Wanita maut ditembak di kepala oleh bekas teman lelakinya yang tidak dapat menerima perpisahan mereka. Mirror melaporkan, ibu tunggal muda itu sedang memangku bayinya ketika ditembak Alexandre Velozo Soares di Campo Grande, Brazil pada November.
Hevelyn da Sant'Anna Rosa, 17, memutuskan hubungan mereka pada awal tahun ini kerana tidak tahan menjadi mangsa keganasan suspek. Menurut bapa mangsa, Helton da Sant'Anna Rosa, Soares sering mengirim pesanan ringkas berbaur ugutan kepada anaknya selepas wanita itu memutuskan hubungan mereka.
Berkata kepada media tempatan, keluarga mangsa takut untuk melaporkan keganasan dan ugutan dilakukan suspek kerana mereka percaya lelaki itu terbabit dengan geng penjenayah. "Soares datang ke rumah kami menaiki kereta dan menghubungi Hevelyn sebelum memintanya keluar rumah untuk bertemunya. "Ketika itu dia sedang mendukung cucu lelaki saya. "Tidak lama kemudian kami mendengar bunyi tembakan sebelum mendapati Hevelyn terbaring di luar rumah," katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT