CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anakku Bukan Anakku - Lelaki Kantoikan Isteri Curang Masa 'Baby Shower'

3-11-2020 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10567| Komen: 30

Majlis 'baby shower' sepatutnya diraikan dengan gembira oleh ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Sebaliknya yang berlaku apabila seorang lelaki membuat pendedahan secara terbuka bahawa kandungan itu bukan anaknya.



Kredit foto: the Sun

Dalam rakaman video di majlis berkenaan, lelaki itu juga menunuh wanita terbabit menjalin hubungan dengan salah seorang tetamu.

Video itu dikongsikan menerusi laman Reddit dan The Sun masih belum mengenal pasti kesahihannya.

Menurut terjemahan Reddit, lelaki yang bertutur dalam bahasa Sepanyol itu berkata kepada tetamu, "Ini peguam saya dan kami membawa dokumen.

"Kalian tahu saya menjangkakan kehadiran bayi lelaki. Tetapi kalian tidak tahu sebenarnya dia (isteri) bukan hamil empat bulan, sebaliknya usia kandungannya sudah mencecah enam bulan. Ini buktinya," katanya sambil menunjukkan bukti ujian kehamilan.



Kredit foto: the Sun

Di sampingnya, kelihatan wanita itu merayu agar suaminya menghentikan perbuatannya, namun tidak diendahkan.

Peguam terbabit kemudian menayangkan rakaman video aksi intim wanita berkenaan dan 'kekasih gelapnya'.

"Ia bukan anak saya. Majlis ini untuk meraikan mereka," ujarnya.


Kredit foto: the Sun

Majlis itu kemudian menjadi kacau-bilau apabila wanita terbabit dilihat mengejar suaminya yang melangkah pergi meninggalkan majlis manakala kekasihnya dimaki hamun tetamu. - CARI
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • PomenObersea


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suzycutegal 3-11-2020 01:29 PM
Kesiannyaaaa pada suaminya.....
Quote AshKetchum 3-11-2020 01:57 PM
Birahnya ko dekk
Quote getarsukma 3-11-2020 02:00 PM
Dah macam citer hindi tamil... Kena buka cerita di tengah2 majlis ada orang ramai
Quote Skydiva 3-11-2020 02:12 PM
Macam telenovela plak laki die buat. Mesti dah lame saspek ni, siap boleh letak hidden camera lagi. Bace komen org2 sane, bapak ppuan tu marah pasal skandal die screw his 2 daughters at the same time. Laki tu pregnantkan perempuan tu and at the same time dating dgn sister perempuan tu. Memang layak kena hempuk la jantan tu.
Quote buapakperut 3-11-2020 02:15 PM
cash la dekkk sape soh menyundal
Quote husna_amal 3-11-2020 02:24 PM
Wow macam drama petang2 dia buat. Nasib lah dikantoikan depan orang ramai.
Quote dusunmind 3-11-2020 02:28 PM
Mana video majlis tu
Quote chandrahusin 3-11-2020 02:34 PM
wah! kalah drama Yg Tersakiti iteww
Quote sukacactus 3-11-2020 02:34 PM
Lahanatnya si botak tu
Semua nak dibuat main
Yg bini org tu pun satu hal plak
Xsuka xpayah kawin la
Quote brego 3-11-2020 02:48 PM
Edited by brego at 3-11-2020 02:50 PM

ramai orang terencat akal sekarang ni,
so pilih la partner betul2



Quote brego 3-11-2020 02:56 PM
sapa yang suka layan drama, mai tengok yang ini pulok

[youtube]GtcbrWuxGAc[/youtube]
Quote MoonRise 3-11-2020 03:23 PM
brego replied at 3-11-2020 02:48 PM
ramai orang terencat akal sekarang ni,
so pilih la partner betul2

WOW...


Quote underground 3-11-2020 03:34 PM
kat negara ni pun ada.

main dgn opismate. main dgn boss. main dgn client.

ditebuk sesuka hati..

dah kahwin risk kurang.

terberanak boleh hubby yg naive tu support.

last2.. men are trash.
Quote brego 3-11-2020 03:44 PM
Edited by brego at 3-11-2020 03:46 PM
underground replied at 3-11-2020 03:34 PM
kat negara ni pun ada.

main dgn opismate. main dgn boss. main dgn client.

kat forum ni pun ada,
skandal sampai terberanak,
laki nya entah tau ker tak

dna test kena jadi mandatory,
baru sign birth certificate.

takut sket orang nak skandal sana sini.
yang buang baby merata tu pun patut guna prosedur yang sama,
mintak bapak haramjadah ni tanggung jaga baby dia ni semua.
baru kurang kes cret merata ikut suka dia

Quote dani-rox 3-11-2020 04:34 PM
Quote baghal_bortuqal 3-11-2020 04:46 PM
brego replied at 3-11-2020 02:48 PM
ramai orang terencat akal sekarang ni,
so pilih la partner betul2




stendet blacklivesmatter hoes.


#blacklivesmatter
Quote kroit92 3-11-2020 06:24 PM
what if.. sekali.. bila korang yang buat dna test..

korang bukan anak mak bapak korang?

or, korang bukan anak mak/ ayah korang?

tiba2 rasa sekarang ni wajib dna test untuk semua manusia.
under the disguise of checking penyakit or something..
Quote highcastle 3-11-2020 06:42 PM
Video boleh tonton DI SINI..
Quote genUmi 3-11-2020 07:05 PM
itu sebab lah Zina itu Haram

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054180 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top