CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harta Raja Thailand Bernilai RM257 bilion

7-11-2020 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16032| Komen: 163

Bangkok: Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn yang mencetuskan kontroversi sejak menaiki takhta kini dilaporkan antara pemerintah paling kaya di dunia.

Ia menimbulkan tanda tanya ramai pihak berhubung sumber kekayaan itu.

Ini kerana raja berusia 68 tahun itu sudah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai seorang gundik diraja lebih banyak menghabiskan masa di Jerman berbanding berada di negara sendiri.

Kekayaan Vajiralongkorn, menurut LA Times dipercayai mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei dan keluarga diraja Britain.

Raja Thailand bersama peneman raja: Foto: AFP

Ia mengundang demonstrasi di negaranya sendiri apabila rakyat menuntut penjelasan bagaimana pewaris monarki itu dapat mengumpulkan kekayaan luar biasa.


Selain itu, rakyat juga meminta supaya perubahan dalam sistem monarki di Thailand termasuk berhubung pembiayaan kehidupan mewah raja mereka di luar negara.

Pada 2017, kerajaan meluluskan satu undang-undang baharu yang memberi Vajiralongkorn penguasaan penuh terhadap aset diraja yang dianggarkan bernilai berbilion dolar.

Ia membolehkan pemilikan harta yang sebelum ini diletakkan di bawah kawalan Biro Hartanah Diraja (CPB) dipindahkan kepada raja berkenaan.

Undang-undang itu dianggap langkah terbaharu Vajiralongkorn untuk meluaskan kuasanya dan mewarisi peninggalan harta susulan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 2016.

Keluarga diraja Thailand diketahui umum dilindungi menerusi undang-undang menghina raja yang ketat dan tidak diwajibkan untuk mengisytiharkan harta.

Penganalisis menganggarkan harta pewaris dinasti Chakri itu antara AS$30 bilion (RM128 bilion) dan AS$60 bilion (RM257 bilion) merangkumi pemilikan hartanah dan pelaburan di syarikat utama dunia.

Pelaburan terbesar CPB merangkumi Siam Commercial Bank dan Siam Cement Group di mana konglomerat itu menguasai 34 peratus saham dengan kedua-duanya bernilai AS$8 bilion (kira-kira RM33 bilion) pada akhir tahun lalu.

Biarpun terjejas akibat pandemik Covid-19, dividen daripada dua entiti berkenaan memberikan sejumlah AS$342 juta (kira-kira RM1.41 bilion) kepada Vajiralongkorn pada 2019.

Menurut jurnal yang ditulis seorang ahli akademik Thailand Porphant Quyyanont, pemerintah itu mempunyai beberapa aset.

Antaranya pemilikan tanah termasuk 5.5 juta batu persegi di lokasi yang mempunyai nilai sewa tinggi di Bangkok.

Katanya, tanah terbabit bernilai AS$32 juta (kira-kira RM134 juta) pada 2015 namun hanya sebahagian kecil daripadanya dipajak untuk tujuan komersial.

Vajiralongkorn juga mempunyai vila di tepi tasik di Munich dan menyewa hotel di Pergunungan Alps, lokasi pelancongan mewah di dunia.

Bagi banyak pihak, kehidupan baginda dilihat jauh berbeza berbanding bapanya yang dikenali sebagai raja yang begitu bersederhana dan disayangi rakyat.

Vajiralongkorn menerima pendidikan di sekolah berasrama di Britain dan menuntut di akademi tentera di Australia.

