CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati-Hati, Ada Premis Yang Ganti Hand Sanitiser Dengan Cecair Pencuci Lantai

6-11-2020 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3129| Komen: 17

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana premis yang menggunakan cecair pencuci lantai atau bahan-bahan lain sebagai ganti kepada cecair pembasmi kuman (sanitiser).


Beliau berkata perbuatan dilakukan premis terbabit bukan saja suatu penipuan tetapi juga akan membahayakan kesihatan pengguna.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan perkara ini kerana macam-macam kesan buruk akan berlaku sekiranya menggunakan cecair pencuci lantai.

"Jadi saya meminta polis mencari dan menangkap mereka yang berbuat sedemikian," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.

Gambar Hiasan

Baru-baru ini, seorang peniaga di Jempol, Negeri Sembilan menggunakan pencuci lantai sebagai cecair pembasmi kuman kepada pelanggannya untuk berjimat.


Bagaimanapun, tindakan peniaga itu dihidu polis yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan( PKPP ) bersama agensi lain sekitar daerah ini.

Berikutan tindakannya itu, peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM1,000. -CARI

Sumber: Astro Awani

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 6-11-2020 11:37 AM
Biasanya yg jenis gel mmg legit hand sanitizer. Yg jenis air tu kalau wangi lain mcm, hati2 la
Quote bakingsoda 6-11-2020 12:16 PM
Orix replied at 6-11-2020 11:37 AM
Biasanya yg jenis gel mmg legit hand sanitizer. Yg jenis air tu kalau wangi lain mcm, hati2 la

baru semalam aku gi kedai tekan sanitizer cair gila pastu mmg bau wangi. tapi lepas masuk kete pakai sanitizer sendiri pulak. tah2 air je campur pewangi/sabun sikit sbb biasa pedih2 jugak tangan aku kalau pakai sanitizer tapi yg semalam tak
Quote Artemesiaa 6-11-2020 12:47 PM
Nak jimat kos mulalah ada yang cuba guna bahan lain.  Cecair cuci lantai ni kadang boleh memudaratkan kulit terutama mereka yang ada masaalah alahan kulit.  Sebab tu lebih suka guna sendiri punya dari yang pekedai sediakan.
Quote Atata 6-11-2020 12:51 PM
Ada jg yg guna dettol yg dicampur air. Wakakakak puhlis la..
Quote randa 6-11-2020 01:08 PM
Pernah guna hand sanitizer kat kedai mkn mmg busuk sgt bau dia
Ntah chemical apa dorg guna
Since then trus trauma nk guna sanitizer yg kedai provide nih
Quote gadiz 6-11-2020 01:10 PM
Kuang ajo!! Punya lah nk jimat
Quote kuzaime 6-11-2020 01:12 PM
Nak jimat, jimat lagi sebab tu aku lagi rela bawak sanitizer sendiri, kot pekerja kedai nak spray sblm masuk aku pakai yg sendiri punya. Sebab pernah kena, cair 1 hal, bau pun lain macam aje.
Quote AbukRokok 6-11-2020 01:23 PM
byk je yg buat mcm tu
picit2 ehhh awat cair mcm air ni
Quote Supersirap 6-11-2020 01:37 PM
Bawa sendiri sanitizer lagi selamat
Quote tyrande_81 6-11-2020 01:43 PM
Pernah kena kat supermarket. Bau klorok... Baju hilang kaler sbb terkena
Quote MsKathryn 6-11-2020 01:45 PM
Pasal nk jimat je.. pya la kedekut
Quote husna_amal 6-11-2020 04:10 PM
Ada yang terasa pedih kat tangan tu lepas disembur hand sanitiser ni.
Quote unguaurora 6-11-2020 10:31 PM
nak jimat sgt..last2 rm1k melayang. rasain lohhhh!!!!
Quote suzycutegal 6-11-2020 11:47 PM
Ishhhh bahayanya lahai
Quote Jorja 7-11-2020 09:23 PM
Dari bau pun da tau tapi nak buat mcmana kita nak masuk kedai dia kn {:cryrun
Quote azimodin 7-11-2020 11:19 PM
Ada kedai yg iouls rasa dia letak clorox sebab x lama pastu rasa pedih lain macam. Sekarang mmg i bawak sendiri je spray dettol & hand sanitizer
Quote Kipaskiok 15-11-2020 08:31 PM
Mudahnya..baik bawak sndr la lps2 ni

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.102944 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top