CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tujuh Bulan Vicha Saywho Tak Jumpa Anak-Anak

8-11-2020 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10035| Komen: 43

Pelakon dan pelawak, Vicha Saywho yang tidak berjumpa anak-anaknya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 Mac lalu terharu apabila mendapat kiriman video hari jadi yang ke-32, hari ini, daripada anak sulungnya, Aurel Angelina Khezya, 11, yang menetap di Bandung, Indonesia.


Selain Aurel, dua lagi anaknya yang menetap di sana ialah Listya Arum Tresnasih, 10, dan Michelle Averina Calysta, 8.

Vicha dan Aurel
Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman berkata, dia sentiasa mendoakan kesihatan ketiga-tiga anaknya itu.

"Ya Allah, pagi-pagi sudah buat terharu. Terima kasih anak ambu (ibu) yang sudah besar. Walaupun kita tidak dapat berjumpa, tapi ambu selalu doakan Aurel, Listya dan Michelle dari sini. Semoga anda bertiga sihat di sana. Insya-Allah, kalau semuanya kembali normal ambu pasti pulang," katanya.




Menerusi hantaran video yang dimuat naik, Aurel mendoakan semoga Vicha sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

"Happy birthday ambu, semoga Allah sentiasa melindungi ambu, sihat selalu,  bahagia, diberi umur panjang dan rezeki yang melimpah.

Foto: IG

"Terima kasih ambu sudah menjadi ambu yang paling baik. Ambu adalah pahlawan sejati bagi aku dan ambu adalah wanita paling hebat yang aku kenal. Terima kasih kerana sudah menjadi paling manusia tulus dalam memberikan cinta," katanya.

Penularan Covid-19 di seluruh dunia sejak awal tahun ini membuatkan Vicha tidak dapat pulang ke Bandung bertemu anak-anaknya. Malah, pelakon filem Isteri Untuk Dijual dan Kolestrol vs Cinta yang bertapak di negara ini turut menyambut  Aidilfitri tahun ini di sini tanpa mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DianaSaksen 8-11-2020 11:15 AM
Ingatkan vicha ni single..dah kahwin rupanya
Quote Normabaru 8-11-2020 11:37 AM
So...? Blk jela sana klu rindu sgt.. Myampah dgn puak yindon kaki claim segala.. Tp nnt menghimpit cari mkn kt msia jgk
Quote harisbee 8-11-2020 11:59 AM
ibu tunggal ke?
Quote zeetot 8-11-2020 12:04 PM
DianaSaksen replied at 8-11-2020 11:15 AM
Ingatkan vicha ni single..dah kahwin rupanya

Ex laki dia jahat yeeee. Kesian dengar kat yt.
Quote nazzse 8-11-2020 12:07 PM
Dah kurus ke dia ni? Mcm kakin cantik je
Quote RatuDunia94 8-11-2020 01:00 PM
Baik duk malaysia.. ada gak job2 n boleh niaga.. kaau balik indon silap merempat
Quote YomiuriLandMae 8-11-2020 01:02 PM
kalo dia balik yindon sana nak jumpa anak mmg dah tabley lagi la nak masuk malaysia balik.. kena tunggu covid ni settle which lagi 6 bulan?? setahun??
Quote siasia 8-11-2020 01:33 PM
Diorg ni bg nama kdg aku suka juga..  Tp bukan nama bau jawa la.. Kalau bau2 jawa aku x minat. Mcm joko widodo itu bunyi jawa totok. Ni mcm nama Laudya Cynthia Bella (tak sure ni nama betul ke nama glamer). Sapa lagi.. Bunga Citra Lestari.. Acha Septriasa.. Mcm best kan.
Quote URUHA 8-11-2020 01:38 PM
Kampung Vicha ni kat Bandung ke? Best nya anak2 dia duk sana. Dah la sejuk & banyak tempat best. Hopefully cepat2 la covid ni dpt diatasi & kes kat Indo pun makin pulih. Rindu nak g Bandung
Quote dejure 8-11-2020 01:44 PM
Normabaru replied at 8-11-2020 11:37 AM
So...? Blk jela sana klu rindu sgt.. Myampah dgn puak yindon kaki claim segala.. Tp nnt menghimpit c ...

Busuknya hati kau sundal!! Biarlah org tu cari makan kat sini bukan dia kacau laki kau pon
Quote izat123 8-11-2020 01:53 PM
Dia ni versi orang badan besar yang lawa haha
Quote Normabaru 8-11-2020 02:07 PM
dejure replied at 8-11-2020 01:44 PM
Busuknya hati kau sundal!! Biarlah org tu cari makan kat sini bukan dia kacau laki kau pon

Amboi.Yg sundal tu ngko. Kaka ckp fakta yg ko sentap sgt dh knp. Ummah yindon mcm si vicha ke? Koser plak nk sembur2 org punya komen.. Puih
Quote inspektoremos21 8-11-2020 02:19 PM
Eh ingat kan anak2 dia stay dgn dia sekali.
Quote lavendernovella 8-11-2020 02:33 PM
Sedihnya tak dpt jumpa anak...mak jauh diperantauan cari rezeki.
Quote Suchi 8-11-2020 02:48 PM
DianaSaksen replied at 8-11-2020 11:15 AM
Ingatkan vicha ni single..dah kahwin rupanya

Single mader tak silap. Rajin gak cari duit kat sini meniaga makanan juga bakso ke apatah nampak cam sedap je ada sambal mencurah2.
Quote miu84 8-11-2020 02:57 PM
Nampak makin lawa
Quote Pujangga22 8-11-2020 03:26 PM
siasia replied at 8-11-2020 01:33 PM
Diorg ni bg nama kdg aku suka juga..  Tp bukan nama bau jawa la.. Kalau bau2 jawa aku x minat. Mcm j ...

jokowi
Quote timah03 8-11-2020 03:45 PM
inspektoremos21 replied at 8-11-2020 02:19 PM
Eh ingat kan anak2 dia stay dgn dia sekali.

Anak2 dia tak boleh duduk sini.... Sebab vicha pun duduk sini guna permit kerja tu.......kalau tak silap, dia kata tiap2 6 bulan kena renew....
Quote diss69 8-11-2020 04:51 PM
nazzse replied at 8-11-2020 12:07 PM
Dah kurus ke dia ni? Mcm kakin cantik je

Nk ckp yg sama.. Nmpk makin cntik..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.132998 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top