Selepas mewarisi takhta, baginda mengubah undang-undang yang membenarkan pentadbiran negara dilakukan dari luar negara atau lebih tepat lagi di Jerman. -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-11-2020 09:09 AM
Siasat dia
Quote sarah82 7-11-2020 09:14 AM
Dia balik siam dah. Korang ingat senang nak siasat dia..utusan langit turun.. Habis hilang kepala2 demo
Quote bambimo 7-11-2020 09:15 AM
Raja kan simbol negara....sesuai la kaya raya gitu ye dak??
Quote Crystars 7-11-2020 09:26 AM
Raja siam ni xde queen ke? Knp panggil peneman raja?
Quote laksmanabentan 7-11-2020 09:29 AM
pakcik kayooooo
Quote AbukRokok 7-11-2020 09:31 AM
kalah raja saudi tapi xperlukan minya
Quote matbad 7-11-2020 10:00 AM
Mmg dari ayah dia ada pun dorang ni keluarga diraja paling kaya didunia. Tgk la siam tak pernah dijajah. Kehidupan dorang biasa2 sumber byk sbb negara pengeluar berbanding kita negara pengguna. Hasil tu diraja la gasakk. Dulu tertutup sbb ayah dia ni tak tunjuk mewah mcm dia ni
Quote sarah82 7-11-2020 10:00 AM
Crystars replied at 7-11-2020 09:26 AM
Raja siam ni xde queen ke? Knp panggil peneman raja?

Dia ada gundik..
Quote luluaurora 7-11-2020 10:08 AM
peneman diraja tu masih wujud kah?
bukan haritu dh dilucutkn jawatan ke? sebab ada cerita dia cuba cantas queen

i follow iq yg selalu upadate psl aktviti queen suthida
nmpk la humble n frenly dgn fmly diraja n rakyat

napa king tu suka sgt dduk jerman?
Quote Orix 7-11-2020 10:22 AM
Kalo kaya sbb bisnes sendiri / harta keturunan it’s ok mcm sultan Brunei tu. tapi kalau kaya sbb cukai dari rakyat, selayaknya dicerca
Quote getarsukma 7-11-2020 10:29 AM
Ada video dia bercakap? Nak dengar jugak kot2 ada bunyi Hitler ke apa dah bertaun2 duduk Jerman...
Quote getarsukma 7-11-2020 10:30 AM
Mak dia hidup lagi ke?
Quote kekekek 7-11-2020 10:38 AM
Siam punya monarki dah berkurun, lebih daripada 800 tahun dulu mengumpul harta.
Gi la korek history tu.  Apa nak hairan?
Lagi lama dari Europe punya monarki agaknya. Masa europe punya king semua papa kedana, raja siam dah mengumpul emas dah.
Apsal tak gi tanya monark-monarki kat europe tu sekali?
Quote getarsukma 7-11-2020 10:46 AM
matbad replied at 7-11-2020 10:00 AM
Mmg dari ayah dia ada pun dorang ni keluarga diraja paling kaya didunia. Tgk la siam tak pernah dija ...

Mmg la tak pernah dijajah dah dia buka jalan bagi masuk negara sebelah dia

Ingat sikit Siam ni relate to famous quote among foreigners.. bukan land of smiles... tapi land of fake smiles
Quote 7doors 7-11-2020 11:16 AM
Harta dia pun asalnya dari bapa dia...mana mungkin arwah bapa dia hdup sederhana sprti yg d canang.
Quote Artemesiaa 7-11-2020 11:25 AM
Dah dari dulu keluarganya memang dah berharta apa yang nak dihairankan
Quote belilies 7-11-2020 12:16 PM
luluaurora replied at 7-11-2020 10:08 AM
peneman diraja tu masih wujud kah?
bukan haritu dh dilucutkn jawatan ke? sebab ada cerita dia cuba  ...


Why nak tinggal kat jerman?
Screenshot_20201107-121549_Google.jpg
Senang heols pakai sportsbra sebebas bebasnya.
Quote eyansss 7-11-2020 12:46 PM
luluaurora replied at 7-11-2020 10:08 AM
peneman diraja tu masih wujud kah?
bukan haritu dh dilucutkn jawatan ke? sebab ada cerita dia cuba  ...

sebab kat sana boleh buat sesuka hati...  ingat lagi berita keluar dia block hotel untuk dia n perempuan2 simpanan dia yang berjujuk2 berpoya2...
Quote hyie 7-11-2020 12:46 PM
nampak macam sejenis abegong jua yachhh...

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.115956 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top