CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ubat Cair Darah Untuk Lepas Bersalin Ada B*bi Katanya... Ibu-Ibu Berdebat, Mana Yang Terbaik?

7-11-2020 08:57 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15389| Komen: 59





Bukan sahaja isu vaksin mengandungi bahan terlarang menjadi perdebatan, terbaharu isu suntikan yang diberi kepada ibu lepas bersalin juga menjadi topik panas.

Seorang pengguna Facebook memuat naik gambar picagari yang mengandungi cecair didakwa mengandungi bahan yang diperbuat daripada b*bi. Ianya diberikan kepada ibu selepas bersalin yang mengalami komplikasi darah pekat.

Bagi Annie, sebenarnya situasi ini boleh dielakkan jika ibu lebih tegas menolak benda haram tersebut masuk ke tubuh.

Hal ini membuatkan ramai ibu berasa tersinggung.


Kredit foto: FB

Suntikan ini diberikan kepada ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan dan perlu disuntik sendiri di rumah bagi mengelakkan darah beku. Bagi Annie tugasnya hanyalah menyampaikan apa yang perlu diketahui oleh semua orang dan bukannya menghakimi. Ini kerana info sebegini ada yang tahu dan kisah, tetapi ada pula golongan yang tidak kisah.

"Memang doktor ramai yang tahu pun. Ada yang cakna dan ada yang tak kisah. Sebagai pengguna, kita yang perlu cakna apa yang masuk ke dalam badan kita."

Bagi mereka yang pernah mengambil suntikan ini mempersoalkan tindakan Annie mendedahkan perkara ini, seolah-olah menyatakan apa yang doktor lakukan untuk menyelamatkan nyawa itu bukannya mudarat.

Foto : FB

Foto : FB

Namun, berlainan pula dengan Annie yang berpendapat setiap masalah ada rawatannya. Berbanding suntikan yang mempunyai kandungan b*bi, boleh beralih kepada rawatan tradisional seperti bertungku, berurut, herba dan sebagainya. Malahan ketika bersalin secara pembedahan sebelum ini, dia menggunakan cara tersebut bagi mengelakkan darah beku.


"Harus bukannya wajib atau dibolehkan. Yang wajib, cari sumber halal dan toyyiban. Jangan keliru. Bende ni jadi darah daging kita."

Jadi, bagaimana? Ada yang mengalami pengalaman sama? Atau baru tahu kandungan ubat tersebut?- CARI









Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 7-11-2020 09:15 AM
Lor.. Kan ada fatwa tentang isu ni dulu..
Quote nazzse 7-11-2020 09:26 AM
Golongan rasa diri bijak pandai kembali lagi
Quote eyansss 7-11-2020 10:12 AM
tahniah kerana berperangai seperti babi walau tak makan babi...  hahaha...  

penat je mufti explain tentang ni...
Quote syamzana 7-11-2020 10:19 AM
halahhhhh....kan ada 2 ubat dan doc mmg inform serba serbi pasal ubat tu kalau pilih yg ada babi (xigt nama) jadi caner kalau yg pilih lagi satu (pun x igt nama) akan jadi apa.
takyah merempan sgt larrr...kalo rs xnak babi tu msuk dlm body pilih la yg lagi satu. kalo rs nak bangkang xmo amik dua2 pun lantak korang la. body korang...bkn body org lain.

penat mufti explained gitu gini m bangsa tak membaca ni payah nak diajar.
Quote takayama 7-11-2020 10:21 AM
netizen sekrg ni ambil alih tugas mufti, tugas Dr, tugas Hakim, tugas peguambela, tugas engineer, tugas architect dan etc
Dan ada gak yg sesuka rs jdkan diri tu PA Allah swt
Quote pearl.silver 7-11-2020 10:21 AM
Nk gak tau golongan yg menolak ubat ni, pas operate boleh hidup dgn aman ke tanpa ubat ni.
Quote LadyCarefree 7-11-2020 10:29 AM
takayama: netizen sekrg ni ambil alih tugas mufti, tugas Dr, tugas Hakim, tugas peguambela, tugas engineer, tugas architect dan etcDan ada gak yg sesuka rs jdka ...


Ekzekli. Menyampah giler iols dengan geng2 ni.
Quote LadyCarefree 7-11-2020 10:30 AM
pearl.silver: Nk gak tau golongan yg menolak ubat ni, pas operate boleh hidup dgn aman ke tanpa ubat ni.



