CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konon Kanser Ovari, Wanita Kutip Sumbangan Untuk Hidup Mewah

11-11-2020 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9166| Komen: 60

Seorang wanita didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan penipuan dengan menyamar sebagai seorang pesakit kanser bagi meraih sumbangan orang ramai.

Nicole Elkabbass, 42, didakwa membuat 'cerita' dengan berpura-pura sebagai seorang pesakit kanser ovari dan mengutip sumbangan orang ramai menerusi laman GoFundMe.


Kredit foto: Daily Star

Dia turut menyertakan gambarnya sedang berbaring di atas katil hospital, kononnya sebagai 'bukti' memerlukan dana untuk melakukan rawatan.

Hakikatnya, gambar tersebut sebenarnya diambil selepas dia menjalani pembedahan membuang pundi hempedu, mahkamah diberitahu.


Hasil penipuannya, Elkabbass berjaya memperoleh sumbangan bernilai £45,000 (RM246,116).

Lebih mengejutkan, dia menggunakan wang berkenaan untuk percutian mewah, membeli tiket perlawanan bola sepak pasukan Tottenham Hotspur dan berjudi.

Elkabbass, dari Broadstairs, Kent, menghadapi dua pertuduhan melakukan penipuan yang berkaitan dengan wang yang diterimanya antara Februari dan Ogos 2018.


Sumber: mStar/Daily Star

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 11-11-2020 10:39 AM
Tu dia.. Kesian pada yg betul2 sakit cancer dan perlukan bantuan
Quote Clara90 11-11-2020 10:43 AM
senang buat duit kan,
Quote prettyuglybabe 11-11-2020 10:58 AM
lain kali buat kat malaysia dek..
dijamin selamat tak kena dakwa..
Quote matchstick 11-11-2020 10:58 AM
Semoga dpt kanser betul2 slps ini
Quote emera 11-11-2020 11:01 AM
Kat sini pun ada kan? Sampai kaya makcik tu. Nak apa je, terus mintak kat public. Tapi aku baca ayat meminta dia tu, macam mintak penampar. Heran org boleh layan je apa yg dia nak.
Quote c===8 11-11-2020 11:02 AM
rasanya kat sini pun ada, siap boleh renovate rumah & beli motor beso lagi
Quote Asdira 11-11-2020 11:04 AM
Senang2 je ada dpt wang percuma sampai rm246 ribu..
Quote AKAZ85 11-11-2020 11:12 AM
Ramai2 doakan dia agar dia kena kanser betul2.. Taik betul punya perangai
Quote 234126 11-11-2020 11:13 AM
siapa kat msia ni? spill tea plis.. iol taktau. ntah2 iol terderma juga
Quote lil_honey 11-11-2020 11:15 AM
sebab cantik ke ramai orang bagi derma kat dia ;p
Quote BarbiePink 11-11-2020 11:21 AM
tiada jalan mudah untuk kaya
Bila ambil jln mudah
Melingkup lh dlm penjara
Sebab di lawa lh org buat sumbangan
Cuba acik kepam mau menagis tersedu
Baru org prihatin
Quote Belibis 11-11-2020 11:27 AM
Tapi makcik sungai balang ok jer...takde kes menipu katanya.
Quote darkness 11-11-2020 11:27 AM
Edited by darkness at 11-11-2020 11:29 AM

Perbuatan mcmni sudah mula di malaysia..pura2 sakit pastu minta bantuan..tak pun suami atau isteri dikata sakit pastu mintak bantuan tru online..siang malam pagi petang meratib susah xda pampers anak, xda duit p hosp..akibatnya yg menerima sumbangan tu siap renovate rumah, buat rumah baru, keluar masok hotel penginapan mewah, makan mewah2.  Yg menderma belom tentu merasa semua tu...so berpada2 la menderma..derma org sekeliling yg kompem2 susah baru org lain

Quote pxlbb 11-11-2020 11:30 AM
Banyak je org salah guna GoFundMe ni, mereputs la chuols hidup dgn cara menipu. Muslim ke tak muslim ke whatever you do have consequences. Owner rumah iols dulu pernah buat gofundme konon family hidup susah tak cukup makan.
Quote mawar_mustika 11-11-2020 12:11 PM
sebab tu xsuke menderma pd org perseorangan yg xkenal..lebih baik derma pd ngo2 yg mmg kita dh tau mcm dana kita under cikgu fazli tu or ebit liew ke...kita tau kemana duit kita...
Quote cleopatralady 11-11-2020 12:17 PM
sanggup demi duit
Quote bottombikini 11-11-2020 12:58 PM
oh kisah luarnegara

aku ingat ni kisah makcik rumah tiang lampu no 10
Quote Artemesiaa 11-11-2020 01:14 PM
Betul tu kat Malaysia pun ada je species macam dia ni
Quote asfaz 11-11-2020 01:30 PM
emera replied at 11-11-2020 11:01 AM
Kat sini pun ada kan? Sampai kaya makcik tu. Nak apa je, terus mintak kat public. Tapi aku baca ayat ...

terpedaya maklum la kanser tahap 4 dh smpi otak..kang kempunan sudahnya kena tipu.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.117524 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top