CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Risau Nasib Guru Tari - Alam Wakaka Buat Coretan, Mohon Tag Datuk Ismail Sabri

11-11-2020 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5358| Komen: 30

Description: Guru tari dan koreagrafer popular, Alam Wakaka akui risau dengan nasib rakan seangkatan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan di negara ini.
Guru tari dan koreagrafer popular, Alam Wakaka akui risau dengan nasib rakan seangkatan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan di negara ini.

 
Alam menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya memberitahu ramai pereka tari dan guru tari berdepan dengan masalah kehilangan sumber pendapatan.

Foto: IG
 
Menurut Alam, dia berharap beberapa studio tarian dapat dibuka dengan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
 
Alam juga berharap pendapat yang disuarakan ini dapat sampai ke pengetahuan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan dipertimbangkan oleh beliau.

 
“Assalamualaikum semua, saya perlukan bantuan korang semua untuk tag Dato’ Sri @ismailsabri60 / @mkn_rasmi agar didengari.
 
“Jika tidak, @ads.ecx dan banyak lagi Dance Studio akan ditutup, dan ramai choreographers / guru tari akan hilang punca rezeki,” tulisnya.
 



Menerusi coretannya juga, Alam memberitahu walaupun reda dengan keadaan tersebut namun dia berharap ada sedikit harapan buat mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.
 

Tempoh penguatkuasaan adalah selama empat minggu, bermula 9 November sehingga 6 Disember ini. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 11-11-2020 02:22 PM
Apa pengorbanan kau utk Malaysia?
Quote bulalof 11-11-2020 02:32 PM
wakakakakakakakakaka............
Quote msel 11-11-2020 02:34 PM
Buat kelas tarian secara online la.boleh kan
Quote hanezzafirah 11-11-2020 02:44 PM
banyak lagi keje boleh buat, ramai je artis meniaga cod makanan sana sini, nak mengharapkan menteri jgk kesian kat kau
Quote Rhyno 11-11-2020 02:50 PM
kelas tarian kau tu menyumbang apa kepada masyarakat?


Quote Themilo 11-11-2020 03:22 PM
hanezzafirah replied at 11-11-2020 06:44 AM
banyak lagi keje boleh buat, ramai je artis meniaga cod makanan sana sini, nak mengharapkan menteri  ...

dia ni pun tak silap meols ada background hospitality / kitchen dari UiTM kan?
Quote husna_amal 11-11-2020 03:28 PM
Buat kerja grab food je lah. Food panda pun ok.
Quote lattehazelnut 11-11-2020 03:33 PM
msel: Buat kelas tarian secara online la.boleh kan

Baru nak cakap mcm ni..
Mcm kelas zumba yoga etc buat online je..
Quote adeqbun 11-11-2020 05:48 PM
Wlupkn ai rengsa skit ngan kptsn smbung pkpb ni dan masih mrh ngan covid makin naik sejak prnsabah,tp jgn la semua keje pon nak mengadu kat bapak dafi tu...jenuh die nak pk semua jenis keje yg terkesan.pandai2la nak cari jln nak survive...
Quote LadyCarefree 11-11-2020 06:50 PM
Rhyno: kelas tarian kau tu menyumbang apa kepada masyarakat? <a href="https://media.giphy.com/media/7KFcFwPvpEU3S/giphy.gif"target="_blank">https://media.giphy.com/media/7KFcFwPvpEU3S/giphy.gif</a>



Retis2 ni fefeeling entitled much
Quote salmon-suki 11-11-2020 09:26 PM
Eh ehhhh..sejak bila guru tari watsoeva nih ada special place?? Ko setakat menari golek2 pusat,x selera wehhhh nak tgk..dah tu,hilang kerja,cari laa keje lain..

Ke rasa diri tu geng kayangan so xnk keje lain?bodoh
Quote genUmi 12-11-2020 08:24 AM
ambik kesempatan

buat la youtube channel


ajar zumba ke

ajar asas tarian ke (sebb ada dlm silibus pjpk baharu)



gedik je nak glamer murahan
Quote MadameOnion 12-11-2020 10:26 AM
duduk kondo, king size bed, rumah ada aircond...ok tak kesian...next
Quote supermum 12-11-2020 11:24 AM
Buat online ler. Tambah silibus ala2 zumba, dapat jugak non-dancer join untuk bakar lelemak
Quote leftenanhensem 12-11-2020 11:57 AM
supermum replied at 12-11-2020 11:24 AM
Buat online ler. Tambah silibus ala2 zumba, dapat jugak non-dancer join untuk bakar lelemak

actually betul, gi lah studio tu sorg2 letak video ke apa pastu ajar tarian online lagi ramai org leh join tak limited, berlebih lagi dari studio capacity

yihhhhhh


Quote LembingDayanti 12-11-2020 11:59 AM
sah sah dafi tu kawan dia
Quote Kangkung1M 12-11-2020 12:05 PM
Edited by Kangkung1M at 12-11-2020 12:06 AM
MadameOnion replied at 11-11-2020 10:26 PM
duduk kondo, king size bed, rumah ada aircond...ok tak kesian...next

Bila senang, ko kuat menunjuk.

[ig]https://www.instagram.com/p/BcUaEshFboT/[/ig]
[ig]https://www.instagram.com/p/BmdOIV8FzRZ/[/ig]
Konten ko pon entah apa2.

[ig]https://www.instagram.com/p/CBlqxkQF6kb/[/ig]
Sekarang rasain loh. Menari la ko dgn isteri ber-2 dalam bilik senyap2.

[ig]https://www.instagram.com/p/CCTKFU-Fere/[/ig]
Quote misuke 12-11-2020 12:18 PM
Alangkan pilot pon bukak gerai.. who r yuss nk kena vvips sgt nih
Quote imanda 12-11-2020 12:22 PM
Kangkung1M replied at 12-11-2020 12:05 PM
Bila senang, ko kuat menunjuk.



hi kakung! hw r u dimusim pkpp ni? hrp u baik2 saja, yer.
aduh, xsangka nya alam semesta ni kaki flex jugak yer.
apa motif nak bukak jugak kelas nk kena print2 benda mcm opis or pack2 brg mcm courier service?
kelas tarian wat online jelah or line tenet nazak so nk jimat tenet kena jgkla bk kelas nari2 ehh
wakakakakakaka

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059974 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top