CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Belajar Sampai Oversea, Balik Malaysia Jual Tauhu Bergedil Je?" Perli Mak Cik Bawang Kepada Kak Jenab

9-11-2020 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13626| Komen: 113





Berbisa betul ya mulut makcik-makcik bawang. Bab judging orang, memang nombor satu. Tapi, itulah yang terpaksa ditelan oleh Kak Jenab atau nama sebenarnya Nor Hafizhatul Haq Mohd Ruslan, selama dua tahun.


Graduan dari University of Derby di England ni kata, asalnya dia memang kurang minat dengan course yang dia ambil di sana. Namun, kerana mengenangkan ibu dan bapanya, dia tetap teruskan juga pelajaran.

“Masa tu saya rasa nak packing beg nak balik Malaysia. Saya menangis sebab tak ada hati untuk belajar dalam jurusan ni, tapi peluang itu diambil kerana pengajian atas tajaan. Tapi mak dari jauh pesan kepada saya untuk terus bertahan, banyakkan doa agar diberi kekuatan.” – katanya.

Bila dah balik Malaysia, dia sempat bekerja di sebuah syarikat, sebelum membuat keputusan untuk berniaga tauhu begedil secara kecil-kecilan. Tapi, bila dah dapat tahu dek orang, haa mulalah ada yang cakap macam-macam.

“Ada makcik-makcik bawang kata saya gagal belajar di overseas, sebab tu lah saya balik kampung jual tauhu bergedil.”

Untuk tutup mulut-mulut makcik bawang ni, Kak Jenab post gambar konvonya di Facebook supaya mereka tahu yang dia dah berjaya tamatkan pengajian, dan bukannya gagal. Apa yang buat makcik-makcik ni jadi lagi malu sendiri, Kak Jenab sekarang dah ada sebuah kafe untuknya menjual tauhu begedil. Haa, sentap kau!



Rata-rata netizen juga memuji keenakan tauhu begedil yang dijual oleh Kak Jenab. Tak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dan inspirasi mereka pada Kak Jenab.



Itulah, dalam hidup ni kadang-kadang kita kena pedulikan cakap orang. Buat je apa yang kita minat dan suka. Tapi mestilah benda yang betul. Rezeki Tuhan tu ada je mana-mana. Bukan manusia yang tentukan. Yang penting kita usaha, inshaAllah mesti ada hasil.



Kredit: mStarTwitter Kak Jenab,  ohmedia.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 9-11-2020 05:15 PM
ganyang je mulut mak cik bawang tu dengan tauhu basi
Quote prettyuglybabe 9-11-2020 05:17 PM
kat mana kedai beliau?
Quote eplasbpafree 9-11-2020 05:17 PM
dah kenapa pergi juga ke overseas kalau mmg dah tak minat dgn course tu.
sbb tajaan je ke?
Quote meisapoya 9-11-2020 05:18 PM
Tauhu bergedil akak ni gemuk2 ya. Isi melimpah. Sos pon sedap. Singgit seketul. Puas hati makan.
Quote meisapoya 9-11-2020 05:19 PM
Kedai dia kat kuantan
Quote sarah82 9-11-2020 05:21 PM
meisapoya replied at 9-11-2020 05:18 PM
Tauhu bergedil akak ni gemuk2 ya. Isi melimpah. Sos pon sedap. Singgit seketul. Puas hati makan.

Dia punya inti (daging/ayam) meriah tak? Iols biasa beli x jumpa pun ayam/daging tu. Jadi buat sendiri biasanya.
Quote watatakut 9-11-2020 05:29 PM
macam tak ada orang je kedainya
Quote meisapoya 9-11-2020 05:32 PM
sarah82 replied at 9-11-2020 05:21 PM
Dia punya inti (daging/ayam) meriah tak? Iols biasa beli x jumpa pun ayam/daging tu. Jadi buat sen ...

Meriah tapi tak rasa sangat sebab dia punya kentang gebu... kena menghayati baru rasa daging...
Quote CocoCily 9-11-2020 05:32 PM
eplasbpafree replied at 9-11-2020 05:17 PM
dah kenapa pergi juga ke overseas kalau mmg dah tak minat dgn course tu.
sbb tajaan je ke?

based on the story tu bertahan sebab tajaan. Agaknya dah start class baru timbul tak minat etc. if berhenti kena bayar balik kot.


Quote meisapoya 9-11-2020 05:35 PM
watatakut replied at 9-11-2020 05:29 PM
macam tak ada orang je kedainya

Kedai dia jual tauhu bergedil ngan nasi ayam je kalau tak silap...
Quote CocoCily 9-11-2020 05:35 PM
sarah82 replied at 9-11-2020 05:21 PM
Dia punya inti (daging/ayam) meriah tak? Iols biasa beli x jumpa pun ayam/daging tu. Jadi buat sen ...

bergedil & tauhu bergedil ni memang puas hati buat sendiri. extra daging
Quote Tinot7 9-11-2020 05:37 PM
Takpe dikk. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemdian
Quote sarah82 9-11-2020 05:39 PM
CocoCily replied at 9-11-2020 05:35 PM
bergedil & tauhu bergedil ni memang puas hati buat sendiri. extra daging

Hahaha.. Betul.. biasa buat sendiri.. Buat byk2..simpan bila teringin keluarkan dan defrost lepas tu goreng
Quote sarah82 9-11-2020 05:40 PM
meisapoya replied at 9-11-2020 05:32 PM
Meriah tapi tak rasa sangat sebab dia punya kentang gebu... kena menghayati baru rasa daging... :l ...

Wah.. Gebu.. Mesti sedap ni..
Quote lavendernovella 9-11-2020 05:48 PM
Sedap kot tauhu bergedil ni....
Quote ashilalat 9-11-2020 05:53 PM
watatakut replied at 9-11-2020 05:29 PM
macam tak ada orang je kedainya

Here come the real makcik bawang forum
Quote VespaSilbe 9-11-2020 05:59 PM
Tauhu bergedil di mana2
Sekarang nak makan nasi berlauk sedap pun payah lahai
Quote Normabaru 9-11-2020 06:01 PM
Biarla..janji halal n xsusahkn org..
Quote Lengkong 9-11-2020 06:07 PM
Comelnya je nama kedai dia


Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050870 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top