CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kitalah Polis, Nurse, Bidan, Tukang Cuci" - Zarul Berang Pramugari Disuruh Jadi Waiter?

5-11-2020 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19190| Komen: 157

Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik, termasuklah mereka yang mencari rezeki di awan biru.

Masyarakat turut bersimpati dengan nasib mereka, memberikan sokongan dan tidak terkecuali memberikan cadangan di laman sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi.


"Pramugari yang kena retrenched (diberhentikan kerja), boleh dah pertimbang mohon jawatan waiter (pelayan) kat restoran. Skop kerja lebih kurang," tulis seorang netizen di Twitter sehingga menjadi tular.



Dalam pada itu, beberapa netizen turut berkongsi pandangan mereka bagi merujuk kepada peluang kerja yang bersesuaian untuk pramugari.

"Sekadar cadangan, mungkin boleh cuba mohon bahagian khidmat pelanggan, pembantu kaunter dan perhubungan awam.

"Jawatan dalam khidmat pelanggan, komunikasi korporat dan pemasaran sangat sesuai. Ramai yang ke arah situ," antara komen netizen.


Walaupun pemuda berkenaan sekadar berkongsi pandangannya buat pramugari yang kehilangan pekerjaan mahupun bergurau, tetapi tindakannya tidak disenangi ramai termasuk seorang juruterbang kerana tidak memahami skop kerja pramugari.


Kredit foto: Twitter

"Dah ramai dah buat macam-macam. Semua desparate (terdesak) cari makan. Harap industri awak tak terkesan sangatlah ya sampai boleh buat lawak orang tengah desperate macam ni," ujarnya.

Malah, penyanyi dan pelakon yang juga bekas pramugara, Zarul Umbrella turut memberi penjelasan berhubung fakta salah mengenai pramugari di mana kerjaya itu disamakan dengan pelayan.


Kredit foto: IG Zarul

"Memang kerja kita (kru kabin) nampak macam waiter angkat makanan, bagi makan, minum, ambil order. Tapi sebaliknya, sebenarnya kita dilatih untuk membuat pertolongan cemas, pertolongan sewaktu kecemasan, bila kemalangan berlaku di dalam penerbangan.

"Macam orang bergaduh, kita jadi polis, ada orang sesak nafas, kita jadi nurse, ada orang nak beranak, kita jadi bidan. Ada orang berak merata dalam tandas, kita tukang cuci, semua kita buat.

"Saya respek kerjaya sebagai seorang waiter, satu kerja yang halal tetapi kru kabin sebagai waiter amatlah tidak tepat," kata Zarul menerusi video di saluran YouTube tanpa merujuk kepada posting Twitter berkenaan.



Tambah Zarul, kru kabin juga perlu menjalani dan lulus pelbagai latihan seperti keselamatan dan kecemasan bagi melayakkan mereka berkhidmat di awan biru.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-11-2020 02:51 PM
yelah zarul......
Quote Normabaru 5-11-2020 02:53 PM
Edited by Normabaru at 5-11-2020 03:02 PM

Euwww fefeling entitled nyee... Dh mmg 80% korg served ppl kt atas awan.. Mmg btol la waiter plg sesuai.. Xkn tukang masak kot!

Yg dok kata bg first aid etc terus ptt apply doktor, awat xckp minta jwtn nurse or MA.. Lulusan korg setaraf ape.. Nk jgk fefeling professional acah doktor bagai.. Baghal!!!
Quote CiliPadiSedap 5-11-2020 02:54 PM
kalau cmtu sama dengan cikgu, tukang mengajar tukang kutip budak ponteng sekolah, tukang jaga kantin.

kiranya apa2 kerjaya kena multitask. dont complaint
Quote sarah82 5-11-2020 02:58 PM
Aku tak nampak pun menghina.. Org bagi saranan sebab rasa ingin tolong.. Hailah..
Quote sok_suci 5-11-2020 02:59 PM
Memula heshe kambek bfore GV, smgtla jugak nk folo. La ni sendu
Quote YomiuriLandMae 5-11-2020 03:00 PM
iols phm je niat zarul nak betulkan statement twitter tu.. tp apepun zaman2 pandemik ni toksah memilih keje sgt atas alasan penah jd cabin crew.. keje je selagi ada keje.. bank2 pun dah blacklisted org2 yg keje airlines..
Quote bintangct 5-11-2020 03:00 PM
Normabaru replied at 5-11-2020 02:53 PM
Euwww fefeling entitled nyee... Dh mmg 80% korg served ppl kt atas awan.. Mmg btol la waiter plg ses ...

