'Happy Annniversary (selamat ulang tahun)," tulis penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari dalam hantaran di Instagramnya. Hantaran itu diiringi fotonya yang sedang berada di sisi pusara suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair.
Ucapan itu adalah sebagai tanda bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12. Dalam foto itu, Bunga yang memakai pakaian serba merah jambu serta berselendang sedang duduk di sisi pusara Ashraf yang ditabur dengan kelopak mawar serta sejambak mawar segar.
Hantaran itu mencuri perhatian ramai pengikutnya di media sosial, termasuk kenalan pasangan romantis itu. Deretan rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan, disamping mendoakan kesejahteraan buat roh Ashraf.
Antaranya, Krisdayanti, Datuk Seri Rossa, Maia Estianty, Indra Bekti serta ramai lagi. Malah, hantaran Bunga di IG itu menerima hampir 900,000 tanda suka daripada warganet. Pemergian Ashraf mengejutkan industri hiburan Malaysia dan Indonesia apabila pelakon Gol & Gincu itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Februari lalu di usia 41 tahun. Perkahwinan Bunga dan Ashraf dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|