CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Dijangka Alami 'Twindemic' Hujung Tahun Ini

5-11-2020 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4879| Komen: 28

Malaysia dijangka mengalami twindemic atau pertembungan antara dua wabak iaitu influenza dan COVID-19, pada hujung tahun ini.
 

Pengerusi Kumpulan Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, keadaan 'pandemik berkembar' itu tentunya akan mencetus kebimbangan kerana ia mungkin menyaksikan peningkatan jangkitan influenza bersekali dengan COVID-19, secara mendadak.
"Kalau kita tengok di negara-negara barat, twindemic ini berlaku ketika musim sejuk. Jadi dalam konteks Malaysia, ia berkait rapat dengan musim hujan.

"Yang kita risau kemungkinan akan berlaku risiko twindemic iaitu peningkatan outbreak influenza yang bersekali dengan COVID-19 yang ada sekarang," katanya ketika ditemubual oleh Astro AWANI pada Khamis.

Foto: Bernama


Ekoran itu, Zamberi menasihati orang ramai terutamanya mereka yang berada dalam kategori berisiko seperti warga emas, pesakit penyakit kronik dan ibu mengandung supaya mendapatkan vaksin Influenza memandangkan penyakit itu boleh dicegah menerusi suntikan vaksin.

"Yang membezakan COVID-19 dan influenza adalah dari segi pencegahan.

"Influenza boleh dicegah melalui vaksin dan ia telah terbukti selamat dan berkesan," tambahnya.

Walaupun begitu katanya, kesedaran mengenai penggunaan vaksin untuk mencegah jangkitan influenza dilihat semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. -CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meow_tompok 5-11-2020 03:58 PM
berapa harga vaksin ni bole dpt kat hospital kerajaan ke tak
Quote ziezot 5-11-2020 04:04 PM
Vaksin influenza ni kene amik tiap2 tahun ke sekali seumur hidup
Quote adelea 5-11-2020 04:05 PM
meow_tompok replied at 5-11-2020 03:58 PM
berapa harga vaksin ni bole dpt kat hospital kerajaan ke tak

Harga siling usd 21 ..
First batch akan di beri kepada frontliners and kakitangan kkm ...
Rakyat selepas itu
Quote hayrin86 5-11-2020 04:23 PM
NO CHRISTMAS DAY la jawapannya
Quote husna_amal 5-11-2020 04:25 PM
Semoga kita dijauhkan segala wabak penyakit ini.
Quote hayrin86 5-11-2020 04:25 PM
adelea replied at 5-11-2020 04:05 PM
Harga siling usd 21 ..
First batch akan di beri kepada frontliners and kakitangan kkm ...
Rakyat ...

Penggiat sukan yang negatif C19 kedua lepas barisan depan dan kakitangan KKM di samping bekas-bekas pesakit C19..

Quote seri_mawr 5-11-2020 04:42 PM
ziezot replied at 5-11-2020 04:04 PM
Vaksin influenza ni kene amik tiap2 tahun ke sekali seumur hidup

tiap2 tahun...aku pernah amik untuk anak2 dlm rm80-100 kat klinik2 swasta...

first amik 2 kali...lepas tu tahun berikut2nya sekali jek...
Quote idril 5-11-2020 04:47 PM
meow_tompok replied at 5-11-2020 03:58 PM
berapa harga vaksin ni bole dpt kat hospital kerajaan ke tak

ada kot, kat klinik biasa pun ada dlm RM70-90. aku amik kat pantai hospital awal tahun aritu dalam RM180 kot or less trpksa amik situ sbb stock kat klinik biasa dah abis
Quote sarah82 5-11-2020 04:48 PM
Kena ambik vaksin influenza? Ok.. Aku x pernah ambik.. Kena pi ambik la mcm ni..
Quote mamajawie 5-11-2020 04:50 PM
hmmmmmmmm..twindemic la..tripledemic la...tapi org tetap jugak ke hulu ke hilir ke selatan ke pantai timur ke siam ehhhh cm tut tut itu..nk sebut kang iollss kena kecam ..malehh la nak ckap nama chuollss tau sapa iollss nak kabokan nih..
Quote adelea 5-11-2020 05:00 PM
hayrin86 replied at 5-11-2020 04:25 PM
Penggiat sukan yang negatif C19 kedua lepas barisan depan dan kakitangan KKM di samping bekas-beka ...

Klu camtu .. lambertt lagi rakyat nak dapat ... .. mmmmm jgn jadik negara zombie berebut vaksib udohler ...
In the end yg kaya raya je hidup
Yg miskin .. leh mampus
Quote biskut_milo 5-11-2020 05:13 PM
Dec last year aku kena influenza A... homaigad....rasa mcm nak mati je.. pls la ambik vaksin
Quote suzycutegal 5-11-2020 05:41 PM
Kesiannya ..... 2 2 pun mmg bahaya sgt
Quote sarah82 5-11-2020 05:48 PM
Cop.. Aku nak tanya.. Just walk in hospital swasta /klinik utk ambik vaksin influenza ni kan?
Quote genUmi 5-11-2020 06:00 PM
vaksin ni sama ke dgn vaksin infleunza yg jemaah umrah haji ambil?
Quote haznor 5-11-2020 06:03 PM
Vaksin mmg ada expired 'date' dalam badan ke? Hbs tu vaksin yg kena cucuk masa kecik dulu, mmg dh xde ke. Tanya sbb tak tahu. Tq yg sudi explain.
Quote liton 5-11-2020 06:07 PM
Sebelum pkp mac haritu sempat aku cucuk vaksin utk anak-anak & mak bapak.
Itupun kena tunggu..sbb banyak klinik takde stok.
Quote liton 5-11-2020 06:17 PM
sarah82 replied at 5-11-2020 05:48 PM
Cop.. Aku nak tanya.. Just walk in hospital swasta /klinik utk ambik vaksin influenza ni kan?

Ha ah. Pergi klinik  pun ok sbb kalau pergi hospital swasta lagi mahal. Lagi baik call dulu tkt takde stok.
Quote Suchi 5-11-2020 06:27 PM
Tahun lepas pun influenza melanda waktu2 gini gak pastu tiba2 je covid19 amik alih sampai org lupa pasal influenza.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.061339 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top