CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Abby Abadi Gigih Rentas Negeri, Tengah Malam Serah Baby Kepada Keluarga Angkat

11-11-2020 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22791| Komen: 206

Pelakon Abby Abadi sememangnya cukup terkenal dengan misi kemanusiaannya dalam membantu menyelamatkan bayi dan menyerahkan kepada insan yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat.


Terbaharu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 43, berkongsi berita gembira apabila dapat menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin di buang di Kota Bharu, Kelantan.


Bayi tersebut kemudian diserahkan kepada bakal keluarga angkatnya di Kuala Terengganu, Terengganu.

"Alhamdullillah Syukur. Suami saya berjaya bawa kereta dari Kota Bharu 11.30 malam, sampai ke Kuala Terengganu pukul 1.30 pagi. Kuat betul kesayangan saya ni, saya mengantuk dah, tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab pegang baby kan.

"Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga," katanya menerusi satu entri di Instagram.



Dalam posting tersebut Abby turut memuat naik gambar dirinya bersama pasangan tersebut.

Katanya, pasangan tersebut sudah berdepan sebanyak tiga kali masalah keguguran.

"Tiga kali gugur katanya tak ada rezeki. Terakhit, terasa sangat sebab dah enam bulan setengah. Tapi itulah, nak buat macam mana. Akhirnya Allah izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza.

"Saya nasihatkan usahalah untuk susukan. Ambillah suntikan atau makan ubat asal bayi dapat menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang yea. Senang nanti bila besar," ujarnya.

Foto: IG

Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Abby yang sanggup bersusah payah dalam membantu pasangan yang mengimpikan zuriat.

Sehingga kini, menurut Abby, dia sudah berjaya membantu lebih 30 pasangan untuk mendapatkan bayi angkat. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cupu 11-11-2020 02:43 PM
Edited by cupu at 11-11-2020 02:44 PM

Dia ni xde sape report ke...takkan 'rajin' semacam je kan...ke untung jgk jd org tgh deal baby ni....please la..asal ada duit senang2 blh bagi baby.
Quote Yunbin 11-11-2020 02:44 PM
Specialnya boleh rentas negeri nak serah bayi..orang lain ahli keluarga meninggal pon susah nak dapat balik..
Quote Bangbot 11-11-2020 02:57 PM
I tak bole nak hadam muka laki dia ni. pervert to the maxxxx
Quote orkidorkido 11-11-2020 03:09 PM
cupu replied at 11-11-2020 02:43 PM
Dia ni xde sape report ke...takkan 'rajin' semacam je kan...ke untung jgk jd org tgh deal baby ni... ...

Banyak jugak diaorang mintak, 10k ke atas.
Kadang-kadang rasa geram dengan makbapak budak yang memberi anaknya tu. Dah kata tak mampu nak bela anak. Tapi bila beri anak, demand macam-macam. tak taulah sape yang dapat duit tu tapi ibubapa angkat kena bayar harga macam tu lah.
Abby pernah cakap, takde pemberian ikhlas, harga dah ditentukan. kalau takde duit nak bayar, sila beranak sendiri ..

Cuma aku tak boleh terima bila dia tak bagi orang tanya banyak pasal background anak yang bakal diambil tu. Dia kata jangan memilih sangat.
Ofcos la pilih sikit-sikit kan. Kadang-kadang tengok baby, takde perasaan sangat dengan baby tu. Ada yang bila tengok rasa kasih macam anak sendiri. So pada aku, dia tak boleh marah lah bila bakal ibubapa angkat ni memilih, nak dijadikan anak sampai mati kut.
Quote EvieWanKenobi 11-11-2020 03:13 PM
bisnes apa ni?
ada kelulusan ke?
sapa proses dokumen?
Quote mamajawie 11-11-2020 03:17 PM
benda alah ni ade kelulusan JKM ke?ke bakyah ni jadi ejen jual baby..ni da msuk pemerdagangan manusia ke idok??

eceh acamla iollss ni pakar udang2..huuhu
Quote Tiram 11-11-2020 03:21 PM
1 hari nnt kena jugak kan. Gigih tunjuk2 show off
Quote syakuntala 11-11-2020 03:41 PM
ingatkan ikhlas tlg... bisness rupanya
Quote ReginaGeorge 11-11-2020 03:44 PM
Knp bukan jabatan kebajikan je yg urus
Quote Madel 11-11-2020 03:54 PM
Buat bisnes memperdagangkan baby kah si yebby ni.
JKM, sila ambil perhatian dan harap ada la netizen yg buat report.
Quote doubleA 11-11-2020 03:59 PM
Bisnes? Wtfish. Memang cara dia "marketing" baby tu macam jual barang. Pernah upload gambar baby, lepas tu cakap dah ada org nak. Legal ke? Nasab keturunan macamana? Dan dia selidik tak latar belakang family angkat tu mampu ke tak. Seram iols dengan bakyah ni jual orang macam jual barang
Quote pxlbb 11-11-2020 04:02 PM
orkidorkido: Banyak jugak diaorang mintak, 10k ke atas.Kadang-kadang rasa geram dengan makbapak budak yang memberi anaknya tu. Dah kata tak mampu nak bela anak. Ta ...


Penting kot nak tau background baby tu siapa bapaknya siapa maknya sebab perangai ni bukan sbb environment je tapi genetic pun banyak mainkan peranan yach. Adalah sorang kakak kenalan iols amek anak angkat hasil rogol pak sedara kat anak sedara. Kesiannnnn budak tu mmg tak bersalah. Tapi nak besarkan tu kena 1000% komitmen yach. Jangan sampai 1 hari keluar dari mulut ungkit kisah mak pak sebenar. Kesiannnn.
Quote djzara81 11-11-2020 04:11 PM
Mende camni kalo tak dipantau akan jd mcm doula yg x diiktiraf. Ramai akan copy Yebi ni atas nama kemanusiaan.
Quote Budakmomok 11-11-2020 05:26 PM
orkidorkido replied at 11-11-2020 03:09 PM
Banyak jugak diaorang mintak, 10k ke atas.
Kadang-kadang rasa geram dengan makbapak budak yang me ...

Kalau ada balasan duit, bukan ke itu pemerdagangan orang? Xde sapa report ye
Quote zeed 11-11-2020 05:31 PM
Mcm pemerdagangan manusia je. Aku pun pelik dia ni kaya gila
Quote anggeriklatifah 11-11-2020 05:35 PM
Edited by anggeriklatifah at 13-11-2020 03:37 PM
orkidorkido replied at 11-11-2020 03:09 PM
Banyak jugak diaorang mintak, 10k ke atas.
Kadang-kadang rasa geram dengan makbapak budak yang me ...


10K KE ATAS YA
AROUND 12K LA YER AGAK2


JGN TANYA BACKGROUND APEHAL PULAK TAK LEH TANYA?


Quote Belibis 11-11-2020 05:37 PM
Patutla usin lempoyang cakap dulu2.niaga orang lg untung dari jual untaaaaaaa.
Quote anggeriklatifah 11-11-2020 05:38 PM
Edited by anggeriklatifah at 13-11-2020 04:05 PM
zeed replied at 11-11-2020 05:31 PM
Mcm pemerdagangan manusia je. Aku pun pelik dia ni kaya gila


Tulaaaaa
dari rumah biasa2 dapat dok rumah cantik
kaya kot dia sekrng


Quote anggeriklatifah 11-11-2020 05:40 PM
Misi kemanusiaan la sgt

Lihat semua komen(206)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.051871 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top