Ratu Balqis enggan meratapi kisah penceraiannya, kini bangkit dengan single baharu bertajuk Buaya. Katanya dia kini lebih bersemangat kerana lagu tersebut menjadi titik tolak dirinya untuk terus maju dalam bidang nyanyian.
Bekas peserta program realiti Mentor Milenia 2017 itu berkata kepada Berita Harian, "Saya tak mahu bersedih dan semakin fokus dengan kerjaya. Single Buaya adalah bukti saya serius untuk terus menyanyi. Jujurnya, nyanyian adalah jiwa saya. "Saya menunggu hampir 10 tahun untuk menghasilkan single. Saya pernah menyertai banyak syarikat rakaman, tetapi semuanya tak menjadi selepas keluar program Mentor Milenia pada 2017. Alhamdulillah, sekarang baru berpeluang ada single sendiri."
|
miszclassique: Errrrr geli pulak tengok bideo tiktok tu, tak macam tunjukkan tarian pun...More to org tua perasan comel
ADVERTISEMENT