CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Astronomi Temui Planet Yang Penuh Lautan Lava Sedalam 96km Dengan Suhu Sekitar 3,000 ° C

9-11-2020 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5440| Komen: 29



Ahli astronomi mendakwa menemui planet yang dibadai hujan batu dengan lautan lava sedalam 60 batu (96.5km) dan kelajuan angin melebihi dari 3,000 batu sejam.

Planet yang bersaiz bumi itu mempunyai angin empat kali ganda dari kelajuan bunyi dengan suhu sekitar 3,000 ° C di satu sisi iaitu cukup panas untuk menguap batu.

Namun ia juga boleh mencapau bawah minus 200 ° C yang cukup sejuk untuk membekukan nitrogen. Planet tersebut juga menyimpan lautan magma yang luas yang mempunyai kedalaman lebih dari 60 batu.

Dinamakan K2-141b, jaraknya adalah sekitar 200 tahun cahaya, menjadikannya salah satu planet yang paling ekstrem pernah dijumpai.

Penulis utama, Giang Nguyen yang merupakan pelajar PhD di York University, Toronto berkata bahawa kajian yang dilakukannya merupakan yang pertama meramal mengenai keadaan cuaca di K2-141b.

Dunia yang panas dan terik mempunyai permukaan, lautan dan atmosfera yang semuanya terdiri dari bahan-bahan yang sama iaitu batu.

Planet yang dijelaskan dalam Monthly Notices of the Royal Astronomical Society dikesan dua tahun lalu oleh Kepler Space Telescope.

Cuaca di sana pada ketika ini diramal oleh simulasi komputer. Keadaan yang tidak ‘mesra alam’ diramalkan dapat mengubah permukaan dan atmosfera secara kekal dari masa ke masa.

Analisis corak cahaya menunjukkan dua pertiga K2-141b menghadapi cahaya siang yang tidak berkesudahan. Berbeza di bumi yang menerima sinar matahari secara sama rata.

Sumber: Mirror/Siakapkeli


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 9-11-2020 05:08 PM
bole hantar indon kesana
Quote kelapaparut 9-11-2020 05:11 PM
yg tu ke..neraka?!
Quote rastaf 9-11-2020 05:15 PM
mesti nasa dari indon yang jumpa ni
Quote Noraniza_Iblis 9-11-2020 05:17 PM
hell is ready... blh kemas2 ape yg patut..
Quote ninja9 9-11-2020 05:25 PM
pergh.. neraka kah
Quote watatakut 9-11-2020 05:28 PM
mcm mana dorang sukat kedalaman laut sebuah planet yang berbilion KM jauhnya.macam mengencing tak beragak je
Quote Tinot7 9-11-2020 05:34 PM
Kalau ni kome kata hell, heaven tu camne?
Quote harisbee 9-11-2020 05:47 PM
watatakut replied at 9-11-2020 05:28 PM
mcm mana dorang sukat kedalaman laut sebuah planet yang berbilion KM jauhnya.macam mengencing tak be ...

simulasi ler

Quote dudaberhias 9-11-2020 05:53 PM
watatakut replied at 9-11-2020 05:28 PM
mcm mana dorang sukat kedalaman laut sebuah planet yang berbilion KM jauhnya.macam mengencing tak be ...

Pakai telescope kaka, lepastu tengok pada ukuran, spectrum cahaya ke macam mana tah, iols ada baca haritu. Nak tahu besar bintang pun boleh. Tapi nak tahu kedalaman tu perlukan banyak lagi info terperinci.
Quote lavendernovella 9-11-2020 05:58 PM
Neraka sebenar tu dimana?  Share info http://www.addeen.my/index.php/rohani/ibadah/item/389-di-manakah-neraka
Quote gigahertz 9-11-2020 06:00 PM
ninja9 replied at 9-11-2020 09:25 AM
pergh.. neraka kah

Kalau berada kat situ 70,000 tahun bumi nerakalah tu.
Quote Lengkong 9-11-2020 06:10 PM
Tiba2 rasa seriau




Quote LadyCarefree 9-11-2020 07:09 PM
Neraka jahanam kot
Quote zorrro_03 9-11-2020 07:37 PM
Boleh hantar ayam PHancing sana.  Sebab busuk hati tahap tinggi.
Quote Carcosa 9-11-2020 10:15 PM
Meols kngkadang berangan nak ada superpower boleh terbang sana sini nk tgk planet2 ni. Ada ke yg menginap di dalamnya. Cemana ghopanya. Makan apa. Membawang ke. Berporom ke  {:handsome
Quote JunkMail 9-11-2020 10:29 PM
Carcosa replied at 9-11-2020 10:15 PM
Meols kngkadang berangan nak ada superpower boleh terbang sana sini nk tgk planet2 ni. Ada ke yg men ...

Dah lama wujud manusia begini.. Captain Marvel namanya, seorang wanita kokesen.
Quote JokesCop 9-11-2020 10:41 PM
kelapaparut replied at 9-11-2020 05:11 PM
yg tu ke..neraka?!

Kalaulah penduduk neraka tu dibalikkan di dunia dan duduk dalam planet tu, dia boleh tido. Itu bukan neraka, dan neraka adalah lebih dahsyat dari itu.
Quote JokesCop 9-11-2020 10:44 PM
Tinot7 replied at 9-11-2020 05:34 PM
Kalau ni kome kata hell, heaven tu camne?

Syurga adalah tempat dimana orang yg diberi tanah seluas negara syams, iaitu dari hujung palestine, ke utara syria, timurnya jordan dan baratnya sempadan iraq. Orang itu pun berkata, akulah orang paling kaya dalam syurga. Tapi Rasullullah, itulah yg paling miskin di dalam syurga.
Quote orgsepang 9-11-2020 11:05 PM
zorrro_03 replied at 9-11-2020 07:37 PM
Boleh hantar ayam PHancing sana.  Sebab busuk hati tahap tinggi.

Setuju sangat2

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.042771 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top