CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gadis Tampil Lebih Bergaya, Berjaya Turun Berat Selepas Amal Diet Ini & Tak ‘Skip’ Makan

9-11-2020 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12299| Komen: 24



Dalam proses menurunkan berat badan, setiap orang perlu mempunyai kesabaran serta tahap konsistensi yang tinggi. Bukan mudah untuk melakukannya kerana pastinya akan terdapat banyak ‘halangan’ yang perlu dilalui.

Jangan risau, kerana banyak tips serta amalan diet yang boleh diikuti dan dilakukan oleh anda mengikut kemampuan diri. Salah satu tips yang anda boleh amalkan adalah yang dikongsikan oleh Izzah Hazwani ini.

Menerusi ciapannya di Twitter, Izzah berjaya menurunkan berat badan dari 55 kilogram ke 45 kilogram dalam masa 2 bulan.


Berat badan tersebut mampu dicapai hasil usaha yang dilakukan dan diamalkan olehnya terutama dalam aspek pemakanan.

Dihubungi SK, Izzah berkata bahawa dia tidak mengamalkan diet yang strict kerana takut tertekan.

Saya breakfast biasa nya makan roti wrap gardenia tuu, takpun roti wholemeal gardenia tu. letak telur salad or conflakes/pure oat letak low fat milk dutch lady nak lagi sedap tambah la pisang or apple. 10am tu biasa nya time snacking amek buah2, salad buah ke, bell pepper plus cream cheese tu ke ha. tengok jugak la stok apa ada dekat rumah haha. Lunch biasa nya saya tak tggl nasi sbb kalau tggl nasi makan merepek2. lunch mmg amek nasi. tapi small portion. satu senduk je. lebih kan lauk and sayur. Saya amalkan makan suku suku separuh and kalau boleh jgn makan malam atas pukul 8 tu. sbb perut nak rehat sebelum 3 jam nak tidur tu. Exersice saya buat jugak. Tapi saya pilih exercise yang saya rasa happy nak buat. Jangan pressure.

Tambahnya lagi, dia juga sememangnya mengamalkan minum air masak yang banyak iaitu sekurang-kurangnya tiga liter serta minum teh hijau dan air limau suam tanpa gula.

Semoga perkongsiaan ini boleh memberi inspirasi serta rujukan kepada anda untuk menurunkan berat badan.

Sumber: Izzahhazwaniii/SiakapKeli


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwarasa 9-11-2020 03:49 PM
ye la tu 2 bulan
Quote EvieWanKenobi 9-11-2020 04:01 PM
sebulan nak turun 2kg pun susah..
Quote husna_amal 9-11-2020 04:19 PM
Tengok pic sebelum kurus dia cuma berisi sedikit kat pipi dan badan. Dengan usaha diet dan senam sekejap dapat turunkan berat badan tu.
Quote missyL 9-11-2020 04:40 PM
Comey bdk nie..
Quote rastaf 9-11-2020 05:18 PM
msti yang reject dia sekarang ni tak senang duduk nak mengayat balik
Quote sofyayra 9-11-2020 09:05 PM
Siyes la dua bulan, aku dulu cut off gula garam minyak pun berbulan2 jugak baru dapat turun nearly 15kg.

Susah nak mulakan diet, senang pulak nak hancurkan diet {:question
Quote Jinglebell123 10-11-2020 03:30 AM
Cepatnya turun..hurm semoga aku pon dpt lost weight secepat ini..
Quote rosasen 10-11-2020 07:15 AM
tgk org buat mcm senang kan..
Quote shop_girl 16-11-2020 09:27 AM
Time muda2 gini senang je nak lose weight..tgk ko umur 30s nanti..susah giler..minum air pun gemok {:cryrun
Quote juruterra 16-11-2020 09:46 AM
shop_girl replied at 16-11-2020 09:27 AM
Time muda2 gini senang je nak lose weight..tgk ko umur 30s nanti..susah giler..minum air pun gemok { ...

hahaha...i setuju. penat i alri every week 5 x a week at leat 10km, air manis tak minum, mkn nasi pun sikit je lauk2 and sayur lebih tp i dh buat gini berpuluh thn now dh close to 50s mmg takde turun2 dh berat...sesekali naik pulak sekilo dua. i rasa ada mende lain adik ni buat tp xnk share ....kalau dr 80kg maybe senang nk turun ke 70kg dgn lifestyle change gitu tp kalau berat dh 55kg which is tak berat mana, susah la nk turun lg..normally dah plateau. ni pengalaman iols la yg dh berpuluh thn berat 52kg-55kg...dr jaman anak dara sampai la skrg dh ada anak dara
Quote shop_girl 16-11-2020 10:34 AM
juruterra replied at 16-11-2020 09:46 AM
hahaha...i setuju. penat i alri every week 5 x a week at leat 10km, air manis tak minum, mkn nasi  ...

Very inspiring, sis..i harap i pun mampu lose a few kilos gak..so next year masuk opis (insyaallah kalau dah tak WFH) ala2 buat grand entrance ala2 supermodel gituh
Quote Jitu 16-11-2020 11:52 AM
wow terus nampak lain yg gambar sebelum tu kepamnya
Quote Meiizu 27-11-2020 12:44 PM
Gadis Tampil Lebih Bergaya

*
aku baca GADIS TAMIL

ok fine 12.30 kena pi lunch
Quote eplasbpafree 28-11-2020 11:57 AM
okeylah dia ni .. bila kurus, dgn muka2 pun kurus.


iols ni, muka tetap bulat jua even lost 10kg.
hidup ini mmg tidak adil.


#tetiba




Quote codesverifycod 24-12-2020 03:57 PM
Your commercial enterprise appears proper. Fixed VoIP numbers are less related to junk mail calls, lending credibility to calls made on behalf of your enterprise http://codesverify.com/ You gain get entry to to greater advanced features. Fixed VoIP strains typically provide a greater superior set of calling and call routing functions.
Quote Leban 17-3-2021 01:38 AM
diet ni bila tiba certain berat tetiba dah nak tak turun
Quote yssej16 17-3-2021 03:15 PM
Quote makankuihku 20-3-2021 03:08 PM
inspirednyaaa
Quote ImpianSeroja 28-6-2021 03:02 PM
Dulu time muda rasa cepat je nk turun..skrg ni berat mata memandang..
Adoiiii nk turun 1kg pun payah

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.112782 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top