CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Umum Berhenti Kerja Sebagai Doktor Gigi, Isteri Nubhan Kini Bergelar Suri Rumah

10-11-2020 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28272| Komen: 194



Umum mengetahui isterinya kepada penyanyi Nubhan iaitu Afifah Tawfek merupakan seorang doktor gigi. Namun, baru-baru ini Afifah mengumumkan sudah pun berhenti berkhidmat sebagai doktor di sebuah Klinik Pergigian Seremban.

Akui bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, namun Afifah berkata banyak perkara perlu dipertimbangkan dan keputusan itu dibuat demi kebaikan diri serta keluarganya.


Katanya lagi, semenjak bergelar ibu dan isteri, banyak perkara perlu diambil kira dalam setiap keputusan yang diambil olehnya. Bagaimanapun, Afifah meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang memahami kerjayanya itu.

“Sekarang fie faham sangat susah betul nak buat keputusan bila kita dah ada keluarga dan tanggungjawab besar lagi-lagi bergelar seorang ibu.

“Tahun kedua bekerja lahir pulak Aaffan, sambil kerja sambil pam susu. Alhamdulillah rezeki Aaffan, dapat susu ibu sepenuhnya. Balik kerja sambung jaga Aafiya. Jarak Aafiya dengan Aaffan 2 tahun jem agak penat tapi membahagiakan.

“Suami pulak sangat supportive, sanggup jaga anak kalau Fie perlu travel untuk kerja. Suami tak pernah halang apa sahaja keputusan Fie,” tulisnya.


Menerusi satu perkongsian lain, Afifah turut memuat naik foto suaminya membuat kejutan istimewa sempena hari terakhirnya berkhidmat di klinik pergigian tersebut.

Dalam pada itu, Afifah berkata meskipun kini bergelar suri rumah, namun dia turut mengusahakan perniagaan secara dalam talian sebagai salah satu usaha mendapatkan pendapatan sampingan.

Nubhan dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.



Sumber : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangterang 10-11-2020 05:16 PM
dia ni yg kne tunjal haritu ke.harap2 jgn la hujan tgh hari
Quote emera 10-11-2020 05:19 PM
Nubhan tu dah kaya bebeno ke?
Quote doubleA 10-11-2020 05:22 PM
Apa salahnya dah kaya bisnes jual serum ke apa tu. dan idok la korang cakap nubwan bewok ditanggung bini keja gomen kan

Bior la deme hidup deme. Iols tak minat langsung dua ketul ni tapi menyibuk gak komen sini
Quote nordin84 10-11-2020 05:23 PM
doc gigi ade on call ke? keje opis hour jugakkan.. sayangnye...
Quote syadq 10-11-2020 05:31 PM
Nanti buat locum jah kalau bisness kureng.
Quote menjad 10-11-2020 05:34 PM
Xpikir panjang
Quote archerfahid 10-11-2020 05:36 PM
Sayangnyaaa...
Steady income dah tu
Quote uda 10-11-2020 05:36 PM
nordin84 replied at 10-11-2020 05:23 PM
doc gigi ade on call ke? keje opis hour jugakkan.. sayangnye...

Entah2 wife dia dah habis kontrak.

Untuk Dentist: 1 tahun wajib berkhidmat di kerajaan untuk dapat lesen practice. Pastu boleh op untuk sambung another 2 tahun.
Lepas 2 tahun, kalau performance bagus- boleh dapat tawaran tetap. If not, carilah kerja lain.


Dulu bukan Nubhan di pukul wife dia kat public.!!
Quote nordin84 10-11-2020 05:38 PM
uda replied at 10-11-2020 05:36 PM
Entah2 wife dia dah habis kontrak.

Untuk Dentist: 1 tahun wajib berkhidmat di kerajaan untuk da ...

hr tu propa katanye.. rugila, ms iols study dl.. course pergigian plg mahal sekali
Quote citulla3 10-11-2020 05:40 PM
nordin84 replied at 10-11-2020 05:23 PM
doc gigi ade on call ke? keje opis hour jugakkan.. sayangnye...

doc gigi pun ada oncall...mcm my makcik, dia standby kat umah...bila ada kes emergency mcm accident ke baru dia ke hospital...dia panggil ni on call la...so bila2 dia on call, mmg xleh kemana2 la...kena slalu standby...
Quote makadek 10-11-2020 05:43 PM
Apo kojo dak ujang ni ...mampu ko nk saro bini..pn pun lahai elok2 jd dukutur berenti rugi
Quote Belibis 10-11-2020 05:43 PM
Pandailah laki dia cari duit.malas nak komen.
Tapi terkomen jugakkkkk..
Quote imanjannah 10-11-2020 05:44 PM
dah habis fikir ke dik, moga Allah mudahkan urusan ko dik
Quote nazzse 10-11-2020 05:47 PM
citulla3 replied at 10-11-2020 09:40 AM
doc gigi pun ada oncall...mcm my makcik, dia standby kat umah...bila ada kes emergency mcm acciden ...

Kalau doc dkt hospital. Setakat klinik gigi mcm bini nubhan ni takdanya oncall, office hour je.

Pernah dengar klu doc2 yg dok klinik ni yg tak perform dkt hospital selain ada yg opted tukar sbb nak office hour.
Quote putu 10-11-2020 05:49 PM
Alahai sayang nyaa berhenti kerja di zmn gawat skrg ni
Quote uda 10-11-2020 05:51 PM
nordin84 replied at 10-11-2020 05:38 PM
hr tu propa katanye.. rugila, ms iols study dl.. course pergigian plg mahal sekali

Memang cost dentist lebih mahal drp doktor biasa. Mahal dalam RM100+k gitu. Pastu kerja lebih penat dr doktor biasa, terbongkok2 check gigi patient and buat treatment. Doktor biasa hanya duduk, check patient  and prescribe ubat. Ini my sis katalah.

Adik I dentist and dia baru habis 1 year compulsory service and sambung 2 thn. Takut after 2 years tak dapat serap as tetap.
Sekarang ni dia punya jimat duit. Kedekut sangat sebba dia kata untuk simpanan if dia tak dapat sambung kontrak.

Quote exclusive_vvip 10-11-2020 05:54 PM
agaknya bini dia plan nak buka klinik gigi sendiri kot lepas covid dah reda ni..klinik sendiri lagi masyukkkkk
Quote sukacactus 10-11-2020 06:03 PM
Pandai la tu diaorg nak idup
Bknnya minta derma scam org ke apa pun, so biarla
Quote teen_angelJB 10-11-2020 06:09 PM
nordin84 replied at 10-11-2020 05:23 PM
doc gigi ade on call ke? keje opis hour jugakkan.. sayangnye...

So far jarang la...klau Ada pun pakar..setakat freshie cam bini dia.ni xde..

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062853 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top