CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dihukum Penjara 8 Bulan, Bekas Suami Ziana Zain Rayu Ketepi Sabitan & Hukuman

5-11-2020 10:03 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 13092| Komen: 92|Original author: Oleh: LilRose

Armin Zaharin Ahmad Zambri, 55, memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan merotan anak lelakinya.


Kredit foto: IG


Mahkamah sebelum ini menetapkan hukuman penjara lapan bulan terhadap bekas suami Ziana Zain atas kesalahannya itu.

Menurut peguam mewakili Armin, Amir Farid Mohd Nawawi berkata, rayuan itu difailkan 28 September lalu iaitu tarikh sama Mahkamah Majistret Shah Alam menjatuhkan hukuman terhadap anak guamnya.

Bagaimanapun rayuan pengurusan kes yang sepatutnya ditetapkan hari di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Azizah Jaafar ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 November ini.

Justeru, tarikh pengurusan kes baharu ditetapkan pada 19 November ini.

Armin dijatuhkan hukuman itu selepas didapati bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya berusia 9 tahun menggunakan rotan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Februari 2018.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan danboleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Kredit foto: Gempak

Jumlah jaminan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM8,000 selepas Majistret Sabreena Bakar @ Bahari membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 5-11-2020 10:10 AM
tengah tunggu komen

"dulu aku kena rotan ... sekarang jadi orang"

ko ingat yang x kena rotan tu jadi babi ke dikk
Quote imanamsyar 5-11-2020 10:18 AM
damian_lee replied at 5-11-2020 10:10 AM
tengah tunggu komen

"dulu aku kena rotan ... sekarang jadi orang"

hahahahaaaa...ajer baler...
Quote hanihan16 5-11-2020 10:22 AM
tiap kali baca pasal zz dgn ex dia ni, i teringat novel omputih yang i baca tajuk dia behind closed door. kat luar nampak pasangan ni happy bahagia, dalam rumah cuma laki bini je yang tau penderaan yg terjadi. huhu
Quote kemaruk 5-11-2020 10:25 AM
damian_lee replied at 5-11-2020 10:10 AM
tengah tunggu komen

"dulu aku kena rotan ... sekarang jadi orang"

Jadi pondan...
Quote damian_lee 5-11-2020 10:31 AM
hanihan16 replied at 5-11-2020 02:22 AM
tiap kali baca pasal zz dgn ex dia ni, i teringat novel omputih yang i baca tajuk dia behind closed  ...

kann .... disebalik pintu tersimpan bermacam rahsia
ramai je yang happy kat luar ... baik dengan kawan2 .... kat rumah abusive .....
and ramai yang cuba pertahankan rumah tangga sebb kononnya takut pandangan masyarakat ... takut anak2 tak de complete family dan sebagainya

for me .... kalau baca dari kes ni
cara suami ziana dah agak melampau .....
mungkin sbb tu ZZ dah x tahan
Quote damian_lee 5-11-2020 10:32 AM

bang kem mesti nakal time kecil2
suka mandi sungai

pastu kena libas kan?
Quote Atata 5-11-2020 10:32 AM
Tp dia ni luar dalam pun mmg abusive. Hahah
Quote ally9970 5-11-2020 10:33 AM
Tp aku dulu kecik2 pun kena rotan, lagi teruk...kalau sekarang ni mau bertahun2 bapak aku kena jail.
Quote husna_amal 5-11-2020 10:34 AM
Ziana Zain mesti dah lama tersiksa sepanjang perkahwinan.
Quote Orix 5-11-2020 10:35 AM
8 tahun ke 8 bulan? tajuk kata 8 bulan, isi 8 tahun.
Quote haryatie 5-11-2020 10:40 AM
kalau la zmn dulu2  mcm ni
ramai bapak org masuk penjara
aku rasa org dulu2 lg garang kan..
kalau merotan ank tu perkara biasa
pantang salah jerk/x dngar kata
maybe ex somi ZZ ni melampau sgt kut tu yg
ZZ da x sanggup nak cover lagik
Quote tikusmontok 5-11-2020 10:48 AM


Quote nia_salina 5-11-2020 11:16 AM
haryatie replied at 5-11-2020 10:40 AM
kalau la zmn dulu2  mcm ni
ramai bapak org masuk penjara
aku rasa org dulu2 lg garang kan.. ...

laki zz ni sampai letak cili kt b**t** anak dia kan. kalau aku pun hangin. blm mental abuse ,verbal lagi tu sbb dia dh tak tahan
Quote NurAlia14 5-11-2020 11:20 AM
Ank die smpai trauma kn mungkin la teruk
Quote suzycutegal 5-11-2020 11:40 AM
I kesian pada ziana n anak2 je
Quote helicornia 5-11-2020 12:16 PM
damian_lee: kann .... disebalik pintu tersimpan bermacam rahsiaramai je yang happy kat luar ... baik dengan kawan2 .... kat rumah abusive .....and ramai yang cuba ...

tapi kak ziana ni tak potray pun keluarga dia happy, dia dgn husben lovey dovey. dia biasa2 je.yg 24jam tunjuk bahagia kt socmed asik2 tq mr hubby yg tu  mmg i tak kesian
Quote weezerfan 5-11-2020 12:28 PM
Apooo nak kesian.biar je jantan x guna ni meringkuk dlm penjara
Quote anilanil 5-11-2020 12:32 PM
Kes rotan tu maybe sbb ada tinggal bekas sbb tu bole jadi kes polis. Masa mula2 dulu kan acik zz ada claim yg ex nya isap batu & lumur cili kat kemaluan anak. Even anak2 yg besar pon tak suka gi mkn luar 1 family sbb their father ni sejenis panas baran. Malu kt org gamaknya kalo kena marah dpn public..
Quote cha-cha 5-11-2020 12:42 PM
anilanil replied at 5-11-2020 04:32 AM
Kes rotan tu maybe sbb ada tinggal bekas sbb tu bole jadi kes polis. Masa mula2 dulu kan acik zz ada ...

Serius lahh lumur cili kat kemaluan anak? Wtf saiko gilaaaa bapak apa macam ni???!!!!

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.058032 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top