Patut geng2 ni sepital atau dokter pun korang jangan pergi la. Pi bomoh je dengan minta air doa usetard.
Quote mbhcsf 7-11-2020 10:49 AM
Edited by mbhcsf at 7-11-2020 10:52 AM

again, malas nak komen dengan org yg tahu sekerat then cakap macam dia tahu semua.
look , if you get DVT and PE , u akan mati.

tu je. ini adalah prevention.

unless u nak convince doktor tu yg after 24 hours of any mode delivery you nak jalan jln 40 minutes setiap 2 jam?

boleh ?


tak kan?


eee  uknow muak lah dengan artikel dari sumber sebgini dari mereka yg acah acah tahu but amboi tulis - kita ada pilihan - pilihan ape yg ada? untuk kurangkan risiko thrombosis?

dia macam ni...kalau tak tau pulmonary embolism, Deep vein thrombosis, embolim - cer cari and baca
and try baca Virchow's triad ( ni bukan russian mob hahhaahahahahh )  kenapa kena cucuk low molecular weight heparin ke ape

then baru komen

ni tak tahu the whole context , pakai  sedap je tulis atas dasar kesihatan - ni sangat tak betul - ini nyawa
okaylah u tak kena , u tak tahu , but ade je my long lost ...colleague yg kakak ipar bila hamil , dia sangat prone tu have pulmonary embolism, keadaan di mana darah beku sering terjadi di kawasan salur darah kecil peparu, dia tak leh nafas.

u know kena rushed ke hospital lah

ada keadaan tertentu yg galakkan pembekuan darah yg tak normal berlaku -contohnya org berbaring- darah nye aliran tak bagus , ter ' stagnant'? ( dunno Malay term ) , keadaan yg galakkan pembekuan darah - hamil dan certain OCPs ( please check ni betul ke tak )

dan bila berbaring contohnya lepas operation atau yg jenis pantang tak ingat dunia baringgggg je keje,lupa nak gerak gerak light exercise - so ada risikolah...



tulis hembus hembus saje manusia macam ni, nak kongsi ?

tapi  tak tahu the whole context

apalahh


Quote syadq 7-11-2020 11:03 AM
Terimalah hakikat babi menyelamatkan nyawa anda. Memang kat packaging tu ada tulis from porcine so ramai je dah tahu, ko je baru keluar gua.
Quote DandelionW 7-11-2020 11:50 AM
Tapi bila difikirkan,byk juga manfaat binatang yg selalu dikeji ni dr segi perubatan dan mkn ye.........mmg tak dpt diganti dr binatang lain ke macam mana eyh?
Quote Orix 7-11-2020 12:05 PM
Suruh dia minum kencing unta jah.
Quote mbhcsf 7-11-2020 01:09 PM
http://conference.kuis.edu.my/mf ... Mohamad_Dahalan.pdf


sila baca sehingga habis ye pdf  ini

dan di situ anda boleh buat further check dengan consultant and juga pakar halal haram agama.


kalau ibu tu   bising dia hanya tahu sekerat je.

pdf tu terangkan...secara detail why ini effective, alternative pada clexane and kenapa clexane dipilih.



very transparent.


Quote mbhcsf 7-11-2020 01:12 PM
so bahaya ye bila tahu small prints benda and cetuskan polemik.  Sedangkan benda ni memerlukan perbincangan multi bidang.
Quote underground 7-11-2020 01:32 PM
masa bini deliver baby bongsu doktor pakar suggest amik ubat ni.

memang dia cakap ubat ni kontroversi ramai cakap ada babi.

walhal sumber haiwan, boleh jadi babi boleh jadi haiwan tak sembelih. ada isu kat situ.

sebab masa tu banyak kes ibu meninggal lepas lahir baby sebab blood clot.

lagi pun umur bini aku dah 35, high risk utk kena.

fatwa pun dah keluar, apa2 ubat atau vaksin meski bahan dia tulis babi tonyok pun atas dasar selamatkan nyawa, hukum harus.

so, aku proceed je.

Quote mbhcsf 7-11-2020 02:08 PM
Attention to Menteri agama atau pejabat mufti:

isu clexane and alternative ni fondaparinux perlu di update selaras dengan amalan berasaskan bukti - evidence based medicine yg terkini

fatwa ni dia kena juga ada pakar yg berfikrah Islam yg kena liase dengan  Jabatan mufti ke ape ke benda depa ni untuk updating ke atau seminar berkala.
tentang isu isu fiqh farmasi  yg berbangkit.

if not  U see lah ...macam ni lah jadinya
Quote salmon-suki 7-11-2020 02:08 PM
Ni mesti gang AssAss nih..bila AssAss mendoniaaaa kat porem,tiba2 muncul plak gang2 mengarut ni..create new issue..
Quote kemaruk 7-11-2020 02:08 PM
kalau nak menang debat, puak2 ni la bersungguh-sungguh backup hadis minum kencing unta

dorang kata bila darurat, apa saja usaha jadi halal

ok la, bangkem boleh terima.. darurat kan..

tapi kenapa dalam kes camni, tetiba hadis tu ditolak tepi?

bangkem benar2 keliru.. adakah golongan antivax ini sebenarnya antihadis ataupon atheist in disguise?
Quote fishcracker 7-11-2020 02:43 PM
Time penat beranak tu tak pikir hape dah,pikir nak selamatkan baby jahhh,trust the gynae n tawakkal

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.146741 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top