tak dpt terima hakikat diaorg ni haha

Quote bintangct 5-11-2020 03:01 PM
CiliPadiSedap replied at 5-11-2020 02:54 PM
kalau cmtu sama dengan cikgu, tukang mengajar tukang kutip budak ponteng sekolah, tukang jaga  ...

yes bak kata kak lina pompom absolutely correction
Quote Rajawali 5-11-2020 03:03 PM
mmg pramugara/ri ni macam pelayan restoran je.Bezanya depa dok dlm flight je..dulu aku pernah kata tapi ramai yang sentap..
Quote Didi_dido 5-11-2020 03:06 PM
Abistu tu xkan nk suh diorg jd doctor,nurse, bidan bagai?? Qualification pn takat spm je kan. Paling tinggi pn degree. Itu pn bole kira dgn jari. Kenala sepadan qualification dgn job scope. Even pilot pn buka gerai tepi jalan. Relak je ex pilot je.
Quote asamfish 5-11-2020 03:18 PM
Ye betul, kerja pramugari bukan mcm waiter or waitress
Utk menjadi pramugari kena go through mcm2 latihan keselamatan dan pertolongan cemas
Juga cara bercakap so on and so forth
Dan ramai yang bekerja pramugari dan pramugara mempunyai diploma atau ijazah
Cuma.......dalam keadaan yang terdesak sebegini, salah ke utk jadi waiter or waitress?
Keji ke kerja sedemikian
What make you so special not to be working in that field?
Ramai lagi yang suatu ketika dahulu engineer, lawyer, doktor dan sewaktu dgnya yang bertukar kerjaya disebabkan keadaan dunia sekarang
Face it!  Move on!
By having said that, sending my thoughts and prayers to those in dire need of help.
Quote CocoCily 5-11-2020 03:19 PM
Yelah yelah..kalau camtu rename waiter jadi Restaurant/Cafe Crew
Quote manehnya 5-11-2020 03:50 PM
Setakat pertolongan cemas tuuu, persatuan koko kt sek pun ada buat pakcik
Quote husna_amal 5-11-2020 04:03 PM
Segelintir dari diorang ni rasa sentap/terhina ke dicadangkan kerja pelayan kat restoran. Mungkin masih rasa2 diawangan dengan kerja glamour lagi.
Quote LadyCarefree 5-11-2020 04:07 PM
Normabaru replied at 5-11-2020 01:53 PM
Euwww fefeling entitled nyee... Dh mmg 80% korg served ppl kt atas awan.. Mmg btol la waiter plg ses ...

Baqhal bukan baghal. Gitu ejaan kluster mentaliti cheta.

Jadi nurse jadi bomba semua tu kalau ada emergency saja. Berapa persen dari waktu tugasan je. Lagipun bukannya buat kerja nurse atau bomba full fledge pon. Sama je macam kita2 kerja opis pun ada training 1st aid, fire extinguisher ke haper. Fefeeling all rounder lak derang ni.

Dah boleh stop kot bg geng kerja awan ni sebarang limelight. Melebih pula.
Quote Normabaru 5-11-2020 04:09 PM
LadyCarefree replied at 5-11-2020 04:07 PM
Baqhal bukan baghal. Gitu ejaan kluster mentaliti cheta.

Jadi nurse jadi bomba semua tu kalau a ...

Hahahaa.. Typo jari kaka gumuk cmni la lady. Kehkehkeh
Quote LadyCarefree 5-11-2020 04:09 PM
sarah82 replied at 5-11-2020 01:58 PM
Aku tak nampak pun menghina.. Org bagi saranan sebab rasa ingin tolong.. Hailah..

Diorang hina waiter ada la khenzs dengan membidas sebegitu
Quote LadyCarefree 5-11-2020 04:10 PM
Normabaru replied at 5-11-2020 03:09 PM
Hahahaa.. Typo jari kaka gumuk cmni la lady. Kehkehkeh

Bukan kak. I dok bahan cara cheta dan mamat tu mengeja. Semua pi tukaq jadi q. Sampaikan hari raya jadi haqi qaya.
Quote exclusive_vvip 5-11-2020 04:11 PM
mcm lah selalu ada org beranak dlm flight..rare case je pun..15-20 tahun sekali je kot baru dgr brita org beranak dalam ketebang..tu pun bukannya airlines yg sama..dlm seumur hidup diorg kerja airlines, ntah2 x penah encounter pun org nak beranak apatah lagi jadi bidan..fight fire pun camtu gak..jarang sgt2 dgr kapal terbakar..

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045107 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top