CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM39 Seminit Untuk 'Dibelasah'

11-11-2020 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2291| Komen: 11

Description: Merelakan badan menjadi karung tinju sebagai tempat pekerja melepaskan tekanan menjadi antara pekerjaan popular di Jepun.
Merelakan badan menjadi karung tinju sebagai tempat pekerja melepaskan tekanan menjadi antara pekerjaan popular di Jepun.

Ia juga memberi pendapatan lumayan buat bekas petinju kickboxing, Akira Hareruya, 50. Lelaki ini mengenakan bayaran 1,000 yen atau RM39 bagi tempoh seminit, untuk setiap orang yang mahu 'memukulnya'.


Kredit foto: TribunNews

Tribun News melaporkan, Akira yang bersara daripada gelanggang tinju terpaksa mengambil inisiatif itu selepas dibebani hutang 200 juta yen (RM7.8 juta).

Trend terbaru di Jepun itu dinamakan Nagurareya iaitu aktiviti yang membolehkan pelanggan dengan bebas memukul seseorang untuk menghilangkan tekanan. Aktiviti itu popular sejak 10 tahun lalu terutama di daerah Kabukicho, Shinjuku di sini.


Akira adalah pengasas idea itu, tetapi beliau memakai pelindung diri ketika 'dibelasah' pelanggannya. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada wanita yang bekerja di pejabat dan mengalami tekanan di tempat kerja.

Pendapatan agak lumayan itu menyebabkan ramai petinju lain mengikut jejak langkah lelaki ini untuk menjadi 'karung tinju manusia'. Dalam sehari, Akira menerima 40 pelanggan dengan pendapatan kira-kira 40,000 yen (atau RM1,569) sehari.

Bagaimanapun, individu terbabit terpaksa berlakon menjadi 'orang bodoh' dengan merelakan diri dipukul pelanggan.

"Ibaratnya kita mesti menjadi orang bodoh yang membolehkan lawan memukul kita," katanya.

"Ia sehingga pihak lawan puas kerana dapat membelasah kita," kata seorang petinju Jepun, Inoue.


Sumber: Harian Metro/TribunNews

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 11-11-2020 10:42 AM
mcm movie andy lau.. love on a diet
Quote mdhelmi 11-11-2020 11:14 AM
game yakuza byk buat kat bandar Kabukicho tu
Quote pxlbb 11-11-2020 11:32 AM
pelik-pelik mesti kat jepun
Quote VioletsAre_Blue 11-11-2020 11:43 AM
mdhelmi replied at 11-11-2020 11:14 AM
game yakuza byk buat kat bandar Kabukicho tu


Kamurocho kan?
Quote Artemesiaa 11-11-2020 11:52 AM
Macam service mereka ada.  Sebut Shinjuku pasti akan teringat besarnya Shinjuku Station.  Famous sebab mudah buat orang sesat bila berjalan didalamnya sebab besar sangat dan banyak exit.
Quote Belibis 11-11-2020 11:53 AM
Nak lagi best,pakai topeng muka berwajah boss pelanggan.mau renyuk kena kerjakan.
Quote mdhelmi 11-11-2020 11:56 AM

pon ye jugak dan beberapa tempat lain
dia ada bergerak sana sini

main pon sampai yakuza 4 je


Quote cleopatralady 11-11-2020 12:20 PM
heran tui

Quote VioletsAre_Blue 11-11-2020 12:26 PM
mdhelmi replied at 11-11-2020 11:56 AM
pon ye jugak dan beberapa tempat lain
dia ada bergerak sana sini


Akak main dari 0 sampai 6 dan judgment spin off yakuza.. Kamurocho tak dapat dipisahkan dari game yakuza, paling best yakuza 0 sebab goro majima karakter dia lagi menarik dari kiryu
Quote husna_amal 11-11-2020 03:04 PM
Kat Malaysia kalau ada mesti dapat sambutan juga.
Quote Jitu 11-11-2020 03:23 PM
masyuk jugak...keje pun senang tp jgn yg datang tu tahap Sazali Samad mampus kena tinju

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046076 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top