni dpt dari arwah ayah dia dh ajar semua skill selok belok meniaga. berkat baik pada ibu bapa..itulah hikmah seorang anak yg baik.
Quote lattehazelnut 11-11-2020 04:12 PM
imanda replied at 11-11-2020 03:34 PM
hahaha i xpasti sebab dia sebatang kara anak yatim xde adik bradik or u memang ikhlas hihi
anyway ...

Apa salah sambil buat belacan berkenalan2.. tau hati budi masing2..
Quote lattehazelnut 11-11-2020 04:13 PM
mikasa replied at 11-11-2020 04:04 PM
Hari2gi spa ??

Xde la hari2..
Isnin facial..
Rabu mani pedi..
Jumaat waxing..
Ahad massage n lulur..
Quote dudaberhias 11-11-2020 04:20 PM
hati2 dikkk... ramai dah cop sebagai menantu dah tu

salah satunya mesti agen2 mamasab
Quote lattehazelnut 11-11-2020 04:56 PM
EvieWanKenobi replied at 11-11-2020 03:33 PM
apa nama belacan dia?
kat shopee ada tak?

Belacan sri tanjung mas kot

https://shopee.com.my/BELACAN-SEBERANG-TAKIR-TERENGGANU-i.213574622.4259019283
Quote Cassieopeia 11-11-2020 05:46 PM
nasibla xde sedara mara yg claim dia lepas jd kaya... moga lebih berjaya dik.
Quote isseliparjepun 11-11-2020 05:57 PM
lattehazelnut replied at 11-11-2020 04:56 PM
Belacan sri tanjung mas kot

https://shopee.com.my/BELACAN-SEBERANG-TAKIR-TERENGGANU-i.213574622 ...

Waaa thanks. I pun baru nak mencari belacan adik ni. Boring dah makan belacan melaka kepal tu.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048343 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top