CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru 15 Tahun Dah Berani Rompak Stesen Minyak

5-11-2020 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2428| Komen: 14

Remaja berusia 15 tahun yang sedang 'lalok' dadah merompak sebuah stesen minyak di Kampung Cherang, Meranti, di sini, pada 6.45 pagi Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi, berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik stesen minyak terbabit dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Daerah (BSJND) Pasir Mas terus membuat siasatan.

Katanya, pada 9.50 malam, hari yang sama pihaknya menahan remaja terbabit di rumahnya di Kampung Chat, di sini, selain merampas barangan yang disyaki dicuri selain sebatang besi sepanjang 82 sentimeter dipercayai digunakan ketika merompak.

Foto: Harian Metro

"Hasil siasatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek menceroboh masuk ke dalam stesen minyak dengan memecahkan cermin di bahagian hadapan kaunter menggunakan besi yang dibawa dan keluar melalui jalan yang sama.


"Menurut laporan, suspek melarikan pelbagai jenis rokok, wang tunai, duit syiling, kad tambah nilai dan air minuman dianggarkan bernilai RM5,000 selain menyebabkan kerosakan stesen minyak berjumlah RM10,000.

"Selain itu, suspek juga mengaku melakukan jenayah terbabit seorang diri dengan menunggang motosikal yang diletakkan berdekatan tandas sebelum merompak," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohamad Roy berkata, hasil soal siasat remaja terbabit mengakui bahawa rokok dan kad tambah nilai dijual kepada rakannya dengan harga murah, manakala wang yang dicuri digunakan untuk membeli dadah.

"Kes ini disiasat di bawah kesalahan 457 Kanun Keseksaan dan remaja terbabit ditahan reman selama enam hari bermula semalam sehingga 9 November.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama lima tahun dan didenda atau dipenjara selama 14 tahun bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan kali kedua sertaboleh dikenakan denda atau sebat.

"Hasil ujian saringan air kencing remaja tingkatan tiga ini positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 5-11-2020 11:16 AM
Orang macam ni kalau bagi peluang kedua pun belum tentu boleh jadi baik. Mungkin lebih teruk jadinya lepas habis hukuman.
Quote buragazz 5-11-2020 11:19 AM
Pijak beramai2 je hukuman nya...
Quote suzycutegal 5-11-2020 11:36 AM
Aduhai adikkkk, muda sgt lagi.... sedihnya
Quote suzycutegal 5-11-2020 11:37 AM
Aduhai adik, sayangnya masa depan mu
Quote Belibis 5-11-2020 11:40 AM
Ni bukan rompak,sebab pemilik premis tiada masa kejadian.lebih kepada pecah kedai dan curi.
Quote Kurex 5-11-2020 12:07 PM
Dekat area rumah aku pun kecik2 dah jadi penagih. Tp budak2 tu bukan duduk sini la, duduk tempat lain, selalu dtg lepak sini
Quote MissVixen 5-11-2020 12:09 PM
Ini kalau mati terus pun boleh. Dah jadi zombi dan bergantung pada dadah. Tak dapat duit, mak pak disembelih.
Quote syidasaleh 5-11-2020 01:14 PM
Mati cepat je la bukan senang nak insaf. Buat habih bogheh yo bg makan kat dlm penjara tu
Quote Artemesiaa 5-11-2020 01:19 PM
Kalau dah jadi penagih tegar ni susah nak pulih wirenya dah banyak yang reput
Quote printercomel 5-11-2020 02:26 PM
Edited by printercomel at 5-11-2020 02:28 PM

Kemah keming sek kito.
Eh silap.. Ini bukan salah negeri. Ini salah didikan.
Quote izwan_izi 5-11-2020 02:58 PM
negeri mana ni...oppss..nanti di cop rakyat negeri lain pon sama hazab..

Quote budaktua 5-11-2020 03:02 PM
daerah pasir mas..?

dulu2 (skrg pun rasanya...)  org kata perempuan yg cantik2 berasal dari pasir mas...

kenapa la perangai kau hudoh dik..?  
Quote ikanmasin 5-11-2020 03:47 PM
dah buat sila lah tanggungjawab sendiri kan..kerana dadah jg rosak binasa hidup ko..
Quote SerenaBlair 6-11-2020 03:44 AM
Budak sekarang ni memang , kes kat terengganu tu suspek budak jugak sampai bunuh2 orang..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.042416 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top