CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Dah Jodoh, Adik Linda Hashim Kahwin Dengan Sepupu Beego

11-11-2020 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7309| Komen: 22

Jodoh datang tanpa diduga, itulah yang boleh disimpulkan mengenai perkahwinan adik kepada pelakon Linda Hashim, Mohd Firdaus.
 
Siapa sangka jodoh Firdaus rupanya orang paling terdekat dalam keluarga mereka iaitu sepupu kepada suami Linda, pelakon Beego, Nurul Syuhada.


 
Berita baik mengenai perkahwinan pasangan Firdaus dan Syuhada itu dikongsi menerusi akaun Instagram Linda baru-baru ini.
 
“Bismillahirahmanirahim.... Pada tanggal 7 Nov adik saya MOHD FIRDAUS HASHIM dan isteri SITI NURUL SYUHADA (adik saudara beego) selamat di ijab qabul.

“Mohon maaf kepada semua kenalan saudara mara, teman-teman kerana tidak dapat menjemput kesemua kerana kami mengikut SOP yang diberi,” tulisnya.


 
Posting itu juga turut disertakan dengan beberapa foto perkahwinan pasangan berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Linda dan keluarga.
 
“Sama cantik sama padan, tahniah buat kedua mempelai, semoga sentiasa bahagia hingga ke Jannah,” komen @cik_tonjb
 
“Alhamdulillah… Selamat pengantin baru @firdaus_hashim dan isteri. Semoga berkekalan hingga ke Jannah. Amin. Tahniah buat @lindabeego sekeluarga,” tulis @dendengemazols_johor

Foto: IG
 
Terdahulu, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013.
 
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Jelita Clarissa, 5,  Anggun Cassandra, 4 dan Indah Camella, 1. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 11-11-2020 02:56 PM
So
Macamana ni?
Nak kena bagi kad tahniah ke apa?
Adik retis je khenn
Quote edayildiz 11-11-2020 03:00 PM
i xfhm sbnrnya..adik dia artis ke
Quote timah03 11-11-2020 03:15 PM
So.... Nak comment macam apa ni....
Apa gosip nya.....
Dia adik artis je.... Mana kita nak tahu luar dalam kain dia sampai kena di gosip kan....
Quote newme11 11-11-2020 03:17 PM
so apa masalahnyer?
Quote mamajawie 11-11-2020 03:18 PM
adik retis pun ade dlm bodgos????
Quote cmf_premierleag 11-11-2020 03:19 PM
mcm ada sorang kawan aku ni
kemain bercinta mcm nak rak dgn satu mamat grad dr jerman ni
last2 mamat tu kawen dgn kakak dia
lagi sadis....cemana nk mengadap sesama sendiri ms berkumpul hari raya
Quote woven11 11-11-2020 03:20 PM
Woi adik artist kawen pun nak masuk gossip ke?????
Quote husna_amal 11-11-2020 03:36 PM
Cerita macam ni pun boleh masuk thread hiburan.
Quote UnaHusna86 11-11-2020 04:14 PM
Cantik linda ni. Manis je muka dia
Quote Kuasaberganda 11-11-2020 05:03 PM
tahniah.len kali jemput jiran jiran sekali. kami mkn ikut sop dun worry. or drive thru.hahaha
Quote drivethru 11-11-2020 05:07 PM
Siapa yg retis? Atau cari-mro yg bangang.
Quote bambimo 11-11-2020 05:30 PM
La anak deme dh tiga org ke tahniah
Quote Belibis 11-11-2020 07:31 PM
Kena ada bod baru.bod gosip adik artis pulakkk.
Quote Lengkong 11-11-2020 10:45 PM
tahniah


Quote tikusmontok 12-11-2020 08:16 AM
Hahaha terhibur tgk komen dlm ni
Quote Nenasketum 12-11-2020 08:27 AM
Dia jemput convicted criminal Jibby Razak tak?
Quote imanjannah 12-11-2020 08:31 AM
so bod gossip boleh tukar nama krpada, bod gosip retis dan keluarga retis, masukkan sekali tarikh nenek cikgu jamil nak kahwin, nak bersalin
Quote tasha 12-11-2020 08:35 AM
IRL linda ni cantik, berlakon pun ok tp xada rezeki popular...
Quote haruslah 12-11-2020 08:46 AM
Mana la saya tahu, saya kan cuma ikan je

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064530 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top