CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ebit Lew Hantar Sumbangan Ke Sabah Guna Kapal Terbang Kargo

30-10-2020 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5866| Komen: 36

Description: Tanpa berlengah, pendakwah bebas, Ebit Lew menggunakan perkhidmatan kapal terbang kargo untuk menghantar bantuan kepada penduduk Sabah terjejas akibat pandemik Covid-19.
Tanpa berlengah, pendakwah bebas, Ebit Lew menggunakan perkhidmatan kapal terbang kargo untuk menghantar bantuan kepada penduduk Sabah terjejas akibat pandemik Covid-19.


Kredit foto: IG Ebit Lew


Menerusi hantaran di laman sosialnya, Ebit berkongsi video menunjukkan bantuan seperti barang keperluan perubatan untuk kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah sedang dimasukkan ke dalam kapal terbang berkenaan.

"Risau teramat membaca tentang saudara kita di Sabah.

"Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. 

"Doakan ya insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah," tulisnya.



Ramai yang kagum dan berterima kasih di atas usaha luar biasa Ebit menghantar bantuan kepada yang memerlukan dalam kesukaran berdepan pandemik ini. - CARI
1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meow_tompok 30-10-2020 12:47 PM
bagusnya dia ni, org message mintak bantuan terus hantar tanpa kompromi, tanpa procedure nak itu ini.
Quote tukul 30-10-2020 12:49 PM
Bagus...laju dan pantas...tak perlu isi form meeting bagai...duit derma sepantas kilat disalurkan...
Quote Kurex 30-10-2020 01:26 PM
Takdirrrrrrrrr
Quote MayaDelaRosa 30-10-2020 01:27 PM
Alhamdulillah...ada insan mulia seperti nya
Quote eplasbpafree 30-10-2020 02:52 PM
Alhamdulillah

Moga dimurahkan rezeki untuk terus membantu orang yang memerlukan....
Quote daisy71 30-10-2020 03:05 PM
Terbaik!  Semuga segala urusan dipermudahkan Allah swt
Quote edsassin 30-10-2020 03:08 PM
Kejap lagi ada lah forumer kecam..........
Quote anony-mous 30-10-2020 03:09 PM
Bagus gila UEL. Mesti byk kurang beban frontliner dkt sana. Kan bagus yg kaya2 buat mcm ni. Masa ni la nak sumbang. Bukannya pegi pavi rekod video beli henbeg. Jijan seman pon i xnmpk buat gini
Quote jiwasemangat 30-10-2020 03:42 PM
edsassin replied at 30-10-2020 03:08 PM
Kejap lagi ada lah forumer kecam..........

Mana-mana forumer yg nakk kecam tuu.. nanti boleh tanya dia balik, dia sendiri nak hantar apa...??
Quote djzara81 30-10-2020 04:13 PM
Ni baru Walk the Talk. Tak mcm sesetengah politicians yg gebang lebih habuk tarak.
Quote Skuau 30-10-2020 04:20 PM
edsassin replied at 30-10-2020 03:08 PM
Kejap lagi ada lah forumer kecam..........

bergantung kpd 'kes'.Cadangan/pandangan aku la... baik dia berkolaborasi dgn agensi 2 kerajaan supaya cara,kaedah,sop lebih teratur dan betul.
Quote Rara77 30-10-2020 05:41 PM
Byk duit derma syukur
Quote R2D2 30-10-2020 05:49 PM

bharian.com.my
Lebih 400 tan barang, makanan dihantar ke Sabah
Faris Fuad dan Ilah Hafiz Azizi
2 minutes

KUALA LUMPUR: Sehingga kini 433, 886.5 kilogram bantuan barang, keperluan dan makanan dihantar ke Sabah sejak 22 Mac lalu bagi membantu negeri itu memerangi COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran itu membabitkan 17 misi penerbangan dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Walaupun saya adalah Menteri Pertahanan namun saya ingin sampaikan rasa terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TUDM yang memberi bantuan kepada kerajaan dalam menyampaikan bantuan ini ke Sabah.

"Sebenarnya untuk Sabah saja, sudah banyak kerajaan lakukan termasuk bantuan RM50 juta yang diberikan kepada kerajaan negeri Sabah untuk menangani COVID-19.

"Penularan wabak itu dilihat agak tinggi sehingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diisytiharkan," katanya.

Ismail Sabri sebelum itu berkata, bersama Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba mengiringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program penghantaran keperluan kritikal ke Sabah yang dilakukan di Pangkalan TUDM, pagi tadi.

Quote ~boolean 30-10-2020 05:50 PM
selama ni aku kecam,
tapi sejak covid ni, aku memang puji dia DAN team dia yang banyak membantu..
Quote Tinot7 30-10-2020 07:10 PM
Alhamdulillah
Quote MissYouSayang 30-10-2020 07:19 PM
Nanti mesti ada acik-acik forum datang melahar EL ...HEHEHE
Quote Carcosa 30-10-2020 10:19 PM
Ni soalan serius. Bukan sarkastik or apa2.
Ustaz EL ni dpt duit byk2 drpd mana ya? Meols kagum sbb byk nau2 dia sedekah. Apa punca pendapatan dia ya.
Di ulang - ini soalan honest
Quote pu3_rania 30-10-2020 10:28 PM
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan melimpahkan rezeki yang berterusan kepada Ustaz Ebit Lew dan penderma yang turut sama menderma. Aamiin Allahumma Aamiin
Quote bangcak 30-10-2020 10:29 PM
R2D2 replied at 30-10-2020 05:49 PM
bharian.com.my
Lebih 400 tan barang, makanan dihantar ke Sabah
Faris Fuad dan Ilah Hafiz Azizi

taw takpe.
nak harapkan pengkhianat yg da menang tu. rentikan la.

ujong2 cina dapig komunis ebit lew jugak yg hantar bantuan.


Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057851 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top